FLASHBACK ~
kedengaran ketukan di pintu tandas bersama suara yang memekik memanggil amani. Amani yang menangis teresak-esak tidak menghiraukan ketukan kakaknya
"adik bukak la pintu ni akak ni.. jangan la buat akak macam ni.." lauren merayu kepada adiknya yang degil tidak mahu membuka pintu
"buka la adik.. please adik.. jangan la aku risau ni" merayu lauren lagi
setelah amani tidak membunyikan suara tangisannya, akhirnya amani membuka pintu dan terus memeluk lauren yang memandang sayu terhadapnya.
"akak... asyraf... akak" amani mengadu ke lauren lalu memeluk dengan lebih erat
"ye akak tahu.. tak pe lepas ni akak tahu la akak nak buat.. berani dia buat adik akak macam ni.." marah lauren lalu menggosok belakang adiknya untuk menenangkannya
"adik taknak duduk sini dah.. adik nak pindah jauh dari sini.." pinta amani lalu meleraikan pelukan mereka
"ye akak akan tunaikan permintaan adik tapi dengan satu syarat.. amani jangan berhenti menangis and jangan sesekali berkawan dengan lelaki tanpa kebenaran akak, faham?" lauren membuat satu perjanjian bersama adiknya
"ye adik janji" amani berkata sambil membuat tangan mengangkat sumpah akan kata katanya
"good ! sekarang jom kita pergi pejabat dulu" lauren berkata lalu memegang erat tangan adiknya menuju ke pejabat yang berada di aras bawah
END FLASHBACK
kenangan hitam itu la menyebabkan aku tidak pernah sesekali berkawan dengan lelaki walaupun akak aku benarkan
" Amani ! take order kejap boleh?" kakak aku menjerit memanggil aku untuk mengambil order pelanggan yang baru sampai.
aku hanya membuat isyarat tangan okey dan berlalu ke arah kaunter untuk mengambil menu dan mengambil Ipad. selepas itu, aku terus berlalu ke arah meja yang diduduki oleh seorang lelaki dan perempuan.
"Kejap... Macam kenal. Tak mungkin amani" detus hati aku
alangkah terkejutnya aku selepas melihat gerangan lelaki dan perempuan tersebut
ASYRAF? JULIANA?
asyraf dan juliana memandang aku dengan pandangan yang terkejut. Aku cuba membuat riak muka yang biasa dan senyum seperti biasa. aku terus memberi menu kepada mereka dan memandang ke bawah. Tak berani mahu mengangkat muka.
"ingat dia dah kerja jauh-jauh rupanya kerja restoran je.. kan baby?" Ujar juliana yang memandang sinis ke arah aku sambil membelek menu. asyraf yang membelek menu hanya sepi tanpa kata-kata
"baby u dengar tak ni?" soal juliana sambil memegang tangan asyraf
"ya Allah kuatkan aku" getus hati aku
"ye i dengar.." asyraf membalas dengan malas
"aku nak set A ni... u nak apa sayang" asyraf berkata dan menyoal juliana yang masih memilih menu
"i nak sama la dengan u nak set A juga" juliana terus menutup buku menu tersebut dan memberi ke arah aku. namun tidak sempat aku mahu mengambil, juliana terus melepaskan buku menu tersebut menyebabkan ia jatuh ke lantai.
Juliana memandang dengan pandangan merendah-rendahkan kepada amani
aku hanya membalas dengan senyuman lalu mengambil buku menu dan berlalu ke arah dapur dengan pantas
" Tak ubah perangai kau juliana"
SITUASI LAIN
"AKU NAK KAU CARI MAKLUMAT TENTANG LELAKI NI, AKU RASA MACAM ADA SOMETHING WRONG ANTARA DIORANG" ARAH SEORANG LELAKI KEPADA ORANGNYA DENGAN SUARA YANG GARAU
"BAIK BOSS" JAWAB ORANGNYA SAMBIL MENGANGGUK
"SATU LAGI AKU NAK KAU IKUT AMANI DALAM MASA SEMINGGU NI SEBAB AKU KENA FLY KE LONDON. KALAU ADA APA-APA MASALAH CALL AKU ! FAHAM?" ARAH LAGI BOSSNYA LALU TERUS BERLALU KE ARAH KERETA LAMBORGHINI AVENTADORNYA
"BAIK BOSS" JAWAB ORANGNYA
Setelah mengambil order, aku terus meminta diri ke belakang kedai untuk tenangkan fikiran. btw, ayah aku ada buat tempat rehat dekat belakang kedai. so boleh la rest dekat sini. aku terus mengambil posisi yang membolehkan aku melihat pemandangan bandar. Pemandangan yang di sinari oleh sunset yang sangat cantik di kuala lumpur.
Semasa aku menikmati pemandangan tersebut, tiba-tiba aku terkejut apabila ada seseorang memegang tanganku. aku lantas memaling melihat gerangan tersebut. alangkah terkejutnya aku setelah melihat gerangan yang memegang aku. ASYRAF?
aku terus menepis tangannya dan berlalu masuk ke dalam restoran. Tidak sempat aku ingin berlalu, tangannya merentap tangan aku dengan erat menyebabkan langkah aku terbantut.
"asyraf kenapa nak pegang- pegang ni. Ingat amani ni anak patung ke boleh pegang-pegang ha?" aku terus melulu bercakap ke arahnya lalu melepaskan pegangannya
"asyraf minta maaf amani.. asyraf sedar kesalahan asyraf dulu.. asyraf janji kalau amani maafkan asyraf, asyraf akan buat apa saja yang amani nak. kita berbaik macam dulu?" asyraf berkata tanpa berasa bersalah sikit pun dalam matanya
" Sekarang baru nak minta maaf. Takde guna dah asyraf!" geram aku di dalam hati
"amani minta maaf sangat-sangat. Amani tak boleh maafkan asyraf.. harap asyraf faham" aku berkata dan terus masuk ke dalam restoran. namun selangkah lagi aku mahu masuk ke dalam restoran tanganku kembali direntapnya. Aku ditarik ke hujung tempat yang sedikit tertutup. Dia memandang aku atas bawah seperti mahu memakan aku.
"asyraf dah gila ke? tak puas sakitkan hati amani dulu ha?" aku berkata dengan keras lalu air mataku mula menakung
"ya Allah selamatkan aku" getus hati aku
"ye aku gila ! HAHAHAHAHA ! sebab kau buat aku gila ! aku gila kan kau !" asyraf berkata sambil bergelak ketawa seperti orang tak betul
"Asyraf dah lain ! Kenapa asyraf jadi macam ni ?" Soalku
Dia hanya memandang kosong ke arahku dan melihat mataku dengan tajam
Entah dari mana kekuatanku aku terus menolaknya sehingga dia jatuh. Dengan kesempatan itu, aku terus memecut lari ke dalam restoran. aku menuju ke arah kakakku yang berada di kaunter pembayaran dan terus memeluknya dengan erat
"kau kenapa ni dik? Kenapa takut semacam je ni?" kakakku berkata apabila melihat aku memeluknya dengan gelisah
"tak ade apa just tadi masa nak pergi dekat kakak amani nak terjatuh.. tu terus terpeluk akak" tipu aku selepas meleraikan pelukan
"haih ada-ada je kau ni amani" kakakku berkata lalu menyambung melakukan kerjanya
tiba-tiba asyraf muncul dari pandanganku dan masuk ke dalam restoran dengan muka bengisnya. aku terus merapatkan diriku ke kakakku.
"amani tak sangka asyraf boleh berubah sampai macam ni" getus hati aku
kakak aku hanya memandang pelik dengan tingkah laku aku. kakak aku ni tak perasan ke asyraf ni ada dekat sini? Maybe busy kot sampai tak perasan?
"akak.. amani nak balik boleh? amani rasa macam tak sihat sikit la" aku meminta diri kepada kakakku yang baru selesai kerjanya
"ouh takpe-takpe amani balik dulu just esok akak risau la.. akak nak pergi flight nanti akak tak tenang" kakakku berkata dengan riak risau di wajahnya
"takpe esok okey la ni.. akak jangan ridau okey? amani balik dulu assalamualaikum" selepas mengucup tangan akak aku, aku keluar dari restoran tanpa memandang ke sekeliling. takut wey kalau terjumpa asyraf lagi.
setelah sampai ke rumah, aku terus naik ke bilik dan membersihkan badan. Setelah 20 minit, aku telah siap membersihkan diri dan turun ke bawah untuk mencari ubat panadol. aku terus berlalu ke arah peti kecemasan yang disediakan oleh ayah di dalam almari. Ayah aku la yang paling risau jika aku sakit.
Aku mencari ubat panadol tapi takde la pula
"Eh aku terlupa beli panadol la.. haih amani amani ! Fikir apa la sampai tak ingat benda penting ni" merepek aku seorang diri
Kena pergi beli ni. Tak tahan dah pening aku ni.. tapi nanti aku bawak motor pening-pening tak pe ke ek? mana ayah dengan ibu aku ni. Takpela aku pergi sendiri je la.
aku terus menghidupkan enjin motor dan meluncur laju keluar dari rumah. setelah 20 minit, akhirnya aku sampai di farmasi indah. aku terus masuk ke farmasi tersebut dan membeli panadol satu kotak.. ambik kau satu kotak ! senang nanti tak perlu nak keluar dah lepas ni.
semasa aku ingin berlalu ke arah motor tiba-tiba kepala aku diserang pening yang teramat sakit sehingga aku tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.. pandanganku mula gelap..
"selamatkan aku ya Allah.."
.
.
.
.
alhamdulillah settle untuk bab ni.. thanks follow story saya ! love u allssss !
bye!
Share this novel