BAB 1

Romance Series 3215

Kehidupan Fatin Arissa telah banyak berubah sejak berpisah dengan bekas suaminya dahulu. Fatin Arissa membuka novel yang dibeli petang tadi dan membacanya. Sehingga muka surat enam puluh Fatin Arissa menutup semula kerana telefonnya berbunyi.

"Assalamualaikum, kak long kenapa call Arissa ni?" soal Fatin Arissa.

"Kak... ada benda nak beritahu ni tapi Arissa jangan terkejut tau." balas Fatin Arina iaitu kak longnya.

"Kenapa? Cakap je la kak." Fatin Arissa meminta Kak Long jujur.

"Bekas suami Rissa, dia datang sini tanya Rissa kat mana."

"Hah! Habis tu akak beritahu dekat dia la yang Rissa ada disini?"

"Tak, tapi Akak rimaslah dia tak habis-habis datang sini," ngomel Kak Long.

"Kak Long... kalau dia datang lagi! Kak Long buat tak tau je, lantak kat dia. Dia dah lepaskan Rissa apa yang dia nak lagi?"

"Tu la Akak pun tengah pening ni!"

"Dah la, akak tak payah pening-pening, lagipun akak pun tengah hamil kan, selagi Rissa boleh sabar Rissa akan sabar tapi kalau dia buat hal lagi biar Rissa yang uruskan!"

"Rissa nak buat apa?"

"Rissa belasah dia la kak, benci Rissa tengok dia!"

"Fatin Arissa Binti Khairil, Rissa jangan nak buat hal pulak ya. Ibu dengan Ayah tak pernah ajar kita belasah orang suka-suka hati."

"Tapi Kak long dia ganggu Rissa lagi kenapa? Rissa pun dah tak nak ada apa-apa dengan dia, lagipun dia yang rela lepaskan Rissa semata-mata demi perempuan yang dia sayang sangat tu!"

"Rissa, kawal kemarahan tu! Okeylah kalau tak ada apa-apa Kak Long nak sambung kerja Kak Long. Rissa pun jangan nak buat hal cuba belajar bersabar sikit." Nasihat Kak Long.

"Hmm, Rissa cuba la kak long, Assalamulaikum kak."

"Walaikumussalam." balas Kak Long sebelum mematikan panggilan.

"Gila ke apa Mamat ni? Suka sangat cari aku dekat rumah Kak Long kenapa?" gumam Fatin Arissa.

"Sabar Rissa... benda boleh bincang." Fatin Arissa menghela nafas panjang.

Fatin Arissa bangun dari sofa dia mengambil tuala mandi dan segera masuk ke dalam bilik mandi.

                           
*********

Tengku Aliya meletakkan secawan kopi dimeja berhadapan Tengku Qalif.

"Qalif, kan dah hampir 3 tahun jadi duda. Takkan Qalif tak terfikir nak beristeri?" tanya Tengku Aliya melabuhkan punggungnya pada kerusi.

"Ummi ni kan Qalif pernah cakap hati Qalif betul-betul dah tertutup untuk perempuan kat luar sana." balas Tengku Qalif meneguk air kopi itu sedikit.

"Tapi sampai bila? Kesian Ummi tengok Aisha tu."

"Qalif pun kesian kan anak Qalif, tapi apa Qalif boleh buat hati Qalif belum terbuka lagi. Hati Qalif ini ingatkan Arwah Nurra."

"Kalau macam tu keputusan Qalif, Ummi tak boleh nak halang tapi kalau hati tu dah terbuka, cari ibu yang baik untuk Aisha tau." Tengku Aliya mengingati anaknya.

"Okeylah... Qalif keluar dulu tolong jaga Aisha tau."

"Mestilah Ummi akan jaga cucu kesayangan Ummi tu." balas Tengku Aliya tersenyum.

 Tengku Qalif menyalam tangan Tengku Aliya dan terus melangkah pergi. Ingatan Tengku Qalif pada Arwah Tengku Nurra takkan pernah padam kerana wanita itulah cinta pertamanya.

                           
**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience