Kita Bukan Kawan

Short Story Series 356

Tepat 10am kelas pun berakhir. Aku bergerak dengan pantas kerana perut sudah mula masuk angin. Aduh lapar betul, nak sarapan dekat kedai mamak jelah. Servis pun laju. Makanan pun sedap.

Tiba-tiba dari belakang ada yang menegurku.

"Awak nak pergi mana tu? Saya nak kawan dengan awak boleh? Awak nak pergi sarapan ye? Nak ikut. Tadi tak dapat sarapan sebab ada orang tu ambil roti saya"

Aduh perempuan ni lagi. Siapa lagi kalau bukan Elly. Penat nya nak layan dia. Aku pun memberi 'green light' tanda memberi dia ikut aku. Dahlah dia yang ambil roti aku, aku yang salah.

Tiba di kedai makan, kami pun duduk, selepas memesan makanan, banyak betul soalan si Elly ni.

"Nama awak siapa? Awak tinggal di mana? Awak tinggal di asrama ke? Awak dah lama belajar di sini? Kenapa awak pilih kos ni?"

Eh dia ni aku selotape jugak mulutnya.

"Bertenang, nama saya Wardah. Saya tinggal seorang. Saya bagi awak ikut saya pun awak dah kena bersyukur. Saya ni bukan jenis berkawan dengan orang. Lepas ni jangan kacau saya lagi. Saya tak suka"

"Tapi saya nak kawan dengan awak. Saya tengok awak baik. Saya pun belum ada kawan. Boleh saya kawan dengan awak?" Kata Elly

Aduh dia ni. Aku ni malas nak layan dia. Kang nanti dia kata biadap pulak. Eh kejap. Aku guna awak saya lagi dengan dia? Aku ni betul ke tak ni.

Lalu makanan pun sampai lalu aku menyuruh dia makan dan melarang dari berkata apa-apa.

Saat igin membayar bil, dia sibuk berkata dia ingin tolong bayar kan aku punya. Aku tolak banyak kali, namun dia tetap ingin membayar. Aku bingkas bangun dan pergi ke kaunter untuk membayar. Dia menarik aku.

"Eh kau ni aku kata tak payah tak payah lah. Sibuk betul!"

Lalu aku membayar dan berlalu pergi. Aduh apa aku dah buat ni. Mesti malu dia dibuatnya. Mungkin aku terlalu kasar dengan dia. Dia cuma nak berkawan je. Esok aku minta maaf dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience