"argh, sakitnya kepala aku
aku berkata sambil memicit kepalaku yang masih terasa pening
"mungkin awak terlalu stress and banyak berfikir tapi awak jangan risau saya akan bagi ubat yang dose kuat sikit and kalau dah makan kena tidur dalam 2 hingga 3 jam boleh?" doktor sam berkata
"terima kasih doktor...ermm saya boleh balik dah ke?" tanya aku
"Boleh tapi sebelum tu ambik ubat dekat kaunter" senyumannya tak lekang dari bibirnya
"Alahai cair hati aku macam ni.. Nak sakit hari-hari laa macam ni HAHAHAHA" getus hati aku
"Okey doktor sam saya pergi dulu terima kasih lagi sekali" aku terus berlalu ke kaunter ubat dan berlalu keluar dari hospital
"Eh sekejap motor aku" aku menjerit kecil setelah tersedar akan keberadaan motor aku
"Aku tanya doktor sam laaa.." aku terus masuk semula ke dalam hospital dan berjumpa dengan doktor sam
"ermm doktor.."
"Ye kenapa cik amani? Ada sakit kat mana-mana lagi ke?" doktor sam terus menanya selepas melihat aku kembali
"bukan.. saya nak tanya siapa yang hantar saya dekat sini?"
"ouh ingat apa laaa tadi... saya tak kenal sebab dia pakai mask. yang saya peliknya dia hantar awak then pergi macam tu je" doktor sam berkata sambil menggosok dagunya
"hrmm siapa ek? mask? takkan lelaki yang sama.. tak mungkin tak mungkin" getus hati aku
"Doktor tahu tak motor saya kat mana ye?" aku berkata sambil menggosok tengkukku
Seram pulak tiba-tiba
"dia ada cakap dekat saya yang motor awak dekat garaj motor block D"
"ouh terima kasih saya pergi dulu assalamualaikum" aku terus melulu ke luar dan pergi ke arah block D
Nasib baik la ada papan petunjuk kalau tak sesat la aku. Hospital ni besar nak mampos.
selepas sampai aku terus menghidupkan enjin motor dan terus pulang ke rumah.. dalam 30 minit kemudian aku sampai ke rumah
"ya Allah amani kamu pergi mana ha? sekarang baru balik ! ibu risau tahu tak?" aku terus ditanya oleh ibu setelah selamat parking di garaj motor
"alaa... amani pergi keluar sekejap je ibuu.. jangan la risau" kata aku lalu menanggalkan helmet
"haihh yela2 jom masuk" lalu ibu aku terus masuk ke rumah. aku mengikuti ibuku
"ibu amani nak tidur tau.. kalau dalam pukul 6 amani tak bangun lagi ibu kejutkan ek?" kata aku. ibu aku hanya mengangguk.
selepas itu aku terus naik ke bilik dan membersihkan diri. setelah siap aku terus mengeluarkan ubat dari begku dan menelan ubat bersama air yang sudah tersedia di dalam bilik.
"amani minta maaf ibu.. amani terpaksa tipu ibu. amani takut ibu risau.." getus hati aku lalu terus melelapkan mata
"amaniiii...bangun !"
kedengaran ibu aku memanggil aku sambil mengetuk pintu di bilikku
"ye ibu" aku menjawab dan lantas membersihkan diri. selepas itu aku terus mengambil air wudhuk dan memulakan solat asar. setelah selesai, aku terus turun ke bawah.
"amani.. kakak kamu suruh naik bilik dye katanya ada benda nak cakap.." ibu aku berkata selepas melihat aku yang menuruni tangga. aku terus mengangguk dan pergi ke bilik kakakku..
"DON'T GO IN FOR NOTHING" tertera tulisan tersebut yang tertampal di pintu kakakku
aku terus mengetuk pintu. setelah itu tersembul muka kakakku yang membuka pintu. dia terus meminta aku duduk di katil. aku hanya mengikut katanya.. dia terus berlalu ke almarinya dan mengeluarkan sebuah kotak hitam dan berlalu ke arah aku.
"adik.. ambil barang ni and kalau ada apa-apa kecemasan guna benda ni.. amani tahu kan ayah sakit sekarang ni so please beranikan diri amani untuk guna benda ni.. akak tahu benda ni salah kalau kita simpan tapi for our safety.." kakakku berkata lalu meletakkan kotak tersebut di depanku
"apa akak cakap ni tak faham laa.. apa benda ni? apa kaitannya dengan amani kena berani nak guna benda ni..." kata aku pelik
"bukak la dulu kotak tu kalau nak tahu apa.." kakakku berkata dengan senyum sinisnya. aku terus membuka kotak tersebut dan betapa terkejutnya aku selepas melihat isi kotak tersebut
SEPUCUK PISTOL !
Share this novel