~ Gatal ~

Romantic Comedy Series 551

Anatasyia mengambil air sejuk di peti ais yang terletak disebelah kabinet dapur rumah tersebut. Dia menuangkannya ke dalam gelas sambil bersenandung kecil.

" Amboi kau.... happy semacam je aku nampak. Ada apa-apa ke?" tegur Firzatul.

" Mestilah aku happy. Tak lama lagi mamat semut tu akan berjumpa koloni semut dengan ratu-ratunya sekali. Iyalah dia kan dah lama tak jumpa kawanan dia, mesti dia rindu."

Anatasyia menayangkan ekspresi muka sedih yang dibuat-buat. " Sah kau ni nak kena jumpa doktor."

Firzatul berkira-kira kalau dia masukkan rakannya tu ke hospital sakit jiwa agak-agaknya mahal tak?

" Tapi en yang aku hairan ni... asal kau nak kenakan dia? dia salah apa kat kau?"

Firzatul tahu Anatasyia takkan sesuka hati nak mengenakan orang kalau orang tu tak cari pasal dulu dengan dia. Walaupun hal itu hanyalah hal yang kecil. Anatasyia akan balas balik perlakuan orang itu.

" Lelaki tu mula dulu. Aku kata jangan bagitau adik aku yang aku tengah menyorok, dia pergi bagitau juga. Bila Si Kucing betina tu tahu aku kat mana...dia ketuklah pintu bilik aku sampai nak pecah... nasib baik aku dapat larikan diri tadi. Tu yang aku pergi rumah kau terus. Sebab nak elak dari kucing betina itu. So Begitulah kira-kiranya." jelas Firsya panjang lebar.

" Lah kau buat apa dekat si kucing betina tu sampai dia mengamuk? Ni mesti kau yang pergi cari pasal dulu kan?" tebak Firzatul.
Dia tahu sangat siapa si kucing betina dalam rumah si Firsya tu. Dan dia tahu sangat siapa yang mula angkara dulu.

" Ehhh, mana ada. Aku tak sengaja teramik hostpot dia sekejap. Lepastu tahu-tahu dah habis. Bukan salah aku. Dia yang buka hostpot tak tutup balik. Aku pinjam sekejap je."

" Ngok kau pinjam...tu namanya kau mencuri. Kau ada minta izin dia ke sebelum kau pakai hostpot dia??"tanya Firzatul.

" Ehm...ah...ahm takde..he...he... he" tersenyum sumbing dia membalas pandangan Firzatul.

" Kalau aku jadi adik kau... tak payah tunggu lama-lama..aku kerat je leher kau bagi makan rimau dekat hutan tu. Kau ni berdosa tahu tak curi hostpot orang. Lainlah kalau kau minta izin. Barulah orang nak kasi. Aku dah pesan kat kau banyak kali kan Ana.. jaga perlakuan kau tu, nanti takde orang nak kat kau. Kau nak jadi anak dara tua ke?"

Anatasyia menggeleng laju menyatakan dia tidak mahu jadi anak dara tua.

" Tahu pun tak nak jadi anak dara tua tapi perangai kau tu, tak pernah nak berubah. Kau tu sebenarnya cantik, ayu ,lemah lembut tapi sifat kau tu dah macam budak lelaki betul. Cubalah ubah sikit Ana oi."

Pening dia menasihatkan kawannya ni balik-balik. Asyik masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ni lah perangai dia.

Anatasyia mengambil buku dan kaca mata milik Firzatul. Dia lalu duduk ke samping menghadap betul-betul dihadapan Firzatul. Lagaknya dah macam Profesor dah.

" Kalau betul orang tu sayangkan aku ,aku tak perlu ubah penampilan aku. Dia sendiri yang akan nampak kecantikan aku yang orang lain tak nampak. Buat apa aku nak ubah perangai aku sekarang kalau aku tak ikhlas untuk berubah.

Tak semua lelaki boleh terima aku seadanya. Biarlah aku jadi diri aku sendiri. Insyaallah suatu hari nanti, ada yang akan nampak kecantikan aku yang sebenarnya."

" Ceh naik meluat aku nasihatkan kau ni. Bukannya nak di dengar. Bak sini cermin mata ngan buku novel aku tu. Kecantikan sebenarlah konon."

Anatasyia ketawa terbahak-bahak dengan kata-katanya tadi. Firzatul hanya membiarkan Anatasyia gelak sorang-sorang. Malas dia nak layan hantu lampir tu. Buat sakit hati je.

Dalam pada dia ketawa tu ,dia tengah imagine apalah yang berlaku ngan mamat semut tu a.k.a pakcik misai.

Memikirkannya sahaja sudah membuatkan dia ketawa terbahak-bahak.

" Eish bisinglah kau ... aku tengah baca novel Miss Pisau Cukur ni. Pi main jauh-jauh." usirnya.

" Kerek betul kau.... aku baru je nak bermimpi indah-indah tadi. Potong mood betullah minah ni." Anatasyia melangkah ke ruang tamu yang berada dihadapan rumah tersebut.
Dia menyambung semula ketawanya yang terhenti tadi.

' Nasib kaulah....'

***


Hassanal ingin beransur pulang kerana ada urusan yang belum diselesaikannya lagi. Dia meminta diri sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka sekeluarga kerana telah menjemput dia makan tengahari tadi.

" Terima kasih banyak-banyak ya makcik sebab sudi jemput saya makan tengahari. Sedap nangka masak lemak cili api yang makcik masak tadi." puji Hassanal.

Dia makan sampai dua piring, sebab daripada dia kecil dia tak pernah makan masakan kampung. Jadi bertambahlah seleranya nak makan.

" Sama-sama. Lain kali datanglah lagi. Makcik masak special lagi untuk kamu."
Suka dia melihat pemuda ini. Sungguh bersopan santun dan berbudi bahasa.

Hassanal melirikkan matanya ke arah Alisya buat terakhir kalinya.

" Awak...eh maksud saya awak semua, saya balik dulu ye... Gembira berjumpa kamu semua. Insyaallah kalau ada jodoh, kita bertemu lagi di lain hari." macam ayat novel pun ada si Hassanal ni.

Eih..eih...eih... jap ni memang novel en?? Hahaha lantaklah labu..

" Babay abang hensem.. lain kali datang lagi tau. Akak Alisya setia menunggu." sepit ketam Alisya menghinggap di pinggang Aisy yang tidak tahu jaga air mukanya.

" Kau ni kuhang hasom betullah.... tak tahu ke jaga air muka orang" Alisya mendekatkan bibirnya ke telinga Aisy yang ditutupi tudung bawalnya itu.

Hassanal hanya tersenyum melihat keletah mereka berdua. Dia sendiri pun tidak tahu bila lagi dia dapat menjejakkan kaki ke rumah itu.

Dia membuka pintu keretanya lalu memasukkan kunci ke dalam punat kereta miliknya. Perlahan-lahan dia mengundurkan keretanya ke jalan kecil dan memberhentikan keretanya sebentar.

Hassanal menekan hon keretanya ,menandakan dia ingin pergi sebentar lagi. Mereka melambai-lambai dan dibalas dengan senyuman Hassanal.

Sewaktu dia mula menekan minyak ,tak semena-mena dia melihat banyak semut api yang merayap di dalam keretanya. Alangkah terkejutnya dia melihat sarang semut di dalam keretanya.
Belakang keretanya penuh dengan koloni-koloni semut yang merayap. Belum sempat dia keluar tangannya digigit oleh semut-semut disitu. Semut yang ada disitu bukan biasa-biasa. Ini kategori kerengga merah.

Badannya sudah dimasuki oleh kerengga-kerengga itu.
Cepat-cepat dia membuka pintu keretanya dan berlari semula ke arah rumah Anatasyia.

Puan Safiah dan anak-anaknya terkejut dengan kehadiran lelaki itu semula.

" Makcik tolong saya. Badan saya penuh dengan kerengga. Tolong makcik sakit." rayunya yang menahan kesakitan.

" Mari sini nak. Kita ke pili air hujung sana. Kat sana ada pili air." panik Puan Safiah melihat badan Hassanal yang penuh dengan kerengga merah.

Mereka sangat risau dengan keadaan Hassanal yang seperti beruk kegatalan itu.

Cepat-cepat dia berlari ke arah pili air tersebut. Dia membuka satu persatu butang baju kemejanya. Hassanal sudah tidak peduli dengan mata-mata yang melihatnya.

Kesakitan yang dialaminya sekarang ini terlalu pedih untuk ditahan.

Terlopong Aisy melihat ketulan-ketulan roti di badan Hassanal. Walaupun tak seperti ketulan orang bina badan tapi six-pack lelaki ini sungguh mengancam.

" Aisy tutup mata. Tak baik pandang orang bukan muhrim. Pergi panggil abah kamu kat warung Haji Sulaiman. Suruh dia kesini bantu Hassanal." arah Puan Safiah.

" Okey mak." sempat lagi dia pandang ketulan tu sebelum dia pergi mencari ayahnya.

Alisya dan Aliya cepat-cepat melangkah ke arah kereta Hassanal. Mereka berdua pergi meneliti kereta Hassanal yang tersadai di hujung jalan mereka.

Alangkah terkejutnya mereka melihat sarang semut yang besarnya seperti sebuah baldi air yang berada betul-betul dibelakang kereta tersebut.

" Sapa punya kerja yang tak bertauliah ni.."

Alisya hanya mampu menggelengkan kepalanya tanda di juga tidak mengetahui kerja siapa yang tak beradab ni...

***

" Acik Sulaiman....ouh acik Sulaiman ...haahe... haahe... haahe..mana abah saya??" tercungap-cungap dia mengambil nafas kerana berlari tadi.

" Ouh abah kamu tu ada kat sana tengah berbincang dengan ketua kampung tu"

Haji Sulaiman menunjukkan tangannya ke arah Tuan Amran yang berada dihujung meja warung itu.

" Kamu ni dah kenapa tercungap-cungap Acik tengok. Kamu dari mana je ni??" pelik dia melihat Aisy yang bermandikan peluh itu.

Setelah dia melihat keberadaan ayahnya dimana ,terus sahaja dia berlari mendapatkan ayahnya. Pertanyaan Haji Sulaiman hanya dibiarkan sepi.

" Eih...eih...eih.. budak ni dia main lari macam tu je. Aku tanya dia, dia main bedesup je tinggalkan aku. Tch...tch..tch"

Setelah berlari 100 km/J akhirnya sampai ke destinasi meja ayahnya.

" Abah jom... " dia menarik ayahnya berdiri meninggalkan tok ketua yang terpinga-pinga di meja warung tersebut.

" Kalau ya pun berilah salam dulu ke apa. Ini main tarik terus tangan abah ni dah kenapa ??." tegur Tuan Arman yang tidak suka dengan tingkah Aisy ketika ini.

" Assalamualaikum tok ketua. Saya meminta izin tok ketua untuk membawa pulang abah saya ke rumah. Dah abah jom." tarikan Aisy ditangan abahnya diperketatkan. Tuan Arman seperti tidak mahu berganjak dari tempat dia berdiri.

" Abah jangan macam ni. Mak suruh abah pulang sebab ada orang yang perlu abah selamatkan sekarang ni. Tengah nyawa-nyawa ikan dah orang tu. Kitorang tak dapat pegang dia sebab mangsa adalah seorang lelaki."ulasnya panjang lebar.

" Tok ketua,saya balik dululah ye.. entah apa yang dikalutkan anak beranak ni pun ...saya tak tahulah" kata Tuan Arman meminta diri.

" Ha yelah ,lain kali kita sambung lagi perbincangan kita tadi"

" Baiklah tok ketua. Saya pergi dulu . Assalamualaikum"
Tuan Arman memberi salam lalu mendapatkan Aisy yang berada di luar warung tersebut.

" Waalaikumsalam" tok ketua menjawab salam lalu mendekati Haji Sulaiman untuk membayar air minuman tadi.

...... Meanwhile......

" Wei Fir... aku balik dululah. Takut mak abah aku cari pulak. Kirim salam kat mak ayah kau nanti eh."
ujarnya yang mahu beransur pulang.

" Ha yelah kau kalau kat jalan tu hati-hati. Jangan kau rembat budak-budak kat tengah jalan tu sudah. "nasihat Firzatul tu hanya dibalas dengan jeliran lidah oleh sahabatnya itu.

" Itu aku tak dapat nak tunaikanlah. Sebab aku suka kacau budak-budak yang tak reti nak balik tu"

" Eih mana-mana kaulah...penat aku.." malas sudah dia mahu ambil pusing dengan perangai mangkuk si Anatasyia ni.

" okay bubye sayang. Nanti esok kita jumpa lagi"
Anatasyia melayangkan flying kiss kepada Firzatul .

Nak termuntah dia dengan aksi acah-acah sweet dari si Anatasyia tu.

" Baliklah kau...eih...geli aku"

" Hahaha bye assalamualaikum."

" Walaikumsalam"

Firzatul melihat belakang tubuh sahabatnya itu berlalu pergi sehingga hilang dari penglihatan. Dia menutup pintu dan menyambung semula membaca novelnya tadi.

huhuhu siap juga akhirnya(〒﹏〒).. semangat buat author paling pemalas kat novelplus ni...hahaha " kau mmg pemalas...sama je mcm aku"- Anatasyia nuahh... ada yg minta padam ni nama dia (눈‸눈)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience