~ selipar ~

Romantic Comedy Series 551

Pagi-pagi lagi Anatasyia keluar membeli barang dapur yang sudah habis minggu lepas. Punyalah payah Puan Safiah menyuruh sehinggakan Tuan Arman terpaksa turun tangan menolong memback up Puan Safiah.

" Eish ,malasnya aku nak keluar camni. Dahlah baju aku ni selekeh. Nanti semua pakwe-pakwe lari tak nak kat aku. Tapi aku pun satu, asal tak pegi mandi tadi" menggerutu je lah taunya si Anatasyia ni tak habis-habis.

Dia memperlajukan lagi langkahnya agar cepat sampai ke pasar basah. Dia kalau bab membeli bagi lah kat dia. Memang pakar. Kalau harga ikan tu RM 11 dia tawarnya sampai kurang dari RM 9. Katanya jimat.....

" Alah boleh lah pakcik... bawang ni kasi lah RM 5 je ...alah boleh lah.."rayu Anatasyia.

" Kamu ni Ana nak pakcik bankrup ke?? Mana pakcik dapat pulangan nanti kalau harga macam tu je. Kira beruntung lah pakcik bagi kamu harga RM 6 je yang lain pakcik kasi harga RM 10 . Janganlah cekik darah sangat Ana oi."

Pening kepala Pak Darus kalau si Ana datang membeli barang di tempatnya. Minta diskaun sampai harga asal. Mau taknya dia bankrup sak lagi.

Tiba-tiba seseorang menghulurkan not RM 50 kepada pakcik itu. "Kira sekali dengan barang saya pakcik. Bawang tu bagi je kat dia . Saya bayar."
Lelaki itu menghadiahkan senyuman kepada pakcik itu dan sempat melirik ke arah Anatasyia.

" Wait-wait .... I don't want to use your money. Just keep it for yourself." Anatasyia rasa bengang sikit. Mana taknya tibeh nak bantu orang pulak. 'Kau ingat aku takde duit ke'

" Tch. Orang dah bantu bukannya nak ucapkan terima kasih malah sombong pulak. Siap pakej berspeking ngan aku ." berdecit lelaki itu melihat perangai si Anatasyia ni.
" Apa kau cakap. Weh HELLO!!!! aku tak nak lah guna duit orang yang bukan aku kenal. HAROOOM!! "

" Saya cuma nak cepat. Awak melambatkan kerja saya. Sekejap lagi saya ada urusan lain. Takkan saya nak bertenggek kat sini tengok awak tawar menawar ngan pakcik ni. Awak ni pun susah sangat ke nak bayar harga bawang yang tak seberapa tu." hamik kau siap berjela lagi dia balas.

" Aku ni tak sekaya kau. Aku perlu berjimat untuk 5 adik beradik aku yang kecil-kecil lagi. Kau senanglah nak cakap. Kau tak pernah nampak kesusahan orang lain. Malaslah aku nak layan orang kaya ni."

Anatasyia lalu mengambil bawang itu setelah Pak Darus memasukkan nya ke dalam plastik.

" Kau kata kau nak bayar sangatkan?? kau bayarlah. Terima kasih banyak-banyak" dia berlalu pergi dengan hati yang berbunga-bunga. Aik???

Sebenarnya dia punya action je tu. Sapa yang tolak kalau ada orang nak bayar, lagi-lagi orang hensem macam lelaki tu tadi. Tapi sebab tak nak tunjuk sangat yang dia tu suka kena belanja, so dia pura-pura lah marah. Pasal adik-adik kecik tu pun dia tipu je..
'Kecik apanya dah besar gedabak dah semua ... hehe nasib kaulah kena tipu ngan aku...

Di sisi lain....

" Melampau sangat ke aku cakap kat dia tadi. Aku pun satu... tak sayang mulut betul. Kan perempuan tu dah marah. Aish macam mana aku nak minta maaf??"

Hassanal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tak tau macam mana nak minta maaf pada wanita tadi. Habis dia bengang sangat sebab wanita tadi melambatkan kerja dia.

" Nak ,ni bakinya. Terima kasih sebab bayarkan untuk Ana tadi. Dia tu memang macam tu. Jangan amik pusing sangat apa yang dia cakap tu ya??" Pak Darus sebenarnya dari tadi melihat mereka berbalah.

Pak Darus mahu meleraikan tapi dua-dua laju sangat bercakap sampai tak sempat dia nak potong.

" Anak ni orang mana ya?? Pakcik tak pernah nampak pun sebelum ni. Maklumlah, kampung ni kecik je. Jadi pakcik dah kenal sangat orang-orang kat sini. Cuma itulah Pakcik belum pernah lagi rasanya jumpa orang muda macam kamu dekat kampung ni." ujar Pak Darus yang panjang lebar.
"Ouh , saya kesini melawat tapak pembinaan yang ada dekat hujung kampung ni Pakcik." kata Hassanal.

" Yang dekat sungai atas bukit tu ke??" Tanya Pak Darus.

" Ha ah yang tu lah Pakcik. Itu resort yang saya buat untuk ibu saya. Dia suruh saya yang uruskan hal-hal kat sini."
" Baguslah nak. Penduduk kampung kat sini rasa terhutang budi betul ngan kamu. Iyalah.... sekurang-kurangnya budak-budak yang suka lepak tu adalah kerja yang boleh dibuat nya. Dari dorang menghabiskan masa melepak baik dorang kerja dekat pembinaan tu. Adalah hasil mereka nanti." kata Pak Darus.

" Eih saya tak buat apa-apa pun pakcik. Sekadar bagi peluang pekerjaan je. Kalau mereka takde ..tak siap cepat resort tu. Saya ingatkan dalam setahun lebih baru siap rangka resort tu tapi orang-orang kat sini semua kuat-kuat... jadi cepat sangat siap. Saya rasa bersyukur sangat jumpa anak-anak muda kat sini" ujar Hassanal.

" Pakcik boleh saya tanya sesuatu??" dari tadi dia tahan untuk bertanya tapi disebabkan perasaan bersalah tu dia luahkan juga .

" Apa dia nak?? kalau susah Pakcik tak boleh jawab" seloroh Pak Darus.

" Mana ada susah Pakcik cuma tulah nak tanya pasal perempuan tadi tu."

" Maksud kamu Ana??" kata Pak Darus.

" Ha , dia lah tu ...Ana.."

" Ouh kamu nak tanya apa pasal dia. Berminat ke??" Pak Darus menayangkan senyuman sengetnya.

" Taklah pakcik. Saya nak minta maaf kat dia tapi tak tahu rumah dia kat mana. Pakcik boleh bagitau kat mana rumah dia??" tanya Hassanal.

" Ouh , rumah dia tu tak jauh sangat dari pasar ni. Kamu jalan terus ikut jalan depan kedai pakcik ni. Nanti dalam lima minit macam tu kamu jumpa satu simpang ni lepastu kamu belok kiri. Rumah dia tu warna biru dan yang paling depan sikit antara semua rumah kat situ." ujar Pak Darus yang agak berjela.

" Terima kasih pakcik saya pergi dulu ya." Hassanal menyalami Pak Darus sebelum cepat-cepat melangkah ke arah kereta Audinya.

" Sesuai betul kalau untuk si Ana tu" Pak Darus hanya menggelengkan kepalanya sebelum menyambung pekerjaannya semula.

***

" Assalamualaikum mak. Orang dah sampai" Anatasyia melepaskan lelahnya sebentar di atas tangga rumahnya.

" Ha Ana bawak masuk barang-barang tu. Duit baki tadi mana???" tanya Puan Safiah.

" Eish mak ni orang belum habis penat mak tanya macam-macam pulak. Bukannya ditanya.. 'Ana dah balik ke... meh sini mak tolong amik barang tu... kesian berat ye' ini tak terus tanya baki duit belanja tadi. Mak ni tak sayang orang kan?" merajuklah konon.

" Mak tanya duit baki tadi mana. Yang pi melencong bende lain apa hal... kamu pegi beli eh duit lebih tu." sambil berkata-kata Puan Safiah mengecilkan matanya melihat anaknya itu.

Dia tahu sangat perangai Anatasyia ni. Ada je akal dia nak lari dari tajuk. Ditanya lain di jawab lain..

" Alah mak... ora...." belum sempat dia menghabiskan ayatnya , kelihatan satu kereta Audi memasuki halaman rumahnya.

" Kereta sapa ni?? Kamu ada buat hal ke tadi Ana."Puan Safiah memberikan tenungan tajam ke arah Anatasyia.

'Alamak ... apa lelaki tu nak. Jangan cakap dia nak duit bawang tadi. Aku dah beli topup duit tu. Tinggal RM 4 je ni. Mana mak siap minta lagi duit baki tadi. Adui mati aku.'

" Assalamualaikum.." Hassanal memberi salam sebelum menapak ke arah rumah tersebut.

" Walaikumusalam... cari sapa ye??" tanya Puan Safiah.

" Ini rumah Ana ke??" kata Hassanal.

" Eh taklah ini rumah makcik." sangkal Puan Safiah.

" Ouh.. nampaknya saya salah rumah lah ni agaknya" tapi Hassanal pasti ni rumah Ana sebab dia lihat orangnya tu duduk lenggang dah dekat tangga tu nasib je tak terkuak kat situ.

" Ini memang rumah makcik dan Ana tu anak makcik. Dia tu cuma membungkang je kat rumah ni." sindir Puan Safiah.

'Aik boleh pulak macam tu ?' Hassanal hanya memberikan senyuman kecil. Dia tak tahu nak cakap apa lagi. Tengok pun seram juga dia lihat Mak si Ana ni. Garang macam singa.

" Ni kamu jumpa pasal apa. Dia ada buat hal ke kat kamu. Makcik boleh bagi pelempang kat dia sekejap lagi kalau dia ada buat salah kat kamu."

" Eih taklah makcik. Saya datang sini nak minta maaf pasal hal kat pasar tadi. Saya tak sengaja sakitkan hati dia. Saya datang ni nak jumpa dia sekejap kalau makcik izinkan??" Hassanal meminta izin Puan Safiah untuk berjumpa Anatasyia.

" Boleh tapi kejap je. Dia tu banyak lagi kerja kat dalam rumah tu. Kamu masuklah dulu. Tak manis kalau kat luar. Nanti orang nampak" ujar Puan Safiah.

" Terima kasih makcik" Hassanal membuntuti langkah Puan Safiah dari belakang.

" Kamu Ana tak reti ke bawak masuk barang-barang dapur tu. Nak aku bentangkan karpet merah baru kamu nak masuk?" sergah Puan Safiah lagi.

" Eish orang masuklah ni. Mak ni suara tu tinggi betul. Mak bekas penyanyi ke dulu??" habis je dia cakap macam tu... satu selipar melayang ke muka putihnya.

" Kamu jangan nak sembarang... masuk sebelum aku lempar selipar lagi satu pi muka kamu tu." Hassanal yang melihat tak tahu nak kata apa. 'SPEACHLESS' tak tahu nak ketawakan atau kesiankan..

'Mak oi... garang giler mak dia ni... silap hari bulan dengan aku-aku sekali dilemparkan selipar' bisik hati Hassanal.
seram wei.......

happy reading. jangan stress ²( ˘ ³˘)♥

Share this novel

SAIDS
2021-06-04 13:24:51 

hahha

Maimunah Arif
2021-05-28 02:52:37 

lawakkk


NovelPlus Premium

The best ads free experience