Kita Kawan!

Short Story Series 356

"Elly, maafkan Wardah. Wardah tak sengaja meah Elly semalam"

Eh berbudi bahasa betul aku.

"Takpelah, mungkin saya yang salah. Awak dah kata tak payah tapi saya yang nak jugak. Maafkan saya"

"Kita kawan?" Eh malunya aku cakap macam ni!!

"Betul ke Wardah nak kawan dengan saya? Terima kasih sangat sangat!!"

Eh makin pelik aku ni, ber awak saya, lepastu berbudi bahasa. Siap minta maaf lagi tu! Eh sejak ada dia ni, makin baik aku ni.

Lalu, En. Qash tiba di kelas, aku dan Elly duduk bersebelahan. En. Qash memberi tugasan berpasangan. Wah, untuk pertama kalinya aku tak perlu risau tentang tugasan ni! Aku dah ada kawan! En. Qash pun hairan mengapa hari ni aku tidak merungut kerana perlu kerja berpasangan. Kebiasaannya aku akan bising dan merayu untuk membuat kerja berseorangan.

Kami berkawan dan mula rapat.

Satu hari, Elly bertanya jika dia boleh tinggal bersama aku. Aku okay kan saja. Lagipun rumah sewa aku memang ada dua bilik, cuma aku yang tidak mahu berkongsi sebelum ini. Wah, sudah rapat di kolej, sekarang di rumah pula. Indahnya persahabatan!

Sekarang, bangun pagi, tengok muka dia, pergi kolej, tengok muka dia, makan pun tengok muka dia, sebelum tidur pun kena tengok muka dia. Macam ni rupanya rasa berkawan.

Elly perasan bahawa aku bukan jenis yang solat. Dia perlahan-lahan menegur aku

"Wardah, saya rasa saya kena nasihat awak. Saya rasa dah tiba masanya awak mula solat" katanya sambil mengukir senyuman.

Pada mulanya aku agak berang, baru berkawan berbulan, nak tegur orang, tapi melihat ekspresi mukanya yang ikhlas, hati aku bagai diketuk. Betul katanya, aku sudah lama tidak solat sejak aku masuk kolej. Aku dengan tersipu malu menjawab

"Saya bukan taknak, tapi saya dah lupa macam mana nak ambil wudhuk dan solat. Boleh awak ajar saya?"

"Tak boleh. Awak belajar sendiri! :p
Takde lah, saya gurau je, mestilah boleh, ha alang-alang dah masuk asar ni, jom kita solat sama-sama"

Senyuman di bibir terus terukir. Rasa bagai diberi rezeki yang besar kerana memiliki sahabat sebegini.

Alhamdulillah, sekarang kami solat bersama-sama secara berjemaah pada setiap waktu dan membaca Al-Quran bersama. Walau pada awal nya tergagap-gagap, tapi dengan tunjuk ajar sahabat ini, aku dah lancar semula seperti dulu! Bahagia nya rasa!

Setelah berminggu, aku rasa hati aku diketuk sekali lagi. Aku merasakan seperti ingin mengubah pakaian ku. Sebelum ini aku berpakaian tidak menutup aurat dan ketat, aku ingin berhijrah, aku nak tukar cara pemakaian aku!

"Elly, boleh awak tolong saya?"
"Tolong apa tu, Wardah?"
"Teman saya pergi mall, saya nak beli barang"
"Barang? Barang apa tu"
"Ha adalah. Dah jom bersiap"

Sampai di mall, aku mengajak Elly pergi ke butik baju kurung

"Eh Wardah, awak nak beli untuk siapa? Baju saya dah banyak dah"
"Eh siapa kata saya nak beli untuk awak. Saya nak awak pilihkan untuk saya"
"Untuk awak? Kenapa? Awak ada nak pergi kenduri ke? Kalau ada, boleh pinjam baju saya, tak perlu membazir"
"Eh tak. Saya dah berazam nak menutup aurat macam awak!"
"Apa?! Betul ke Wardah? Alhamdulillah termakbul doa saya supaya Allah buka pintu hsti awak. Okay jom kita pilih!"

Kami berdua membeli-belah baju dan tudung. Seronok betul Elly ni, padahal yang nak pakai nanti aku. Haha.

Aku pergi ke kelas buat pertama kalinya memakai baju kurung dan tudung di bawah paras dada. Rasa berdebar. Hari pertama, mestilah banyak dugaan, tudung tak jadi, panas setiap waktu, takut baju kedut. Haih. Tapi saya kena kuat!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience