USM
3:00 petang
Alhamdulillah.. semua urusan di universiti sudah selesai. Aku dan parents aku gerak balik ke rumah. Akk aku tak ikut sebab kena jaga restoran. Almaklumlah aku tak duduk hostel so takpe kalau akk aku tak ikut.
3:30 petang
Tiba di rumah, aku terus naik ke bilik untuk menukar baju ke baju jongging.. Harini aku nak joging dekat taman. Selepas siap, aku turun ke bawah dan pergi ke arah ibuku
"Ibu... amani nak pergi jogging boleh?" Kataku dengan suara yang lembut
"Ermm... ok ibu bagi tapi kamu jangan pergi mana2 lepas jogging tau? Balik terus ok?" Kata ibuku
"Baik ibu amani janji!" Jawabku
Selepas itu, aku terus menuju ke rak kasut lalu mengambil kasut sukan yang ayah aku hadiahkan semasa hari jadi aku tahun lepas.. aku masih teringat lagi betapa happy nya aku masa tu !
Aku terus menyarung kasut dan berjalan menuju ke taman
Sampai di taman,aku terus memulakan jogging. Selepas beberapa pusingan aku berhenti dan mencari tempat duduk untuk aku berehat sebentar sebelum sambung jogging...
"Kenapa aku rasa macam ada orang tengah tengok aku...?"Kataku di dalam hati
Aku melihat ke sekitar taman dan aku terlihat seorang lelaki yang memakai penutup mulut melihatku dengan pandangan yang tidak dapat aku katakan.....
haaaa aku dah ingat lelaki ni la yang datang ke Restoran aku haritu tapi kenapa dia macam misteri sangat.. kerana aku sangat penasaran dengan lelaki itu, aku terus berlari ke arah lelaki tersebut.
Apabila sampai aku mendapatkan lelaki itu hilang dalam pandangan mata kasarku.. aku pelik.. aku rasa tadi dia ada di sini.. tiba2 perasaan takut menjelma di dalam hati aku.. aku terus pulang ke rumah
Di rumah amani
"Aik amani bukan kamu pergi jogging ke? Awalnya balik?" Tanya ibuku dengan pelik
"Amani takde mood laa ibu... amani naik bilik dulu la ek..." kataku lalu terus naik ke bilik
"Kenapa aku nak tahu sangat tentang lelaki tu..." tanyaku kepada diriku sendiri
Amani dahhh kenapanya kau nak tahu sangat tentang lelaki tu bukannya kau kenal pon lelaki tu.... selepas itu aku terus ke bilik mandi untuk membersihkan badan
8:00 malam
"Amani ooo amani mari turun makan"
Kedengaran Puan Roslina memanggil anaknya
"Ye ibu amani turun" jawabku lalu turun dengan pantas
"Ha amani mari duduk sini depan ayah. Ayah nak cakap sikit" kata ayahku
"Aduhh... ayah aku nak cakap ape pulak nih" getus hati aku
"Baik ayah"
"Kamu dah pikir nak naik ape pegi bljr nnti?" Tanya ayah
"Erm tak lagi ayah..." jawabku
"Ayah pikir mungkin kamu boleh naik motor kn?" Cadang ayahku
"Yes memang aku nak naik motor pon" *gelak jahat*
"Jangan ayah amani ni perempuan" sampuk kakakku
"Ayah pon pikir jugak bahaya kamu tu pompuan" cakap ayahku lagi
"Aish akak aku nih kacau lah" getus hatiku
"Ehhh takpe ayah... amani dah tengok jadual kelas amani sampai pukul 7 je ayah" cakapku
"Kalau macam tu ayah bagi tapi lepas habis kelas terus balik ok?" Kata ayahku
"Yeayyy ok ayahh amani sayang ayah muahh" kataku terus meluru ke ayah dengan memberi satu ciuman di pipi
"Gedik arr kau" sampuk kakakku
"Elehh jealous cakap awal2" cakapku lalu menjelirkn lidah ke kakakku
"Ehh kau memang nak kena ek"
"Ha dah2 sekarang ni kite makan dulu ye?" Kata ibuku
"Ok ibu" jawabku dan kakakku
KEESOKKANNYA
"Ibuu ayah amani pegi dulu" kataku lalu menyalam ibu dan ayahku
Kedengaran deruman motor amani yang menandakan amani telah meninggalkan rumah mr johnny
15 minit kemudian
"Wuh sampai pun..." kataku lalu terus menuju ke Dewan Utama yang dikhaskan untuk siswa siswi yang baru masuk
Setelah sampai aku terus menuju ke kerusi yang masih kosong di bahagian hadapan. Tidak sampai 5 minit Dewan Utama telah dipenuhi oleh beribu orang
Tiba2 aku terdengar seseorang menegurku
"Hai! Boleh aku duduk tepi kau?" Tegur seorang gadis yang tidak dikenalinya
"Boleh2 duduklah"
"Thanks! By the way, nama aku ariana rozy kau boleh panggil aku zyzy kau nama apa?"
"Nama aku Intan amani kau boleh panggil aku amani.." jawabku
"Kau memang tinggal dekat2 sini ek?" Tanya zyzy
"Ha a kenapa tanya?" Pelikku
"Aku nampak kau tadi bawak motor datang sini giler arr kau bwak moto besar" kata zyzy
"Alah biase2 je"
"Sorry ar aku memang kasar sikit kalau kau tak selesa bagitau aku aku ok je" kata zyzy
"Eh apa la kau cakap macam tu aku selesa kawan dengan kau dah jangan cakap macam tu lagi ok?"
"Ha yela2" jawab zyzy
"ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA"
*tepukkan pelajar*
"AKU ADALAH WAKIL DARIPADA PELAJAR SENIOR! NAMA AKU ADALAH AHMAD FIRDAUS KORANG BOLEH PANGGIL AKU AKU AUS FAHAM KE IDOK?"
"faham" kata pelajar lalu gelak dengan telatah senior mereka
"KORANG JANGAN NAK MALU2 DENGAN AKU OR SENIOR2 KAT SINI KALAU KORANG NAK TNYE AP2 KORANG TNYE JE OK? YANG KAT BELAKANG AKU NI ADALAH BEBERAPA SENIOR YANG AKAN TOLONG KORANG HARINI TENTANG HAL2 YANG KORANG RSE CURIOUS ATAU AP2 KORANG BOLEH TNYE" kata abang aus lalu menunjukkan ke beberapa senior yang berada di belakangnya
"Eh jap2 dye tu bukan ke lelaki haritu dekat taman tu dye senior kat sini rupanya hmm.. dye pakai mask jugak harini... kenapa ek dye selalu pakai mask?" pikirku
Pikiranku terhenti apabila senior aus bercakap dan terus aku memberi perhatian kepadanya
"HA YANG BESTNYA TAHUN NI KORANG TAK PERLU RISAU KALAU KORANG TERSESAT KE KAT UNI NI SEBAB SETIAP LALUAN YANG ADA DEKAT UNI NI DILETAKKAN PETA SO SENANG LA NAK PEGI MANA2 KAN? AKU RASA NI JE KOT AKU BOLEH CAKAP.. LEPAS NI KORANG SEMUA BOLEH MAKAN DULU THEN BARU AKU BAGITAU APE AKTIVITI KITE LEPAS NI"
"Zyzy aku nak pi tandas kejap ek? Kau ambik la makanan dulu" kataku ku kepada zyzy
"Eh takpe aku tunggu kau kat sini ha pi cepat!"
"Okk" jawabku lalu pantas berjalan laju mencari tandas
"Ehh tandas kat mana ek" kataku lalu memunda mandir di luar dewan
"Ha kau kenapa ni macam cemas je" tanya senior aus yang baru keluar dari dewan
"Eh senior aus saya tengah cari tandas sebenarnya..."
"Ouhh kau pegi belah kanan then belok kiri ade tanda papan tandas kt situ" kata senior aus
Sedang mereka berbual terdapat sepasang mata yang bertukar menjadi merah memandang mereka dengan gerun dan mengeluarkan sepasang gigi taring yang tajam seperti mahu menerkam musuhnya
"Terima kasih senior aus saya pergi dulu" kataku lalu memberi senyuman ke senior aus sebelum beredar
"Hm comel..."
wait for next chapter ! thank u ! ❤
Share this novel