Tapi Kenapa?!

Short Story Series 356

Dah dekat 6 bulan aku berkawan dengan Elly. Banyak perubahan yang dah berlaku pada aku. Aku bersyukur ditemukan dengan sahabat aku ni.

Pada satu hari, Elly ingin pulang ke kampung. Hari hujan. Sebelum bergerak pulang, dia ada memesan pada ku

"Wardah. Saya tengok awak dah banyak berubah. Awak banyak tersenyum. Awak dah tak baran, dah tak ego. Awak semakin baik. Solat awak cukup, awak berjaya istiqomah menutup aurat. Saya nak, walaupun saya tak bersama awak, awak terus istiqomah tau! Awak ni baik orang nya! Jangan lupa saya tau!"

"Elly, awak ni kenapa hahah. Awak balik kampung 3 hari je kan. Takde apa lah. Ke awak nak saya ikut awak? Saya pun rasa tak sedap hati bagi awak balik sorang-sorang"

"Eh takpelah Wardah. Saya boleh balik seorang diri. Awak jaga diri dan terus istiqomah tau!"

Selepas dua jam, telefon ku berdering, eh Elly lah. Mesti dia nak bagitau yang dia dah sampai. Aku ketika itu sedang di dapur memegabg segelas air.

"Assalamualaikum, Wardah ke ni?"
"Waalaikumussalam ye saya. Siapa ni ye? Elly di mana?"
"Saya adik Elly, Elly kemalangan dan disahkan meninggal dunia"
"Apa?!"

Aku jatuh terduduk, gelas yang dipegang terlepas dari genggaman dan pecah berderai seperti hati ku. Elly. Sahabat aku. Sahabat aku dah takde. Elly kenapa cepat sangat kau pergi. Kenapa kau pesan dengan aku macam macam? Kau dapat rasa kau dah nak pergi ke? Sepatutnya aku ikut kau balik kampung. Kenapa Elly? Kenapa? Kau lah satu-satunya sahabat dunia akhirat aku. Kenapa Elly.

Setelah hampir 6 bulan aku kemurungan. Hari hari aku seperi hari biasa. Namun sunyi, tiada gelak tawa, tiada senyuman. Hati aku kosong. Aku tak dapat menerima kenyataan. Namun secara perlahan aku cuba menerimanya dan mengingat kembali segala pesan arwah.

Elly, aku akan cuba istiqomah. Kau tunggu ku tau. Aku sentiasa doakan kau.

Wardah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience