"YEAYYY !!!!! Jom turun laut !!!" jerit zyzy lalu memegang tangan aku dan abang is
"kau ni adik tak ubah2 perangai kau dari kecik ek?!" kata abang is lalu menggosok kepala adiknya
"alaa angah ni macam la tak kenal adik . adik kan suka mandi laut haishhh" kata zyzy lalu terus berlalu pergi ke sebuah pokok yang besar hingga dapat meneduhkan kami
"jom amani" kata abang is
aku menunduk dan terus mengikut abang is
"tapi kan adik tak awal sangat ke kite mandi laut ni dik.. takde orang pon" kata abang is sambil melilau melihat keadaan sekitar laut
"takpela angah takde la ramai sangat sekarang kan pukul 3 lebih kalau kite mandi laut dalam pukul 5 lebih mesti ramai orang" kata zyzy
"yela adik angah ikut adik" mengalah abang is
"amani kau nak mandi dulu tak dengan aku?" tanya zyzy lalu abang is turut memandangku
"erm kau mandi la dulu aku nak jalan2 tepi laut dulu nanti aku join ek?" kata aku lalu tersenyum
"ouh oke takpela la kalau macam tu tapi hati2 tau even takde orang ni tau?" pesan zyzy
"ha ye zyzy takpe jangan risaukan aku. aku okey je la" kata aku
"ha yela2 jom angah kite lawan sape sampai dulu anak yang ibu paling sayang kalau sape lambat anak besi buruk deal?" kata zyzy sambil memandang abang is dengan pandangan smirk
"hek elehh kau adik okey deal ! angah mesti menang punye!" kata abang is dan membalas pandangan smirk zyzy
"cehh!! satu dua...." tidak sampai ke tiga zyzy pantas berlari meninggalkan abangnya yang masih blur
"yahhhh adik kau ni main tipu la!!! taknak dah main dengan adik" abang is berkata dengan nada merajuk
"hahahaha padam muka anak besi buruk ibu werkkk" kata zyzy
aku hanya memerhatikan gelagat mereka dan berlalu meninggalkan mereka yang masih bertingkah seperti budak2 ...
angin yang sepoi2 menyapa mukaku dan bunyi air laut yang tenang menenangkan hatiku yang berada dalam keadaan kekeliruan.. tiba2 aku teringatkan seorang lelaki yang pernah menduduki hatiku 5 tahun lepas.
ASYRAF HAFIZ
Dia asyraf hafiz seorang yang mempunyai hati yang baik dan tiba2 berubah menjadi seseorang yang tidak aku kenali. ketika aku berumur 16 dan bersekolah, dia merupakan senior di sekolah aku dan seorang pelajar cemerlang. aku mengenalinya selepas aku terlanggar dia di blok perpustakaan sekolah
FLASHBACK 5 YEAR AGO
PAK!!!
BUNYI BUKU TERJATUH DARI TANGAN SEORANG LELAKI MENYEDARKAN AMANI YANG BERADA DALAM KEKALUTAN
"SAYA MINTA MAAF.. SAYA TAK SENGAJA LANGGAR AWAK" KATA AMANI LALU MENOLONG LELAKI TERSEBUT MENGUTIP BUKU
"TAK PE KENAPA NI MACAM KALUT JE NI?" KATA LELAKI TERSEBUT
"SEBENARNYA SAYA KENA DENDA CUCI TANDAS DALAM MASA 20 MINIT HEHEHE SAYA TERLUPA BAWA BUKU TEKS" KATA AMANI SAMBIL MENUNDUKKAN MUKA.. MALUUU
"OUH PATUT LA TAKPE LA AWAK BALIK KELAS NANTI SAYA BERCAKAP DENGAN CIKGU FARHANI YANG DENDA AWAK SAYA AMBIK ALIH OKEY?" KATA LELAKI TERSEBUT LALU TERSENYUM
"EH TAKPE2 SAYA BOLEH BUAT" KATA AMANI LALU MENGGOSOK TENGKUKNYA
"NOPE MUKTAMAD TITIK. BTW NAMA SAYA AYSRAF HAFIZ PANGGIL SAYA ASYRAF DAN AWAK..?" TANYA LELAKI YANG BERNAMA ASYRAF TERSEBUT
"SAYA INTAN AMANI PANGGIL SAYA AMANI.. KALAU MACAM AMANI BALIK KELAS DULU YE? LEKLOK TAU CUCI TANDAS SORRY" KATA AMANI LALU MELAMBAI KE ARAH ASYRAF YANG MASIH TIDAK BERGERAK DARI KEDUDUKANNYA
"HM INTAN AMANI... COMEL"
END FLASHBACK
Sejak dari kejadian tu kami berdua menjadi rapat dan selalu berehat bersama malah balik sekolah sekali. Family aku juga rapat dengan asyraf kerana aku selalu membawanya ke rumah untuk study sekali... setelah aku mengenalinya dalam 6 bulan asyraf memberitahu aku bahawa dia menyukai aku dan meminta aku menunggunya selepas SPM tamat. aku menunggunya dan dia menghilang. tiba2 selepas result SPM keluar dia datang ke arahku dan...
FLASHBACK~
"AKU MINTA MAAF.. AKU DAH TAK SUKAKAN KAU" KATA ASYRAF LALU MEMANGGIL SEORANG PEREMPUAN YANG BERPAKAIAN SANGAT SEKSI SEHINGGA MENAMPAKKAN BETISNYA
NI BUKAN ASYRAF YANG AKU KENAL KENAPA TIADA PANGGILAN AMANI ASYRAF DI MULUTNYA
"HA NI AKU KENALKAN JULIANA SOFIA AND SHE'S MY GIRLFRIEND CANTIK KAN?" KATA ASYRAF DENGAN MEMELUK JULIANA DAN MERAPATKAN KE TUBUHNYA
"OUH SELAMAT BERKENALAN SAYA AMANI KAWAN ASYRAF" KATA AMANI DAN MENGHULURKAN TANGAN UNTUK BERJABAT TANGAN. HULURAN AMANI TIDAK DIENDAHNYA DAN DIA LANGSUNG BERKATA
"ALAA YOU KENAPA LAMA SANGAT I LAPAR DAH NI" KATA JULIANA LALU MEMUNCUNGKAN MULUTNYA
"ALALALALA OKE2 KITA PEGI MAKAN EK?" KATA ASYRAF DAN TERSENYUM KE ARAH JULIANA
"HA KAU DAH TAHU KAN SO AKU RASA KAU BOLEH CARI ORANG LAIN KOT? KAN?!" KATA ASYRAF LALU BERLALU BERSAMA WANITA TERSEBUT
"SANGGUP BUAT AMANI MACAM NI KENAPA ASYRAF... ASYRAF SURUH AMANI TUNGGU TAPI ASYRAF YANG TINGGALKAN AMANI...." KATA AMANI LALU BERLARI KE ARAH TANDAS SAMBIL MENANGIS
END FLASHBACK
Selepas kejadian itu aku tidak nampak kelibat asyraf dan melegakan hati aku untuk melupakannya. sungguh kenangan itu merupakan kenangan yang paling pahit yang pernah aku ada...
"woiiii amani cepat la mandi haishhh!!!" jerit zyzy dari jauh dengan keadaan marah. aku hanya mengelakkannya dan membuat tanda okey di jariku
"kau kenapa lambat sangat ha? berjanggut tau aku tunggu?" kata zyzy
tiba2 abang is memegang dagu zyzy dan berkata "aik tak de pon janggut" lalu zyzy memukul kepala abangnya menyebabkan abangnya mengerang kuat "arghhh sakit la adik"
"ishhh tu la adik tengah serius ni! angah main2 pulak!" kata zyzy dengan geram. aku hanya menggelakkan mereka
" aku saja ja nak tenangkan diri sikit ala kau ni chilll la hahaha" kata aku lalu menggelakkan zyzy
"hm yela2 jom mandi" ajak zyzy lalu menarik tangan aku ke dalam air laut
selepas selama 1 jam kami mandi laut kami terus berlalu ke tempat pembersihan diri yang terletak berhampiran dengan tempat kami
"lepas siap tunggu dekat kedai ais krim tu ek?" kata abang is lalu menunjuk ke arah kedai ais krim yang kami pergi haritu
"ouh okey" kata aku dan zyzy
Tidak kurang 20 minit kami siap dan pergi ke arah kedai ais krim yang abang is bagitau kami tadi
"adik nak perisa ap? amani?" tanya abang is kepada kami berdua
"Adik nak perisa coklat la.. amani kau nak perisa ap?" tanya zyzy kepada aku
"erm sama la coklat jugak" jawab aku lalu memandang penjual ais krim tesebut
tiba2 abang is bertanya kepada penjual ais krim tersebut. "kau memang always pakai mask ke dengan topinya lagi. tak panas ?"
"Dah 3 tahun saya jual ais krim.. so dah terbiasa" jawab penjual ais krim tersebut
"ouh bagus la sebab kat sini kan ramai mesti masyuk kan" kata abang is lagi
"alhamdulillah masyuk jugak hahaha" katanya lalu ketawa
nampak macam dia tapi... haishh bukan dia ni
"kau kenapa pandang dia ni sampai nak tembus mata kau ni" kata zyzy dengan berbisik
"tak de ap2 la.. ha lepas ni nak pergi mana pulak?" aku melarikan pertanyaan zyzy
"kite makan dulu ais krim pastu rilex2 then kite pergi shopping!!" jawab zyzy
"aik ade mall ke kat sini?" tanya aku. yela takkan la ade mall kat sini
"eh kau ni kan dekat tingkat paling atas hotel kan ade shopping port kau tak tengok kertas yang aku bagi tu ek?" tanya zyzy
"ouh yeke aku malas nak tengok hehehe" jawab aku
Penjual tersebut menghulurkan ais krim kepada kami dan apabila sampai turn aku dia aku dia bersuara
"NI INTAN PUNYA"
Wait ! dia cakap ap tadi? intan? macam mana dia tahu nama aku ni? kalau ye pon mana ade orang pernah panggil aku intan.... abang is dan zyzy masih terkedu dengan situasi sekarang
"ADUH KAU KENAPA BODOH CAKAP NAMA DIA" KATA DI SUDUT HATI SESEORANG
Sorry for late ! Thank u still baca ❤️
Share this novel