BAB 11

Romance Completed 12075

Along, angah dan adik memandangku dengan riak yang sukar untuk aku tafsirkan. Emir di sebelah pun masih mendiamkan diri daripada tadi. Aku pula jadi benci dengan keadaan sunyi sepi macam ni. daripada tadi lagi.
Eh! Come on! Say something please!

“ Boleh Darmia tanya?”

Along hanya menganggukkan kepalanya.

“ Kenapa along, angah dan adik terima je kata-kata papa masa Darmia kena kahwin tu?” Soalku tenang.

Angah bangun dan duduk melutut di depan aku. tapi aku hanya membiarkan.

“ Ada satu hal yang Darmia tak tahu.”

Aku still diam. Biar mereka jelaskan semuanya.

“ memang pada mulanya papa nak kenalkan dulu Emir dekat Darmia. Tapi Darmia ingat tak masa angah cakap papa nak jumpa tu Darmia tak nak. Darmia tolak. Dan kalau papa cakap pun kami confirm Darmia takkan terima. That’s why papa teruskan juga tanpa pengetahuan Darmia.”

“ But why? Kenapa mesti tergesa-gesa?”

Adik pula bangun dan duduk di sebelah angah.

“ Sebab papa sakit akak.”

Dan kata-kata itu terus menusuk jauh ke dalam hati aku. What?

“ Ye kak. Papa sakit. Sepatutnya kami rahsiakan daripada akak. Tapi kami tak sanggup tengok akak tuduh papa melulu. Selepas arwah mama pergi, papa jatuh sakit. Mula-mula ingat demam biasa. Tapi lepas buat pemeriksaan doktor. Doktor sahkan papa menghidap kanser hati.”

Bagai ada batu terhempap jatuh atas kepalaku saat ini. Ya Allah!

“ Dan selama ini pun Emir yang jaga papa. Emir pekerja papa. Oleh sebab papa sayangkan Emir seperti mana papa sayangkan akak, papa terus nyatakan hasrat dia pada Emir. Papa tak nak orang lain jaga Darmia selain Emir.”

Aku terus pandang Emir. Emir mengangguk dengan senyuman hambar tanda mengiakan kata-kata adik aku tu.

“ Kami dah lama tahu akak. Cuma kami tak nak cakap sebab papa tak bagi. Sebab papa tahu akak bencikan dia sebab kematian mama. Akak tak boleh terima hakikat atas pemergian mama.”

Giliran air mataku pula mengalir. Ya Allah! Kenapa aku boleh tak tahu? Ya Allah! Kejamnya aku!

“ Darmia. Kamu dah salah faham. Papa tak kejam sayang. Bukan papa yang menyebabkan mama meninggal. Apa yang kamu nampak tak seperti kamu fikir.” Along pula bersuara.

Aku still berdiam diri. Semua ini memang mengejutkan aku. sangat!

“ Kalau kamu nak tahu, mama yang salah.”

Aku terus pandang along. Tak faham.

“ Along dan papa dah lama tahu mama curang. Dah lama. Masa tu kamu baru habis study. Along kecewa sangat dengan mama time tu. Tapi papa still tenang dan suruh along rahsiakan daripada semua orang. Setahun lepas tu, papa ingat mama dah berubah. Tapi papa dapat tahu mama still jumpa lelaki tu. malam mama jatuh sakit tenat tu, papa dapat tahu mama ada hubungan dengan lelaki tu lagi. Papa dah tak boleh terima. Papa rasa kecewa sangat-sangat. Tapi percayalah, dalam hati papa masih ada cinta pada mama.”

Kali ni aku terus menangis teresak-esak. Ya Allah. Baik sungguh hati papa. Aku yang kejam! Aku tuduh papa melulu.

“ Lepas mama pergi, papa sentiasa pergi lawat kubur mama. Bacakan yasin dan doakan yang baik-baik pada mama. Papa dah lama maafkan mama sebab papa setia pada mama.”

Emir tarik aku ke dalam pelukannya. Aku menangis lagi dan lagi. Aku anak yang teruk!

“ Maafkan along sebab rahsiakan daripada Darmia. Along Cuma tak nak Darmia terlalu bencikan papa. Papa terlalu baik sayang. Papa sayangkan kita. Maafkan papa ye sayang ye?”

Aku mengetap bibir kuat. Air mataku pantas diseka. Aku mendongak melihat along, angah dan adik. Senyuman hambar diukir.

“ jom jumpa papa.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience