Series
551
"Ui Bongok, mana kau nak bawak aku ni. Main selamba badak kau je tarik aku. Bagitau dulu aku kita nak kemana kalau tak aku tak nak ikut kau."
Anatasyia tidak mempedulikan bebelan sahabat baiknya itu. Baginya sekarang ni, dia perlu melakukan pembalasan 'dendam kesumat tersumbat' nya terlebih dahulu.
" Aih pekak pulak budak ni. Eish apasal kau pegang-pegang tangan aku ni. Geli tau tak."
" Kau tak reti diam ke ? Sebelum aku sumbat taik hidung aku pi mulut kau, baik kau diam" ugut Anatasyia.
" Bapak ahh, tak nak aku. Taik hidung kau pahit...orang lain taik hidung masin yang kau pahit."
" Kau cakap macam tu memang kau dah pernah rasa taik hidung orang lah ni?? hehehhe..." seriau dia melihat senyuman Anatasyia yang tak berapa nak senyum tu. Bukan dia tak tahu perangai mereng kawannya sorang ni.
" Kau jangan... aku tolak kau pi taik lembu belakang kau tu baru kau tau."
" Kalau kau tak nak merasa taik hidung aku ni ,baik kau ikut plan baik aku." ujarnya penuh bermuslihat.
" Plan baik??? seumur hidup aku yang malang sekali mengenali kau ni, rasanya tak pernah lagi kau nak buat baik ngan orang. Sedekah kat tabung masjid pun 10 sen je kau bagi. Inikan pulak kau nak buat plan baik. Pelik??"
" Kau dah habis kutuk aku ke??ke kau nak aku bagi kau kertas suruh kau salin je perkataan hinaan kau tu?"
Anatasyia buat muka toya melihat sahabat baiknya itu merangkap teman sekongkol buat keje pedajal orang. Mereka bersahabat baik sejak dari bangku sekolah menengah lagi.
" Eleh memang betulkan.. kau bukannya baik sangat ngan orang... paling pun kau tolong orang mesti nak minta upah cekik darah. Lepastu duit tu kau pegi beli topup. Aku kenal sangat perangai kau ni."
" Kau jangan sampai masuk berita 'seorang wanita dikatakan meninggal dunia akibat termakan taik hidung yang banyak menyebabkan dia mati keracunan makanan. Tempat kejadian betul-betul di hadapan kandang lembu Pak Kum Pak Mustape' ha kau jangan." ugut Anatasyia sekali lagi.
Firzatul menjeling tajam sahabat baiknya itu. 'eish apalah nasib berkawan dengan hantu lampir ni... muka cantik tapi perangai senget' kutuknya dalam hati.
" Ha cakaplah cepat apa plan baik kau tu sangat..." maleh dia ngan Anatasyia ni. Selagi tak setuju selagi tulah dia nak paksa.
" Plan baik aku adalah..... sok sek sok sek..sok sek...sok sek sok sek sok sek ." Anatasyia berbisik ditelinga Firzatul, macamlah ada orang nak dengar.
Firzatul menggelengkan kepalanya dengan perangai giler-giler bahasa kawannya itu.
" Kali ni sapa pulak?? "
Anatasyia menjongketkan kedua-dua keningnya.
' Ah sudah minah ni..'
***
Setelah mendengar suara tarzan mak mereka, serentak mereka bertiga berdiri mahu melangkah ke dapur yang terletak di belakang rumah.
Melihat sahaja mereka bertiga berdiri dia pun ikut berdiri mahu mengikuti langkah mereka. Baru sahaja Aisy, Aliya dan Alisya ingin berjalan tiba-tiba mereka bertiga ketawa melihat Hassanal.
Hassanal yang sudah tidak tahan mula bertanya. " Korang kenapa? apa yang lawak.."
" Tandas kat bawah bahagian dapur." kata Aisy sambil menahan perutnya yang ingin meledak gara-gara ketawa terbahak-bahak tadi.
" Kenapa ngan tandas?? nak buat apa ngan tandas.. Saya bukan nak buang air kecil pun." tergaru- garu Hassanal melihat perilaku mereka bertiga ni.
" HAHAHA kau tak sempat pergi tandas ke sampai terkencing dalam seluar. Hahaha" Aliya tak mampu nak tahan gelak sampai terjelupuk dia kat lantai sambil tepuk-tepuk lantai kayu tu.
Mak aih over betul minah ni. Nak gelak un berpada-padalah. Overdose betul reaction dia tu.
Hassanal cepat-cepat teringat seluarnya yang basah terkena air oren tadi. Malu bukan kepalang dia bila melihat warna kuning di tengah-tengah seluarnya.
" Eih korang jangan salah sangka dulu. Bekas kat seluar saya ni disebabkan air oren yang tertumpah tadi."
Hassanal menjelaskan perkara yang sebenarnya agar mereka tidak salah sangka dengan tompokan kuning di seluarnya itu.
" Ha yelah wak, awak ikut kitorang pegi dapur. Dekat situ ada tandas." Alisya kesian melihat Hassanal yang malu diketawakan oleh adik-adiknya itu.
" Awak pun ingat saya kencing dalam seluar juga ke? Saya tak kencing dalam seluarlah.
Sumpah wak.." Sayu hati Hassanal kalau Alisya pun berfikir yang sama seperti adik-adiknya yang lain.
Alisya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum...
" Iya saya percaya. Saya tahu awak tak kencing dalam seluar tapi awak perlu ganti seluar awak tu. Takkan awak nak pakai sampai balik nanti. Takut bersemut pulak seluar awak tu."
" Iyalah jomlah. Tapi kalau saya ganti seluar, saya nak pakai apa? Dalam kereta saya takde seluar ganti."
" Itu awak tak perlu risau. Nanti saya bagi seluar ganti untuk awak." ujar Alisya.
" Dahlah jomlah... tak pasal-pasal nanti bersemut pulak tempat ni. Kalau semut tu kat luar ok juga. Buat nya semut tu nanti masuk pi seluar seseorang tu tak ke naya nanti."
Alisya hanya menggeleng dengan ucapan Aliya tadi. Tak padan ngan perempuan mulut tu laju je nak kenakan orang.
Mereka pun mula menapak ke belakang ruangan rumah tersebut. Manakala Alisya ke ruangan bilik pakaian abahnya untuk mencari seluar yang sesuai buat Hassanal.
Sesampai sahaja mereka bertiga ke dapur , Hassanal terus sahaja menerobos masuk pintu tandas yang ada di ruang kiri dapur tersebut.
" Dah kenapa dia tu.. sapa ke nama budaknya tu mak tak sempat pulak nak tanya tadi. Sapa nama dia?" tanya Puan Safiah.
" Alamak hahahah, kitorang lupa tanya nama dia. Sibuk ketawakan dia tadi sebab dia kencing dalam seluar." Aisy hanya tahan gelak sebab dah kering gusi dia dari tadi mentertawakan si Hassanal tu.
" Takkan sorang pun tak pergi tanya nama budak tu. Haih mak tak pernah pun bagi korang makan serangga ke, semut ke sampai korang jadi lupa ingatan tahap nenek-nenek." bebel Puan Safiah.
" Halah mak ni kejap lagi tu keluar lah dia. Mak tanyalah dia sendiri nanti. Ha sekali mak tanyalah dia tu single ke atau dah berpunya...heheheh"
Tersenyum-senyum dia nak mengenakan kakaknya sorang tu..sapa lagi kalau bukan si Alisya.
" Takde keje aku nak menanya anak orang single ke tak...ouh sekarang kamu dah pandai menggeletis ya Liya. Mak kahwinkan kamu ngan Man jongang tu baru kamu tau."
" Uish mak ni kesitu pulak. Orang bukan nak menggeletis tapi orang nak kenenkan dia ngan Lisya.. sebab orang tengok lelaki tu macam suka je ngan Lisya" ujar Aliya memberi penerangan.
Aisy hanya melihat perbualan orang dewasa tu dengan muka selamba badak. Sebab sekarang ni dia tengah makan cucur badak, kalau tak dah lama dia ikut port bergoship sekali.
" Lepastu kan mak..." belum sempat dia nak tambahkan perasa cerita, datang pulak Alisya menyampuk.
" Lepastu apa?? kau nak aku tepuk kepala kau Liya. Kau jangan nak macam-macam. Kejap lagi aku sumbat mulut kau dengan pembengkung tandas tu baru kau tau. Mak tak payah nak dengar si panglipulara tak bertauliah ni. Ada je cerita dia nak reka." Alisya menyoroti adiknya itu dengan pandangan yang tajam.
Dia berlalu ke bilik tandas mereka. Alisya mengetuk perlahan daun pintu tandas tersebut.
" Awak saya bawak seluar gantian ni."
Hassanal hanya menjulur kan tangannya keluar. Badan serta kepalanya tidak kelihatan. Cepat-cepat Firsya menghulurkan seluar tersebut ke tangan Hassanal.
" Terima kasih wak" kata Hassanal.
" Sama-sama. Nanti keluar cepat kita makan sama-sama." pelawa Alisya.
" Okey."
***
' Sah minah ni giler' Firzatul speachless dengan perangai mangkuk si Anatasyia ni. Tak pandai nak berubah dari zaman sekolah lagi. Nakal nak mampos.
" Kau ni kecik-kecik menyusahkan, dah besar-besar pula kau memamposkan.." Firzatul terlepas cakap apa yang ada dalam fikirannya. Serentak dia tersenyum-senyum kambing depan si Anatasyia.
" Apa kau cakap??" dia sebenarnya tak berapa nak dengar. Ialah sebab tengah sibuk nak menperdajalkan orang.
" Takde pape...mana ada aku cakap apa-apa" ujar Firzatul. Lega.
Setelah mendapat apa yang dia mahu, lantas dia menyuruh si Firzatul menolong dia membuka pintu di hadapannya itu untuk memudahkan lagi kerjanya.
" Laju wey...nampak dek orang naya kita." Firzatul kalut bila Anatasyia lambat betul memasukkan benda alah tu ke dalam kereta yang dibukanya tadi.
" Sabarlah... kau tu keje senanglah suruh buka pintu je. Banyak cekadak cap cekodok betullah kau ni."
" Aku dah tolong kau ni kira bersyukurlah sikit. Hey lampir ni kalau aku kasi masukkan dia pergi perigi buta okey juga. Biar kasi insaf."
" Kau kalau bercakap jangan macam orang nak berak tak kesampaian. Kecil betul suara nak dengar, entah-entah cicak pun tak dengar."
Firzatul buat muka menyampah. ' Ada je dia nak samakan aku ngan binatang. Lepas ni apa pulak? Cipan, cacing, cat ??' dia berfikir kalaulah suatu hari nanti mereka telah berkahwin, beranak pinak apa jadi dengan si Anatasyia ni.
Janganlah ada anaknya yang sebiji macam dia ni. Huru-hara kehidupan sejagat raya.
Anatasyia melihat kawan baiknya itu dengan pandangan yang pelik. Takkanlah sehari tak call boipren dia dah meroyan. Anatasyia mula mendekati rakannya yang masih termenung itu dan menepuk bahu Firzatul.
" Kau kenapa? frust sebab tak dapat call boipren ke? baru sehari je kot korang tak jalan sama-sama"ujar Anatasyia.
" Bukanlah. Mana ada aku fikir pasal dia. Ni kau dah siap ke belum?"
" Heheheh dah ....habislah dia..." tersenyum jahat dia apabila memikirkan impak yang akan diberi oleh benda alahnya itu tadi.
" Kita kena cepat nanti ada orang tengok. Kita yang akan jadi suspek utama nanti." Firzatul menarik tangan rakannya dan berlari menuju ke rumah Firzatul.
***
" Ha nak makan banyak-banyak, jangan segan-segan jangan malu-malu." kata Puan Safiah.
" Terima kasih makcik." ucap Hassanal.
" Sama-sama. Nama kamu ni sapa ya. Maklumlah makcik belum kenal kamu sangat. Makcik pun lupa nak tanya nama kamu tadi."
Hassanal cepat-cepat mengunyah makanannya dan perlahan-lahan menelan makanan tersebut.
" Nama saya Hassanal Syahzim. Boleh panggil Hassanal je makcik." Dia memaniskan roman mukanya ke arah bakal mak mertuanya. Menyempat..
" Ouh Hassanal sedap nama kamu. Tapi kenapa sebelum ni makcik belum pernah nampak kamu kat kampung ni. Seingat makcik belum pernah ada lagi orang berpindah masuk ke kampung ni. Makcik dah nak dekat berpuluh tahun jugalah tinggal kat sini. Tapi belum pernah terserempak ngan kamu."
" Macam ni makcik. Saya tengah uruskan projek resort yang ada dekat sungai bukit atas tu. Sambil-sambil tu saya jalan-jalan amik angin lah kat kampung ni. Resort tu pun tak lama lagi dah nak siap. Jadi saya ingat saya nak stay terus kat sini sampai resort tu betul-betul jadi." ulasnya panjang lebar.
" Ouh macam tu... bagus betul kalau ada orang muda macam kamu ni. Rajin dan kuat bekerja. Susah nak jumpa pemuda macam kamu ni." Hassanal tersenyum dengan pujian yang diberikan oleh Puan Safiah.
Dalam hati dia memuji kebesaran Allah yang telah memudahkan pekerjaannya sekarang. Dia bukanlah sesiapa melainkan hamba Allah yang mencari rezeki di muka bumi ini.
" Makcik saya nak tanya sikit boleh?" Hassanal memerhatikan wajah-wajah yang ada disitu dan dia pasti dia tidak silap mengira.
" Apa dia nak?" jawab Puan Safiah.
" Ana kata adiknya semua ada lima orang tapi kat sini cuma ada tiga orang, yang lagi dua tu kat mana? Dia ada cakap lagi adiknya semua kecil-kecil tapi yang saya tengok ni semua dah besar-besar dah."
" Kau dah kena kencing dah ngan si Ana tu. Dia tu memang kaki tipu ,kaki pembohong , kaki pendusta dan segala kaki dia lah. Nasib je kaki kat badan dia tu ada dua." sampuk Aliya.
Tiba-tiba Aliya menjerit kesakitan. Alisya disebelahnya memandang tajam Aliya. Alisya paling tak suka adik-adiknya membuka aib keluarga depan orang yang mereka tak kenal apatahlagi orang asing.
Aliya membalas pandangan Alisya tadi. Dia tak puas hati betul bila Alisya mencubitnya dengan kuat.
" hehehheh boleh pulak macam tu. So yang lagi dua tu pergi mana?" tertanya-tanya Hassanal dengan lagi dua tu.
" Airaa pergi sekolah menengah tingkatan satu. Aifaa pulak sekolah menengah tingkatan dua. Kejap lagi mereka baliklah tu."
" Ouh patutlah tak nampak yang lagi dua tu, rupanya kat sekolah." terangguk-angguk dia memahami jalan cerita sebenar.
Mereka mula menyambung makan dan minum pada tengahari yang indah itu. Dalam hati Hassanal dia menyumpah serana si Anatasyia kerana berani betul menipu dia.
Tapi kalau bukan disebabkan dia kau takkan berjumpa ngan si Alisya ni oi.....
hehehheh sorry sangat kalau ada salah ejaan ke apa. And sorry lmbt update sebab saya ni Author paling pemalas di bima sakti ni.hahaha( ╹▽╹ )
Share this novel