~ Cinta Pandang Pertama ~

Romantic Comedy Series 551

Anatasyia menahan pintu dari terus digembokin.(maksudnya dipecah masuk. ok smbung cer). Takut nenek lampir kat luar masuk menerjah dia di dalam ni.

" Oi kau bukak pintu ni sekarang, sebelum aku terajang kau cukup-cukup." Terlalu panas hati Aisy saat ini dengan perangai tak semengah kakaknya itu.

" Eleh macam aku takut. Memanglah badan kau besar sikit dari aku, tapi aku lagi tinggi dari kau ketot."

Kedengaran suara Anatasyia menjawab di sebelah pintu dalam. Kata-kata Anatasyia menambahkan lagi sirap bandung kemarahan Aisy.

Habislah gunung berapi nak meletup.

" Ouh kau nak rasa sangat kan layangan padu dari aku. Tunggu kau." kelihatan Aisy mencari akal untuk menerjah masuk ke dalam bilik Anatasyia.
Perlahan-lahan dia cuba melekapkan telinganya ke pintu biliknya. Sempat lagi amik gelas kaca yang ada di atas meja belajarnya. Rasanya dah bertahun-tahun tak cuci gelas ni. Yelah siap ada kulat lagi kat dalam gelas tu.

(Author dah merepek. Overdose betul ayat. HAHAHA. Lantaklah novel aku. Sambung semula jangan layan author.)

Firsya cuba untuk mendengar betul-betul keadaan di kuar biliknya...senyap....

' Eih asal senyap ni. Tak boleh jadi aku kena lari dulu sebelum dia pecah masuk bilik aku.'

Anatasyia mengambil handbag nya tadi dan Handphone nya lalu berlari laju ke arah tingkap.

' Mak aih, boleh tahan tinggi ni. Takpe dengan badan aku yang super ramping ni, kacang je setakat nak lompat dari ketinggian ni.'

Sempat lagi tu dia masuk bakul angkat sendiri.

" I'm coming my beloved sisturrr...." uish seriau dibuatnya bila mendengar suara Aisy sebegitu. Itu maknanya dia memang dah otak mereng plus giler.

Pintu dihempas menggunakan kerusi. Aisy menahan senyum. Tapi senyuman nya itu lebih kepada senyuman psiko.

" Mana kau hantu... ouhhh nak main hide and seek ngan aku eh.. takpe kau bertapuk dulu betul-betul sebelum aku terajang kau jap lagi."

Ini memang dah tahap nak makan orang dah ni. Takleh bawak bincang.

" Yuhuuu where are you my sister." serentak itu dia membuka almari milik Anatasyia.

Tiada.

Bawah katil... Tiada.

Belakang pintu... Tiada.

Belakang langsir... Tiada.

Bawah meja.... Tiada...

Tak lama kemudian telinganya menangkap suara hilaian tawa dari hujung tingkap..

" Muahhahahha..... Bye adik ku sayang ,kakak tercintamu ini nak pergi dulu. Tata titi tutu ana cabut lari dulu."

Tak lama kemudian....

" TAK GUNA KAU ANATASYIA!!!"

Hassanal dari luar terkejut beruk mendengar suara jeritan kuntilanak dari arah bilik sebelah kiri nya.

' kushhh semangat. Adeh apa lagi ni.' Tak semena-mena air oren yang dibuat oleh Puan Safiah jatuh ke seluar jeans putihnya.

Disebabkan kejutan nek lampir , gelas yang ada di tangannya terlepas. Setempek di tengah-tengah lagi tu. Bahagian ehem... faham-faham lah.

" Aduh seluar aku. Susah ni nak basuh. Ni kalau kering air ni...eish maunya nampak macam air kencing."

Puan Safiah yang mendengar jeritan Aisy terus sahaja meluncur keluar dari dapur melihat keadaan anak-anaknya berdua tu.

Habis satu rumah ni roboh disebabkan suara pekikan Aisy yang menjerit tadi.

" Kenapa ni Aisy? Apa yang dah jadi ni? kamu tak tahu malu ke dengan tetamu kat luar tu. Kamu tu anak dara tak elok terpekik terlolong macam serigala jadian kat dalam rumah ni."

" Mak tengoklah anak kesayangan mak tu... dia lari macam tu je. Takde langsung rasa bersalah dalam diri dia tu. Tak bertanggungjawab langsung atas apa yang dia dah buat. Siap lari lagi ikut tingkap."
Berdrama betul ayat si Aisy ni.

" Kamu ni data habis je pun nak kecoh satu dunia. Nanti mak topupkan lah untuk kamu. Kecoh betul."

Tiba-tiba Aliya dan Alisya keluar dari bilik mereka berdua.

" Apa kecoh-kecoh tu mak. Sampai orang nak belajar pun tak senang" Aliya sangat pantang ketika dia mengulang kaji pelajaran situ juga lah nak buat bising.

" Eh.. eh.. eh.. kamu berdua pergi pakai tudung. Ada tetamu dekat luar tu. Tetamu kita tu orang lelaki."
Puan Safiah terkejut melihat mereka berdua tidak memakai tudung. Siap rambut panjang mereka dibiarkan mengurai lagi tu. Silap-silap ada yang mimisan jap lagi.

" Lah asal mak tak bagitau awal-awal. Eih dah lah bilik Liya ngan bilik Lisya jauh." panik Alisya memikirkan cara untuk dia keluar dari situ.

"Mana kamu nak perasan rumah ni ada tetamu ke tak kalau kamu tu seronok sangat melayan nanime tu."

" Bukan nanime lah mak ,anime. Habis tu sekarang ni macam mana ngan kitorang dua ni ,takkan nak main redah je bilik kitorang kat hujung tu." ujar Alisya.

"Otak tu jangan bagi sempitlah Lisya. Kau tak nampak ke bilik Ana ni. Pinjam jelah tudung dia takpun kau pinjam tudung si Airaa."

" Pala kau nak pakai tudung si Kecik tu mana muat ngan kepala besar aku ni." Bekerut Alisya memikirkan idea bernas si Aisy ni.

" Aku tak kata tudung si Airaa je kau boleh pakai. Tu tudung si Hantu tu pun kau boleh pakai. Muatkan? "

Kelihatan Aliya sudah memakai tudung main masuk berwarna hitam milik Anatasyia. Malas dia mahu mendengar celoteh mereka. Apa yang dia tahu sekarang dia perlu ke biliknya dan siapkan kerja sekolah yang dibagi oleh cikgunya.

" Dah cepat kamu berdua pakai tudung, lepastu bertegur sikit ngan tetamu kita tu. Kamu Alisya jangan nak gatal pergi bilik balik. Layan tetamu kita tu helok-helok. Kesian dia mak tengok sendiri kat ruang tamu tu."

Puan Safiah melangkah semula ke dapurnya menyiapkan makanan tengahari mereka hari itu. Nasiblah Puan Safiah ni jenis cekap bila di dapur. Jadi cepat je dia buat kerja.
' Apa nak jadilah ngan anak aku lagi sorang tu.' pening dia memikirkan gaya dan perangai si Firsya ni. Silap haribulan masuk hospital dia melayan kerenah budak tu. Nama je badan besar tapi otak tu kalah budak kecik.

" Bilalah kamu nak berubah nak?"

Ketiga-tiga anak dara Puan Safiah memasuki ruang tamu dengan tersipu malu. Yelah kecoh benar mereka harini, ditambah lagi tetamu mendengar mereka bergusti, hadui rasa nak tenggelamkan muka mereka ke jamban saje.

( eik tahan ke)? ? ? ?. "diamlah author.. takde keje langsung...kata ni cerita kitorang tapi dia asyik masuk je dalam cerita ni" ( alamak )
" Ehm Hai, Assalamualaikum. Boleh kami duduk?" sempat lagi mereka bertiga tadi bertolakan antara satu sama lain.

Entah apa yang ditakutkannya sampai bertolak-tolak sapa yang nak pergi tegur dulu. Jadi sebagai orang yang paling tua antara mereka bertiga terpaksalah Alisya mengalah.

" Ouh ,hi walaikumusalam. Silalah duduk. Buat macam rumah sendiri." termangu mereka bertiga dengan apa dikatakan barusan oleh Hassanal tadi.

" Eih asal aku cakap macam tu. Eih tak maksud saya inikan rumah korang, so takyalah minta izin saya untuk duduk. Saya kan tetamu je kat rumah ni."

Serentak mereka bertiga mengangguk dengan ulasan tadi. Mereka pun mengambil tempat duduk tiga serangkai berdepan dengan sofa yang diduduki Hassanal.

Hassanal memerhati wajah mereka bertiga...sampai sahaja ke wajah Alisya dia merasakan ada debaran halus menghinggap ke hatinya..

Alisya hanya tunduk ke bawah lantai. Sebab dia masih berfikir pasal kejadian dia keluar bilik tanpa tudung tadi. Malu rasanya jika dia tahu Hassanal melihat rambutnya yang lurus itu.

" Ehem.... aku tahulah kakak aku ni cantik tapi tak payahlah tenung dia macam nak tembus je."tegur Aliya.

Hamik kau terkena setempek... ha pandang lagi.

" Eh tak...tak..tak.. saya cuma nak tau nama dia." ujar Hassanal.

" Dengan nama korang dua sekali." tambahnya lagi.
" Ouhhh nama saya Nur Aisy Aradisyah, awak boleh panggil saya Aisy je. Saya yang tegur awak mula-mula tadi." kata Aisy memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

" Ouh Aisy sedap nama awak. Awak pulak?" matanya ditujukan ke arah Aliya.

" Aku Nur Aliyana Trisyah ,boleh panggil Aliya je. Sorry kalau kau dengar kekecohan dekat rumah aku ni. Biasalah adik beradik."Aliya memperkenalkan dirinya pula.

" Hem cantik nama awak, secantik orang nya." puji Hassanal. Dia bukan nak menggombal tapi kenyataan eh. Aliya hanya tersenyum tipis kerana dia sudah biasa dipuji begitu.
Baginya pujian tu hanya layak diberi pada Allah S.W.T.
Kini pandangannya menuju ke arah wanita yang menarik minatnya sedari tadi.

" Nama awak siapa? " tegur Hassanal apabila tiada tanda-tanda dia mahu bersuara.

Alisya mendongakkan kepalanya yang dari tadi merenung lantai rumahnya. Entah apa yang cantik sangat kat lantai tu pun tak tahulah. Kusyuk betul menekur lantai tu.

" Awak tanya saya ke??" pandangan bundar Alisya menusuk ke jantung Hassanal. Apalagi, senyuman nya yang diserikan dengan lesung pipit di belah kanannya.

Cukup membuatkan jantung Hassanal mengepam laju.

" Allah Lisya... dah kau sorang je belum perkenalkan diri tadi. Dah sah-sah kaulah yang ditanya. Best sangat ke papan lantai tu kau tengok. Duk menekur dari tadi. Kau kira diameter papan tu ke sampai syok giler aku tengok kau pandang.Lepastu....potpetpotpet"

Panjang betul ceramah si Aliya ni sampai ke esok tak sudah dia punya leteran tu. Alisya tak tahan perut dari mula Aliya buka mulut sampai sekarang dia ketawa je.. tak henti-henti.

Lain pulak yang berlaku pada Hassanal. Dia memandang wajah Alisya tanpa berkedip. Sungguh tak pernah lagi dia melihat seindah senyuman Alisya. Kalau ini dikatakan cinta pandang pertama sungguh dia mahu pandang berkali-kali.

Aisy memandang riak wajah Hassanal yang sangat terpaku dengan kecantikan kakaknya Alisya. Dia tersenyum melihat mata Hassanal yang tak berganjak dari muka Alisya. Ni kalau tak tegur berdosa dia nanti. Mau terjojol biji mata si Hassanal ni.

" Ui Liya, aku rasakan ada orang dah tertangkap cintun lah ngan kakak kita tu."
Dia menjuihkan bibirnya ke arah Hassanal lalu berpindah ke arah Alisya.
Aliya baru perasan sorot mata Hassanal yang statik satu tempat je. Tempat dimana duduknya si Alisya tu. Alisya terkejut dengan kenyataan si Aisy tadi lalu dia menghalakan pandangan nya ke arah Hassanal.

" Hoi Encik Hassanal, mata anda tu jaga sikit.... kitorang ni ada lagi kat sini. Hahaha." Aliya menegur kelakuan Hassanal yang seperti disantau orang tu.

Merah padam wajah Alisya bila wajahnya dilihat dari tadi oleh lelaki tersebut. Sumpah dia tidak sedar sorotan mata yang nakal itu tertuju kepadanya.

Malu sangat tak tahu nak simpan mana mukanya sekarang ni. 'Eih gatal sangat kan mata kau duk tenung anak dara orang. Merasalah kau mulut laser si Aliya tu.' gumam Hassanal dalam hati.

" Maafkan saya.. saya cuma nak tahu nama sebenar dia. Dari tadi saya tunggu tapi dia macam tak sudi je perkenalkan diri dia." alasan nak mengorat je tu.

" Ha Lisya,kau perkenalkan lah diri kau tu. Dari tadi dia menunggu kau macam orang giler kat situ. Tertanya-tanya, tertunggu-tunggu. Kau saja je kan?? en..en..en" Aliya sengaja menyakat kakaknya tu. Malu tak bertempat.

" Eih mana ada kau ni Liya.. Tembak pala kau sat lagi."

Dia menggelengkan kepalanya lalu berpaling ke arah Hassanal.

" Hai.. nama saya Nur Syuhada Alisya. Awak boleh panggil Alisya je. Saya harap awak boleh selesakan diri di rumah ni." kata Alisya.

" Indahnya nama awak, seindah senyuman awak. Sungguh saya kagum dengan nama kamu semua. Semua cantik-cantik dan indah belaka. Padan dengan sifat orangnya."

Tersipu malu mereka bertiga. Mereka sebenarnya beruntung sebab ibu bapa mereka memberikan nama yang terbaik dan sedap didengari di halwa telinga.

" ALISYA, ALIYA, AISY, turun makan. Bawak tetamu tu sekali. Jangan dibiar tetamu kat luar tu tak makan. Bawak dia sekali ke sini."

Puan Safiah terpaksa menjerit nama-nama mereka kerana ruang dapur dan ruang tamu agak jauh sedikit. Terpaksalah kena keluar suara tarzan baru boleh didengar.

Al-maklum lah rumah kampung mestilah ruang dapur ngan ruang tamu tu berjauh. Dari sejak zaman nenek moyang lagi rumah orang resmi Melayu tu begitu. Lepastu jangan tanya author apa sebabnya, sebab author sendiri pun tahu.

......

Rasanya 2 bab hari ni Saids update. Memg berpeluh tangan ni dok menaip. Sebab tu terselit sikit author kat situ. hahha saje .suka pulak dorng x nak masukkan author. Author padam nama dorng kang baru tau. "Padamlah kalau berani. Aku buat novel kau ni bosan takde aku"- Anatasyia. "Padam je Author padan muka dia. Melaun semak. Kau belikan aku topup giler."- Aisy sudah ...(@_@)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience