~ Hantu punya Kakak ~

Romantic Comedy Series 551

" Oi solat.... kau ni pemalas betul. Bangun pun jam berapa. Dah tengahari buta baru nak bangun. Solat subuh entah kemana-mana" Aliya terlalu bengang dengan kakaknya sorang ni. Suruh bangun pun payah giler.

" Kau ni dah kenapa memekak jelah, orang nak tidur pun susah." Anatasyia sangat sebal bila orang memekak awal pagi macam ni. Awal pagi apanya dah tengahari bolong dah ni.

" Ana bangun Ana . Dah jam 11.30 ni . Bantu apa yang patut dekat dapur tu. Nanti mak marah kita lagi." Alisya adik kedua daripada enam adik beradik. Dia seorang yang agak lasak tapi bab bercakap dia memang seorang yang lembut.

" Eish malas lah aku. Nanti mak bising aku lagi adalah. Habis aku kena bebel nanti. Kau fahamlah mak tu. " Anatasyia memang seorang yang sangat pemalas. Mandi pun kadang seminggu dua kali.

" ANA...ANA...ANA!!! Kamu kat mana. Mak nak minta tolong ni." Kedengaran jeritan Puan Safiah dari dapur meminta tolong anaknya.

Malas-malas dia berdiri sambil berjalan menghampiri ruangan dapur di rumahnya. " Ha apa dia mak."

" Tengahari baru nak bangun. Apa nak jadi dengan kamu ni. Pemalas betul."

" Mak nak minta tolong apa tadi. Orang nak tolong apa ni??" Anatasyia terus sahaja memotong cakap ibunya sebab dia malas nak dengar bebelan yang meleret-leret nanti.

" Potongkan bawang tu. Mak nak masak Ikan rebus campur kunyit nanti. Lepastu kamu goreng ikan tu. Jangan nak suruh-suruh adik kamu pulak. Faham tak!!!" agak keras sedikit lantunan suara Puan Safiah.

" Fahammmmm....~~~" meleret dia menjawab. Sengaja nak menyakitkan hati Puan Safiah.
" Sengaja lah tu kan??"

" Tak mak.."

Anatasyia melakukan pekerjaan yang disuruh ibunya tadi sambil dia melihat cerita kesukaan nya di YouTube. Ini silap hari bulan boleh masuk hospital sebab terpotong tangan sendiri.

" Kamu kalau tak pegang fon sehari tak boleh ke? Asyik handphone, handphone, handphone. Makanlah handphone kamu tu. Macam boleh kenyang handphone tu." Puan Safiah berleter lagi.

' Mula lah mak ni. Aish sakit telinga aku.' suara yang hanya mampu terbit dari hati sahaja kalau bagitau depan-depan silap hari bulan ada yang kena makan kaki.

" Iyalah orang tengah potong ni. Sekejap." Anatasyia melajukan tangannya memotong bawang putih dan bawang merah yang diminta ibunya tadi. Tak sanggup dia nak biarkan telinganya bernanah kena bebel oleh peluru berpandu ibunya.

Setelah siap memotong bawang putih dan bawang merah, dia menyambung pekerjaan nya yang lain iaitu menggoreng ikan sampai hangus. Eh .eh .eh silap. Menggoreng ikan sampai rangup.

" Nasi dah masak ke??" tanya Puan Safiah

" Entah, orang tak tahu. Orang baru bangun tadi. Mak tanyalah Alisya dengan Aliya. Sebab dorang dari tadi orang tengok takde buat apa-apa pun." Jeles lah tu tengok adik dia senang lenang.

" Takde buat apa-apa nya. Dorang tu awal pagi lagi dah bangun. Dah cuci kain apa semua. Kamu tu je yang tak tahu apa-apa kat rumah ni. Rumah ni kena bom pun kamu tak tahu." tambah Puan Safiah.

" Iyalah mak. Dorang je yang rajin orang ni pemalas nak mampus. Takpe mak ." ujarnya yang seakan berjauh hati.

" Sikit-sikit nak melawan, sikit-sikit nak melawan. Cubalah dengar sikit cakap mak. Tak ruginya kamu. Tambah pahala kalau kamu ikut cakap mak ni."

' Aik bila masa pulak aku melawan ni?? pening aku. Nanti kalau aku cakap mulalah kena teriak'. Malas dia nak bertekak, jadi dia amik ikhtiar dengan keluar sahaja dari dapur tu.

" Nak kemana tu , ikan ni macam mana? hangus nanti macam mana nak makan. " berang dia melihat anak perempuannya sorang ni. Tak habis-habis dengan kepala dia sendiri.

" Orang baru terbalikkan ikan tu. Nanti pandailah orang gi tengok. Mak takyah lah risau."

" Pastikan ikan kamu masak tu tak hangus. Mak datang sekejap lagi kalau kamu tak bergerak siap kamu." Kata-kata yang penuh dengan amaran dihadiahkan kepada Anatasyia.

" Iya mak orang buat juga nanti. Eish orang tua ni kalau sehari tak membebel tak sah kut."sengaja dia memperlahankan suaranya saat menutur kata-kata terakhir.

" Apa kamu cakap??"

" Takde mak.. takde pape." katanya kalut.

Dia menyambung semula melihat saluran kegemarannya. Cerita Korea yang bertajuk ' 100 Days My Prince' itu menjadi pilihannya. Tengah meletup-letup cerita tu sekarang.

Aih ada nanti makan ikan hangus sak lagi. Tak dapat makan ikan ,makan kaki jap lagi. Habislah kau Anatasyia.....

okey... ni novel yang kedua.... Hope korang enjoy... Meriahkan ruang komen tau... nak tengok respon sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience