Chapter 7

Action Series 13144

(RUMAH AMANI)

kringggg..... kringggg

bunyi deringan yang kuat itu menandakan pukul 5:30 untuk amani bangun menunaikan solat subuh

"arghh malasnya ya Allah.." amani mengerang malas selepas bangun dari tidur

amani terus berlalu ke bilik mandi untuk bersihkan badan dan mengambil air wudhuk.

selepas solat amani terus turun ke dapur untuk menjenguk ibunya membuat sarapan

"ermm ibu.... amani nak pergi joging boleh?" tanya amani kepada ibunya yang leka menggoreng mee

"kalau pergi sorang ibu tak bagi tapi kalau ajak kakak kamu sekali ibu bagi..." kata ibu amani

"alaa amani taknak kacau akak kan dia penat semalam jaga restoran.. boleh la ibu.. amani janji dalam pukul 9 lebih amani balik okey?" merengek amani kepada ibunya

"hermm boleh janji pukul 9 lebih balik? kalau tak balik jugak jangan harap ibu nak bagi amani joging sorang2 lepas ni faham?" kata ibu amani lalu membawa mee goreng yang telah siap ke meja makan

"sayang ibu muah amani pergi dulu okey?" kata amani lalu bersalam dengan ibunya dan berlalu keluar

selepas itu aku bergerak ke taman. dulu masa sekolah menengah aku selalu datang dengan abang aku yes aku paling rapat dengan abang aku and sekarang kan dia ada kerja so tak selalu balik malaysia.. sunyi memang sunyi tapi nak selamatkan company ayah aku dari bankrup abang aku terpaksa tinggalkan kitorang. haishh sedih pulak ek.. mangi sambung

"aduh penat la pula duduk dulu la" kata amani lalu berlalu ke salah satu kerusi yang redup ditutupi daun pokok.. sejuk guyss

tiba2 amani berasa seseorang memandangnya lalu amani berpaling ke arah satu lorong yang gelap dan sebuah lampu yang betul2 menyala di lorong tersebut. dia ternampak seorang lelaki yang berpakaian hoodie yang menutup seluruh wajahnya

bulu roma amani menaik dan menyebabkan amani berasa seram sejuk lalu amani sambung joging untuk menghilangkan rasa takutnya

"ya Allah selamatkan aku..." kata di sudut hati amani

disebakan rasa takut yang makin menebal amani mempercepatkan langkahnya sehingga amani hilang akal untuk menyelamatkan diri kerana dia berasa lelaki misteri itu mengikutnya dari tadi

"kalau aku balik ni nanti dia tahu aku duduk mana haishh takboleh jadi ni... mana nak menyorok ni aduhh" getus hati amani lagi. amani ternampak sebuah pondok yang ditinggal lama dan bersembunyi di situ

lelaki misteri itu berada di depan pondok amani bersembunyi dan melilau seperti mencari seseorang. tiba2 telefon lelaki tersebut berdering dan lelaki itu menjawab

"erghh okey aku datang" lelaki itu mengerang marah dan berlalu pergi dengan pantas

"fuh alhamdulillah selamat aku" kata amani yang masih bersembunyi di pondok

DI SUDUT HATI SESEORANG

"SORRY INTAN AKU TAKUTKAN KAU... TAPI AKU TERPAKSA SEBAB AKU RINDU KAU INTAN... AKU TAHU KAU ADE KAT BELAKANG PONDOK TU AKU SAJA MACAM AKU TAK NAMPAK SEBAB AKU TAK SANGGUP TENGOK KAU KETAKUTAN SEBAB AKU.. AKU TAK DAPAT BAYANGKAN KALAU SUATU HARI NANTI KAU TAHU AKU SIAPA.. AKU PERGI DULU KALAU ADA MASA AKU JENGUK KAU LAGI"

"eh nak dekat pukul 9 lebih la ngamm mangi ler balik" kata amani sambil menilik jamnya dan berlalu pulang ke rumahnya

dalam perjalanan balik ke rumah amani terfikir bahawa perlukah amani memberitahu keluarga dia atau sembunyikan dari mereka. amani taknak mereka risau

RUMAH AMANI

selepas sahaja amani tutup pintu rumah ibu amani terus menerpa

"good ! tepat masa so lepas ni nak pergi mana2 tak lagi?" tanya ibu amani sambil mengangkat kening sebelahnya

"tak dah ibu amani duduk rumah okey?" amani bersuara dan senyum paksa.

"ok good dah pergi naik mandi lepas tu turun sebab ayah nak cakap sikit dengan kamu" kata ibu amani

"ouh ok ibu" kata amani dan terus berlalu naik ke bilik

"ayah aku nak cakap apa ek?" getus hati amani

selepas 20 minit aku siap aku terus turun ke bawah

"mari sini amani ayah nak cakap sikit" ayah bersuara yang berada di ruang tamu

dup dap dup dap

degupan hati amani laju kerana ayahnya tiba2 memanggilnya seorang selalunya sekali dengan ibu dan kakaknya

"ada apa ayah? amani ada buat salah ke?" tanya amani selepas duduk di sofa depan ayahnya

"bukan ayah nak bagi hadiah dekat kamu !" kata ayah amani dan memberi sebuah envelop. amani mengambilnya dan terus membuka...

wahhh!! trip pergi Australia !!! jadinya aku boleh jumpa abang aku la ni yeayyy !! dua bulan dah tak jumpa kot !

"thanks ayah sayang ayahh muahh" kata aku lalu memeluk ayah aku dengan erat

"sama2 ayah tahu amani rindu dekat abang kan?" kata ayah amani lalu meleraikan pelukan mereka

"hehehe abang tahu tak lagi ni ayah?" tanya aku lalu duduk di sofa semula

"tak lagi ayah nak buat surprise dekat abang" balas ayah

"ouh bereh so amani pergi sorang la kan?" kata amani

"ha a tapi takpe ke amani?" tanya ayah amani dengan risau

"alaa kan amani pernah pergi dengan akak takpe amani ingat lagi rumah abang jangan risau ek? erm ibu macam mana?" kata amani dengan risau sebab dia tahu ibunya bukan senang dipujuk

"okey la kalau macam tu. Pasal ibu tu jangan risau ayah dah settle kan so esok amani boleh naik flight dengan tenang okey?" kata ayah amani lalu tersenyum

"thanks ayah you are the best father ever muahh" kata amani lalu memberi ciuman di pipi ayahnya

"haih tak ubah lagi perangai kamu amani.. dah pergi packing barang esok flight pukul 8 pagi kan?" kata ayah amani

"ha a pukul 8 pagi.. amani naik dulu assalamualaikum ayah good night" kata amani lalu naik segera ke bilik

selama sejam amani packing amani terus membuka aplikasi whatsApp untuk memberitahu zyzy tentang kepergiannya ke australia.

selepas itu amani terus baring ke atas katil dan melelapkan mata

"hopefully tomorrow starts with beautiful day... Bismilahirrahmanirahim"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience