Dia Lagi?!

Short Story Series 356

"Fuh, sampai pun kelas, awal lagi ni, baru 7.55am. Sempat lagi kalau nak makan roti yang aku bawa tadi" lalu aku mencari roti ku di dalam beg. Setelah itu, aku pun menjumpai roti tersebut dan mula memakannya.

"Eh apahal pedas semacam ni, aku rasa aku beli roti biasa tadi. Eh kenapa dekat plastik ni tulis sambal bilis. Ah sudah aku tak bawa air ni"

Tiba-tiba pensyarah, En. Qash masuk bersama seorang pelajar. Ah waktu ni lah pun En. Qash ni nak masuk! Tahan jelah pedas ni, fuh.

Eh budak tu. itu macam budak perempuan yang langgar aku tadi, takkan dia anak En. Qash kot. En. Qash kan tak kawin lagi.

Setelah itu En. Qash memperkenalkan wanita itu "Okay kelas, ini adalah pelajar baru di sini. Dia daftar agak lambat kerana ada masalah personal. Jadi harap kami semua dapat bergaul dan berkawan dengan dia. Tolong beri tunjuk ajar pada dia. Awak semua boleh panggil dia Elly. Baik Elly, awak duduk lah di mana awak selesa"

Elly kemudian ternampak Wardah, lalu pergi menuju ke Wardah. Dia menarik kerusi di sebelah Wardah namun tidak boleh kerana dihlang oleh Wardah.

"Dia dah langgar kita, ada hati nak duduk sebelah kita" kata aku secara perlian. Kemudian Elly duduk selang satu kerusi bersebelahan aku.

Ketika sedang belajar, Elly tiba-tiba menegur aku, "Eh itu macam plastik roti saya"

Aku bengang dan membalas " Eh kau ingat roti tu ada satu je dalam dunia ni"

Lalu Elly menyambung "Eh bukan. Awak ingat tak saya ada terlanggar awak tadi? Saya ada tolong angkat barang awak kemudian mungkin saya tertukar roti dengan awak. Ni roti awak ke?"

Kelihatan di tangannya roti manis yang aku beli tadi. Eh jadi betullah yang aku makan ni roti dia. Alamak, malunya. Aku dah termarah dia. Ah pura-pura jelah.

"Eh yang saya makan ni memang roti saya lah. Saya yang beli. Saya memang suka roti sambal bilis ni. Awak tu yang tersilap beli agaknya"

Eh kejap, aku guna awak saya? Dah kenapa aku ni.

Tiba-tiba En.Qash menyebut nama ku "Wardah, jangan lah diganggu Elly tu, nak ajka dia borak tunggu habis kelas, sekarang fokus dulu. Kesian Elly tu kena layan awak sampai tak fokus"

Eh, aku pulak kena?! Haih apa-apalah. Terima jelah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience