BAB 3

Romance Series 3215

Fatin Arissa menyemat pin pada tudungnya agar kelihatan kemas. Dia perlu hadir awal kerana dia adalah pekerja baru. Kalau pekerja baru dah lambat memang kena label pemalas lah jawabnya.

Fatin Arissa mengambil beg tangan yang ada dihadapannya kemudian mencapai dokumen yang ada didalam fail dan berlalu pergi keluar dari bilik.

"Fatin," panggil Nasuha meletakkan teko yang berisi air teh diatas meja. Dia mengetahui bahawa Fatin Arissa memang tidak suka minum kopi.

"Iya." Fatin Arissa terus menuju ke Nasuha dan melabuhkan punggungnya pada kerusi.

"Awal siap Fatin."

"Aku kan pekerja yang menepati masa." Fatin Arissa mencapai sekeping roti dari piring itu dan menyapu coklat atasnya.

"Menepati masa la sangat!" Nasuha duduk dan menuangkan air teh untuknya sendiri.

"Nasuha..kau tak pergi kerja ke hari ni?"

"Pergilah Cik Paten oi, kalau aku tak datang habislah aku!"

"Ouh okey Nasuha aku pergi dulu tau. Pandu kereta elok-elok jangan jadi macam semalam tau!"pesan Fatin Arissa.

"Baik."

Fatin Arissa keluar dari rumah ditangan kanannya masih memegang separuh roti yang dia makan tadi.Kereta yang dipandu oleh Fatin Arissa menyusur keluar dan laju membelah angin.

**********

"Qalif," panggil Tengku Aliya sambil mendukung tubuh kecil Tengku Aisha Irhana."Iya Ummi kenapa?" Tengku Qalif mendekati Tengku Aliya.

"Dah nak pergi kerja ya?"

"Iya Ummi kenapa?"

"Ummi nak minta tolong sekejap je boleh kan?"

"Tolong apa?"

"Tolong pegang Baby Aisha sekejap boleh? Ummi ada kerja ni."

"Boleh, demi anak Papa ni." Tengku Qalif menyambut anak kecilnya yang berusia hampir tiga tahun.

"Okey, Ummi minta tolong 10 minit je boleh kan?"

"Boleh lagi pun ni kan anak Qalif."balas Tengku Qalif.

"Hah baguslah..Ummi nak pergi dapur sekejap je."Tengku Aliya melangkah kakinya kearah dapur.

"Anak Papa ni baru bangun tidur ya? alaa...comelnya Aisha, macam Arwah Mama dia." Sayu hati Tengku Qalif melihat raut wajah Tengku Aisha.Anak mata Aisha seperti Arwah Tengku Nurra.Selepas Tengku Nurra meninggal dunia Tengku Aisha lah peneman Tengku setiap hari.Tiba-tiba hatinya terdetik siapakah perempuan yang dia menjumpai semalam wajah perempuan itu memang saling tak tumpah seperti Tengku Nurra.Tetapi perempuan yang dia jumpa semalam garang tidak macam Tengku Nurra yang lemah lembut.

"Ish... buat apa aku ingatkan perempuan tu? Aisha buat apa tu sayang?" Tengku Qalif mencium pipi gebu Tengku Aisha. Fikiran Tengku Qalif mengingati pada Tengku Nurra.

"Abang... maafkan Nurra selama Nurra kenal Abang, selama Nurra jadi isteri Abang," ucap Tengku Nurra lembut.

"Kenapa cakap macam ni? Nurra tak pernah ada salah dengan Abang.."gusar hati Tengku Qalif mendengar kata-kata dari mulut isterinya yang sedang sarat itu.

"Bukan apa... Nurra saja minta maaf awal-awal manalah tahu lepas ni Nurra dah tak boleh nak jumpa Abang tak jumpa anak kita ni.." Tengku Nurra mengusap perutnya.

"Jangan cakap macam tu. Abang yakin kita akan bahagia lebih lebih lagi kalau Nurra junior ni keluar.."

"Heheh... dah la Abang janji dengan Nurra tau. Kalau Nurra dah tak ada jangan lupa jaga anak kita baik-baik.."

"Nurra, berapa kali Abang nak cakap?"

"Abang tolonglah janji dengan Nurra!" rayu Tengku Nurra.

"Okey, Abang janji..tapi jangan cakap macam tu.."kata Tengku Qalif.

"Okey, Nurra janji." Tengku Nurra senyum.

Hati Tengku Qalif benar-benar sedih apalagi bila teringatkan kata-kata Tengku Nurra dahulu. Memang benar kata Tengku Nurra akan meninggalkan dirinya dan anak sulungnya. Tengku Nurra meninggal dunia semasa melahirkan Tengku Aisha Irhana iaitu puteri sulung mereka.

"Qalif," Tengku Aliya menepuk bahu Tengku Qalif. Nampaknya anak sulungnya itu sudah termenung jauh.

"Iya,Ummi?"

"Qalif termenung apa tu?" tanya Tengku Aliya.

"Tak ada apalah Ummi," nafi Tengku Qalif.

"Betul ni? okeylah..cepatlah bagi sini Aisha.."Tengku Aliya meminta Tengku Aisha dari tangan Tengku Qalif.

"Nak buat apa?"

"Nak buat apa? Qalif tanya!..Qalif..dah lambat tau nak pergi kerja.."bebel Tengku Aliya bercekak pinggang.

"Lupa okeylah bye Aisha. Papa pergi kerja dulu!" Tengku Qalif menyerahkan Tengku Aisha pada Ummi.Tengku Qalif menyalam tangan Tengku Aliya kemudian meminta diri untuk pergi.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience