BAB 6

Romance Series 3215

Fatin Arissa berbaring dikatil fikirannya melayang mengingati kejadian petang tadi.Sejujurnya memang sakit hati bila mengingatinya semula."Ash..kenapa kau mesti datang semula! tak cukup ke buat aku merana dulu?"monolog hati Fatin Arissa.

Fatin Arissa mencapai bantal peluk yang berada disebelahnya lalu dipeluknya.Dia cuba melelapkan mata esok sudahlah kena masuk kerja awal.Jam didinding sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Encik pendiam!" detik hatinya.Fatin Arissa mengingati kejadian tengahari tadi tak sangka lelaki yang hampir melanggar dia adalah Bos dia sendiri. Patutlah semua staf memandang pelik terhadap Fatin Arissa.

"Pelik jugak, Bos tiba-tiba nak belanja pekerja dia makan tengahari... hmm mungkin rezeki aku. Tapi dia tu memang menjengkelkan dah la sombong! bila tanya diam je!" bebel Fatin Arissa sendirian lama kelamaan matanya terlelap sendiri.

***********

"Alamak! Aku dah lambat!" jerit Fatin Arissa dia segera mengambil beg tangannya dan bergegas keluar. Sempat Nasuha menegur.

"Fatin tak nak breakfast ke?"

"Tak naklah... aku dah lambat kot! Jam aku buat hal!" keluh Fatin Arissa.

"Ouh...okey!" balas Nasuha.

Kereta milik Fatin Arissa segera memecut laju meninggalkan halaman rumah.

"Syafiqah, Cik Fatin dah sampai ke belum?" soal Tengku Qalif.

"Belum lagi Tengku, kenapa ada apa yang boleh saya tolong?"

"Tak perlu Syafiqah, saya saja cuma tanya," ujar Tengku Qalif dan berlalu pergi meninggalkan Syafiqah.

'Pelik-pelik la Tengku ni,' getus hati Syafiqah.

Fatin Arissa yang baru saja sampai segera memarkir kereta. Selesai memarkirkan kereta dia menarik nafas panjang dan menghembuskan perlahan-lahan..Dia perlu tenang tak nak pula orang nampak dia serabut. Fatin Arissa berjalan masuk kedalam bangunan yang tinggi itu tiba-tiba sebuah tubuh telah menghalang laluannya."Mamat mana pulak yang halang aku ni!" Fatin Arissa mendongak.

"Apa? Encik Pendiam lagi? Asyik terserempak dengan dia je! Hehh tension aku macam ni!" getus hati Fatin Arissa. Wajahnya sudah masam mencuka dipagi hari.

"Fatin Arissa," panggil Tengku Qalif.

"Iya saya kenapa Encik?"

"Awak dah breakfast belum? Kalau belum jomlah teman saya." Tawar Tengku Qalif.

"Encik saya sibuk ni, nanti esok la ya!"tolak Fatin Arissa.

"No! Saya minta hari ni! Bukan esok ke lusa ke tulat ke."

"Encik nampak muka saya kesah ke?" Benci melihat Tengku Qalif yang masih memaksa dirinya.

'Ya Allah, degilnya budak ni! Geram pulak aku tengok!' monolog hati Tengku Qalif.

"Cik Fatin Arissa bos ke atau saya?" Tengku Qalif senyum sinis terhadap Fatin Arissa. Dia yakin kali ini Fatin Arissa tidak akan menolak.

Fatin Arissa segera mengetap bibirnya geram."Pandai pulak Encik Pendiam ni main pangkat!"

"Okey! Saya ikut jomlah." Fatin Arissa mendahuluinya.

"Fatin Arissa,"panggil Tengku Qalif lagi.

"Apa lagi Encik?"Fatin Arissa membulatkan matanya geram.

"Senyum la sikit baru nampak berseri muka pagi-pagi kalau dah sedekahkan senyuman mesti lagi baik kan?" ujar Tengku Qalif.

Dalam keadaan terpaksa Fatin Arissa membekalkan senyumannya buat Tengku Qalif. "Mentang-mentang dia Bos! Suka hati dia je buli aku!"

"Kan cantik senyuman macam tu, barulah suami awak suka!" balas Tengku Qalif.

'Suami? Tolonglah! Bekas suami aku dulu pun dah separuh meroyan.'

'Ya Allah... rindunya aku pada Arwah Isteriku, mengapa KAU menghantar seseorang insan wajahnya mirip dengan Tengku Nurra. Fatin kalaulah awak bukan isteri orang sudah lama aku akan masuk meminang kau,' detik hati Tengku Qalif.

"Encik! Jomlah termenung apa lagi? Masa sentiasa cemburukan kita tau!" ujar Fatin Arissa.

"Ouh... maaf jomlah," balas Tengku Qalif segera mendahului Fatin Arissa.

"Eh tunggulah! Cepatnya Encik pendiam ni berjalan!" gumam Fatin Arissa.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience