"kakak.. macam maa.." tidak sempat aku menyambungkan kataku ibu menjerit memanggil kakakku
"amani.. nanti amani akan tahu benda ni but sementara ni please rahsiakan dulu.." kakakku berkata dan terus meluru turun ke bawah. aku hanya melihatnya keluar tanpa kata2.
"apa benda ni ya Allah.." getus hati aku
selepas itu aku terus menutup kotak tersebut dan membawanya masuk ke bilik aku. aku melihat setiap inci pistol tersebut. aku akuinya pistol ni memang cantik ! dengan warna emas yang berkilau siap ada peluru lagi.. aku menyimpannya di bawah katilku.
KEESOKANNYA - AIRPORT
akak aku akan bertolak ke Australia harini. flight dye pukul 9. sekarang pukul 8 so ada masa dalam sejam lagi. sementara tunggu kami makan dekat kenny rogers. ayah aku memesan kenny's family meal. sementara menunggu makanan kami sampai, aku memerhati kakakku yang sedang menunggu seseorang..
setelah 20 minit akhirnya makanan kami sampai. aku terus melahap makanan tersebut tanpa menghiraukan pandangan orang. lapar kottt ! semasa aku tengah makan tiba2 aku tersedar apabila kelibat seseorang yang telah berdiri tegak di meja kami. aku terus melihat kelibat tersebut..
"eh ! kejap macam aku kenal..." getus hati aku lalu menggosokkan mata aku
"doktor sam !" aku terus menegurnya lalu melambaikan tanganku
"eh kejap2 adik macam mana kau kenal sam?" kakakku memasangkan muka yang pelik apabila aku tiba2 menegur doktor sam
"dia patient aku la haritu.." doktor sam menjawabkan pertanyaan kakakku
"aduhh doktor nii... mampos la aku nak jawab dengan ibu ayah aku niii" getus hati aku risau. aku terus melihat riak muka wajah ibu dan ayahku selepas mendengar doktor sam berkata.
"ibu ayah... perkenalkan ni sam kawan lauren masa uni dulu" kakakku menperkenalkan doktor sam. doktor sam terus menuju ke arah ayahku untuk bersalam
"sam ni adik aku amani" kakakku memperkenalkan aku. doktor sam hanya membalas dengan senyuman
"mari la duduk makan sekali. banyak ni.." ibu aku bersuara selepas melihat doktor sam yang masih berdiri di tepi meja. doktor sam terus mengambil duduk di sebelah ayahku. setelah kami siap makan kakakku tiba2 bersuara
"weyh sam macam mana dengan josh? kenapa tak sampai lagi?" kakakku menanyakan kepada doktor sam
"dia cakap dia nak sampai dah" doktor sam menjawab. kakakku hanya menjawab dengan anggukan
tiba2 kakakku melambai tangan ke arah satu figura yang menggalas beg di bahunya. dia terus menuju ke arah kami
"ya Allah handsomenya ! kakak aku ni jahat la tak bagitau yang kawan2 dia ni helokk belaka!" getus geli hati aku
"sorry guys lambat sikit mak aku la membebel dekat aku" katanya setelah tiba ke arah kami
"its okey bruhh.. jom nak dekat pukul 9 dah ni kang terlepas flight kita" kata kakak aku. mereka hanya mengangguk
kakak aku menyalam kedua ibu ayah dan memeluk aku dengan dengan erat
"amani ingat kan pesanan akak?" akak aku menanya kepada aku
"ye amani ingat.." jawab aku. kakak aku memeluk aku lagi dan berkata
"please jaga ibu ayah selama akak takde ni.." akak aku memesan kepada aku lalu meleraikan pelukan. setelah itu kakak aku, sam dan josh terus bergerak ke security gate.
kami terus keluar dari airport dan bergerak ke arah parking kereta. sepanjang perjalanan balik ibu dan ayah aku hanya senyap tanpa kata2. setelah sampai aku terus masuk ke rumah dan tidak sempat aku mahu memanjat tangga... ibu aku memanggil aku ke ruang tamu. aku terus ke ruang tamu. aku duduk berhadapan dengan ibu dan ayahku
"explain now nur intan amani !" ibu aku bersuara
"dah gak dah mesti pasal tadi ni.." getus hati aku
"erm amani pergi hospital sebab nak beli ubat migrain amani sebab dah habis tu je.." tipu aku
"tapi bukan ke selalu amani beli dekat farmasi?" ayah aku pulak bersuara
"ermm.. ubat dekat farmasi habis haa.." jawab aku
"ouh okey.. kalau ibu dapat tahu amani tipu siap ek?" ibu aku memberi amaran kepada aku. aku hanya memandang lantai sambil mengangguk
"dah cepat siap2 amani kena jaga restoran harini" ayah aku berkata
"okey ayah.. amani naik dulu" aku terus berlalu naik ke atas
setelah 20 minit aku bersiap aku terus turun ke bawah. harini aku pakai dress casual je. why nak lawa2 kan?
aku terus bersalam dengan ayah dan ibuku lalu ke arah motorku. aku menghidupkan enjin motorku lalu memakai helmetku.. even 10 minit je jarak rumah aku dengan restoran keselamatan kena jaga ye? aku terus meluncur laju keluar dari rumah. selama 10 minit perjalanan aku akhirnya sampai jugak ! alahaii macam lama sangat.. hahaha. kelihatan pekerja ayah2 aku sudah sampai yang menunggu kehadiran aku. aku memarkingkan(faham kan?????) motor aku di tepi restoran. selepas itu aku terus membuka kunci restoran.
"fuh penatnya ! macam mana kakak aku hadap hari2" kata aku selepas duduk sofa yang disediakan di kaunter
"amani ada orang datang cepat take order !" kedengaran kak ge memanggil aku. aku terus meluru ke meja tersebut
"wait ! macam kenal.." getus hati aku
"senior aus !" tegur aku lalu memberi menu kepadanya
"eh amani kan? first year kan?" tanya senior aus
"ha a" jawabku
"ermm saya nak makan daging grill" kata senior aus. aku hanya mengangguk dan mencatatnya di ipad
"air?" tanya aku
"saya nak air i love you ade?" senior aus mengusik aku. aku terus tersenyum malu
"takde senior aus" kata aku sambil menggeleng
"saya gurau je.. saya nak minuman yang terkenal deka sini boleh?" kata senior aus. aku terus mengangguk dan berlalu ke arah dapur
DI LUAR RESTORAN
kelihatan seorang lelaki sedang menelefon bossnya
"boss saya ada sesuatu nak bagitau ni"
"KAU CAKAP JE LA !"
"ada seorang lelaki ni datang restoran yang peliknya diorang mesra semacam je boss"
"KAU CARI LELAKI TU ! DALAM MASA SEHARI AKU NAK TENGOK KERJA KAU SIAP ! KALAU TAK AKU PANCUNG KAU !"
"baik boss"
lelaki itu terus menutup telefon tersebut lalu berlalu meninggalkan restoran tersebut
Share this novel