Pertemuan Pertama

Short Story Series 356

Seperti biasa, pada hari Isnin, pagi-pagi lagi sudah bergerak ke kolej kerana kelas yang bermula pada jam 8 am.

"Aduh, penat betul! Ada ke buat kelas pagi-pagi macam ni. Dahlah tadi terbangun lambat, sarapan pun tak sempat, memang tak fokuslah aku" bisik aku di dalam lubuk hati. Setiap pagi aku merungut, tapi apakan daya, ilmu perlu ditimba.

Dalam perjalanan ke kelas, ada seorang wanita sebaya dengan aku mungkin, jalan dengan laju dan terlanggar aku. Ah sudah, apa pulak ni.

"Eh maaf kak, saya nak cepat, maaf ye" kata wanita itu.

"Maaf kau kata? Kau dah langgar aku! Nampak ni jatuh dah barang aku! Jalan elok-elok lah sikit, tak lari pun kelas kau tu!" Melenting aku.

Wanita itu membantu mengutip barangku lalu meminta maaf berkali-kali dan berlalu pergi.

Sejujurnya aku pun tak tahu kenapa aku marah dia sedangkan dia dah minta maaf dulu. Ah apa-apalah, siapa suruh langgar aku kan. Tapi kan, kesian lah pula, tengok budak tadi, cantik jugak orangnya, dengan tudung labuh dan bau kurungnya. Eh dah kenapa aku ni, dah lah dia salah, aku puji dia pulak. Eh dah lambat ni, baik aku cepat, kalau lambat kena ketuk ketampi pulak. Apalah, dah masuk kolej pun masih ada denda ketuk ketampi tu kan. Ingatkan waktu sekolah je. Ah baik aku cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience