Me, Myself and I

Short Story Series 356

Aku Wardah. Aku hanyalah seorang manusia biasa yang mahukan kebahagian. Aku tinggal seorang diri di Negeri Sembilan kerana aku menyambung pelajaranku. Aku tidak bergaul dengan orang lain. Ye, ini kisah tentang aku.

Aku hanya seorang wanita yang inginkan kebahagian dan kesenangan. Setiap hujung minggu aku akan bekerja di sebuah supermarket untuk mencari duit poket. Aku tidak suka meminta duit dari orang tua ku kerana aku tau mereka sudah banyak melabur untuk adik adik ku yang masih sekolah.

Aku sentiasa seorang, makan-makan pun sorang, tengok wayang pun seorang, semua benda seorang. Aku tak suka berkawan atau berteman lelaki. Lebih benci lagi apabila tugasannyang diberi oleh pensyarah memerlukan kerja berkumpulan. Aku rela mendapat markah kosong.

Aku merasakan orang sekeliling hanya memberi beban. Bayangkan kita ada kawan rapat, kemudian satu hari kita berpisah, ia pasti sakit. Tambahan apabila berkawan, kita perlu menjaga hati mereka. Aku tidak pandai bab bab menjaga hati ni. Aku pulak jenis yang baran dan cepat marah, mesti orang tak tahan dengan aku punya. Kalau bergaduh, mesti nak menang, ego aku ni tinggi. Maklumlah perempuan. Aku sentiasa rasa diri aku betul dan aku tidak suka orang menegur aku. Hidup aku, hidup aku lah. Hidup kau, hidup kau.

Namun dalam kisah ini, adalah kisah aku bertemu dengan seorang manusia yang mengubah diri aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience