~ Mamat Pujaan Hatiku~

Romantic Comedy Series 551

Hassanal menatap pasu bunga yang berada di tengah meja itu dengan perasaan takut. Sebab apa? sebab yang satu tengah tengok dia dengan senyuman,yang satu lagi tengah tengok dia macam nak makan.

" Ehm.... se...se...se...benarnya...." terketar-ketar dia mahu mengeluarkan perkataan.

" Kamu ni dah kenapa. Sese- sese nak makcik bagi selipar ke baru nak bercakap" pening dia dibuatnya. Sudah lima minit dia menunggu pemuda ini bercakap tapi asyik tergagap-gagap macam kena makan sudu je.

" Sebenarnya saya nak bercakap dengan Ana je makcik. Kalau makcik izinkan.." terkeluar juga perkataan yang dia mahu katakan berkat perkataan 'selipar' yang Puan Safiah tuturkan tadi.

" Kenapa tak boleh bincang kat sini je ke? penting sangat ke apa yang kamu nak sampaikan tu ?sampai makcik tak boleh ada kat sini?"

Hamik kau berjela dia bertanya sampai pening Hassanal dibuatnya.

" Eih taklah makcik, kalau boleh saya cuma nak berbincang secara privasi dengan anak makcik."

" Halah mak ni, biarlah orang luangkan masa dengan pakcik misai ni. Macam nak terkucil dah orang tengok muka pakcik ni." sedari tadi dia cuma memerhati perbincangan antara Hassanal dengan ibunya.

Dia tahu lelaki ini tak selesa sedikit bila ibunya ada jadi dia cuba untuk menjelaskan kepada ibunya. Dia rasa lelaki ini memerlukan ruang untuk bercakap dengannya.

" Ha yelah. Makcik pergi buat air dulu untuk kamu. Kamu tunggu sini tau. Rasanya kejap lagi nak makan tengahari. Alang-alang kamu dah ada kat sini, makan terus je dekat rumah makcik. Lepas makan baru kamu pulang."

Belum sempat Hassanal menghalang, Puan Safiah sudah lesap masuk ke dapur.

' Uish , macam pelesit. Laju nor'
Sebaik sahaja dia memutarkan kepalanya untuk berbincang dengan Anatasyia...

" Maafkan saya pakcik misai, saya dah takde duit nak bayar duit bawang tadi. Saya dah pegi beli topup duit lebih tu. Pakcik jangan bagitau mak saya tau. Duit saya yang tinggal RM 4 tu pun mak saya mintak."

Laju sahaja dipotong oleh Anatasyia. Sekali nafas pulak tu.. Tak semput ke budak ni.

" First of all, I'm not pakcik. Am I too old to you??? Saya datang sini bukan sebab nak minta duit ke apa. Saya datang sini nak minta maaf pasal hal kat pasar."

" Ha!!! minta maaf?? pasal apa??"

Ah sudah bengong pulak budak ni.

" Pasal kat pasarlah. Saya minta maaf kalau awak terasa dengan perkataan kasar saya tadi. Saya tak berniat nak kutuk awak ke apa, saya just nak cepat je waktu tu. Tapi tulah awak lambat sangat."

Hassanal menayangkan sengihan nya. Terbentuk lesung pipit di atas pipinya yang berdekatan mata. Amboi spesifik sangat tu.

" Lah pasal tu je ke...ingatkan apalah yang urgent sangat tu." Lega rasa hatinya bila dia tau takde penclaiman duit dari dia.

" Hal kecik je wak, saya maafkan . Tapi tulah awak tu janganlah kasar sangat nanti sayang saya kat awak berkurang." tersipu malu dia menuturkan katanya tadi.

" Haaa?? kejap telinga saya masuk semut. Ulang balik apa awak cakap tadi."

' Haih...kesian... kau makan jelah telinga dia tu semut , biar dia hilang telinga terus. Tak mendengar langsung.' panas hatinya.

" Tak, saya cakap saya buat sayong Sarawak. Alah labu sayong. Takkan awak tak tahu."

"Ouhhhh. Okay" Hassanal tersinggung senyum melihat Firsya yang menggelembungkan pipinya.

Dia dengar sebenarnya tapi saja nak sakat. Dia merenung wajah Anatasyia sedari tadi. Matanya yang berwarna cokelat kehitaman dan mempunyai pupil mata yang besar, hidungnya yang tak terlalu mancung dan tak terlalu pesek. Menambahkan lagi keayuan gadis itu.

Tapi taulah si Anatasyia ni , rock giler... jadi keayuan di wajahnya tidak terserlah kerana sifatnya yang agak kasar sedikit.

" NUR ANATASYIA!!! Kau amik Wi-Fi aku eh. Kau pakai hostpot aku kan. Dasar kakak hantu."

"Alamak matilah aku"

Terjerit Aisy dari bilik kerana melihat datanya sudah habis dipakai oleh si hantu di rumah ni. Tak menunggu lama Anatasyia membuka langkah seribu lari masuk biliknya.

Terkulat-kulat Hassanal melihat perilaku Anatasyia.

" Awak nak gimana kita belum habis bincang lagi."
Hassanal menarik lengan Anatasyia dari meninggalkan nya.

" Perbincangan telah ditamatkan. Hakim mahkamah nak cabut lari masuk bilik dulu. Kejap lagi awak cakap kat mangsa bahawa saya keluar."

Dia masuk ke biliknya dengan tergesa-gesa. Takut si adik datang menangkapnya.

'tak boleh belah perangai minah ni. Muka dah cantik tapi perangai mereng.'

" Apa yang bising-bising tu." Maka keluarlah mak singa dari sangkarnya.

" Mana si Ana tu mak?? orang nak pelangkung dia ni. Habis data orang dicurinya. Bila kita nak pinjam hostpot dia pandai dia kata habislah, data basic lah, tak cukup datalah itulah inilah. Macam-macam alasan dia bagi."

Hassanal hanya melihat sinetron keluarga di depan matanya secara diam. Takut dia nak menyampuk. Sebab satu mak singa yang satu lagi anak singa. Ngamlah 'singer menawankan keluarga bahagia'.

" Kau sapa... kenapa kau boleh masuk dalam rumah ni?" perhatian Aisy terus ke arah Hassanal yang duduk di sofa ruang tamu mereka.

" Aisy cuba hormat tetamu sikit. Cakap elok-elok tak boleh ke? Kau nak mak pelangkung kau. Mak tak pernah ajar anak-anak mak berkasar dengan tetamu. Minta maaf cepat."

Tegas suara Puan Safiah menegur anaknya yang agak tidak sopan bercakap dengan tetamu mereka.

" Maafkan saya. Saya tak bermaksud nak berkasar. Saya tak tahu awak ni tetamu kami." agak kendur sedikit suaranya apabila kemarahannya sudah boleh dikawal.

" It okay..." Hassanal hanya tersenyum melihat gelagat orang dirumah ni. Happening semacam.

" Ouh, ye awak ada nampak tak perempuan yang pakai baju t-shirt ungu , seluar jeans. Dia pakai tudung."

" Ouh dia kat bilik." sengaja Hassanal menguatkan suaranya biar didengar orang di dalam bilik tu.

Di dalam bilik....

' Ciscake betullah lelaki ni. Aku dah kata jangan bagitau dia pergi bagitau juga. Telinga dia letak kat mana ah?? atau mungkin efek dari semut masuk telinga dia tadi kot, sebab tu orang suruh lain dia buat lain'

Panas dia berkurung dalam almari ni gara-gara nak menyorok dari adiknya.

' Takpe ..kau tunggu sat lagi.. Memang sarang semut berserta Queen nya sekali aku kasi masuk telinga kau. Tak guna punya pakcik'

Habislah....

habis kering idea.... tapi tak pe demi kepuasan hati Saids dan pembaca saya tetap teruskan perjuangan menyiapkan bab demi bab.. walau otak rasa macam nk trkeluar dari tempurung..takpe..for u my readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience