BAB 5

Romance Series 3215

Sejak dari tadi Fatin Arissa mendiamkan dirinya, Tengku Qalif pula hanya memandang Fatin Arissa dihadapannya. Pelayan datang membawa makanan yang dipesan tadi kemudian dia meletakkan diatas meja makan dan berlalu pergi.

"Jadi marilah kita makan,"ujar Tengku Qalif tersenyum melihat Fatin Arissa mukanya masam mencuka.

"Arissa makanlah janganlah buat muka macam tu, bukan senang tau nak makan semeja dengan Bos tau," bisik Ain perlahan ditelinga Fatin Arissa.

"Makanlah takkanlah nak saya suap?" soal Tengku Qalif. Akhirnya Fatin Arissa akur.'Eleh... tak hingin pun lah nak kena suap!'

"Awak pekerja baru disini kan?"

"Iya saya."

"Jadi siapa nama awak?"

"Fatin Arissa Binti Khairil." Fatin Arissa menundukkan kepalanya.

"Dah kahwin ke belum?"

"Dah," balas Fatin Arissa tak mahu bercakap panjang. Sepatah yang Tengku Qalif tanya Sepatah jugalah Fatin Arissa jawab.

'Dia dah kahwin! Kalaulah dia belum kahwin lagi, mesti aku dah ambil dia sebagai isteri aku,' monolog hati Tengku Qalif.

"Arissa, serius awak dah kahwin?macam tak percaya aje." Ain mencelah. Fatin Arissa hanya tersenyum.

"Ermm, nama Encik pulak siapa?" tanya Fatin Arrisa memberanikan dirinya.

"Saya, Qalif Irfan."

"Kenapa Tengku tak sebut nama penuh dia?" bisik Ain dalam hatinya.

"Ouh Encik Qalif la ni."

Tengku Qalif hanya mendiamkan dirinya.'Isy! Pendiam betul Encik Qalif ni! Memang sesuai kalau aku panggil dia Encik Pendiam!' Gumam hati Fatin Arissa.

"Arissa cepatlah makan nanti masuk lambat habislah kita kena bebel dengan Puan Haslinda," ujar Ain.

"Okey... Cik Ain Arissa," balas Fatin Arissa.

*********

Fatin Arrisa dan Nasuha bersiar-siar disekitar taman rekreasi untuk bersenam.Biasalah kerja, kerja juga tapi kesihatan perlu juga dijaga.

"Nasuha! Kau ni lambat sangat la!" Fatin Arissa mulai mendahului Nasuha.

"Kau memang la Fatin! Kau kan rajin jogging tiap-tiap petang macam ni!"

"Hah! Kalau macam tu contohilah aku, nanti aku gerenti kau akan bertenaga macam aku."

"Hah ye lah, yang elok semuanya dekat kau tapi yang tak elok mesti dekat aku!" Nasuha mencebikkan bibirnya lalu mencangkung kerana kepenatan tuala dileher Nasuha dilapkan ke dahinya.

Fatin Arissa mendekati Nasuha yang masih tercugap-cugap kepenatan lalu menghulurkan tangannya."Jomlah, kita berehat dekat sana." Ajak Fatin Arissa.

Nasuha memaut tangan Fatin Arissa dan bangun."Kau ni la cepat sangat berlari!" bebel Nasuha sambil meletakkan tangan pada dadanya dia dapat merasakan degupan jantungnya yang begitu laju.

"Kau ni macam tak kenal aku. Aku kan pelari pecut paling hebat dekat sekolah dulu!" Fatin Arissa mengangkat sebelah keningnya dan kedua belah tangannya dimasukkan ke sisi poket seluarnya.

"Heh, dahlah aku nak duduk, penat kot!" Nasuha duduk pada kerusi panjang yang ada disitu.

Seorang lelaki memandang mereka berdua disebalik pokok yang besar. Lelaki itu benar-benar rindukan Fatin Arissa dan sesal dengan perbuatannya dahulu. Lelaki itu datang menghampiri mereka dan menyentuh bahu Fatin Arissa.

Fatin Arissa yang terkejut terus menepis tangan lelaki itu dan menoleh melihat lelaki itu.

"Kau! Apa kau nak lagi?" Terbuntang mata Fatin Arissa melihat lelaki itu dan lelaki itu adalah bekas suaminya sendiri.

"Aku nak kau Rissa!" rayu Ashraff.

"Kau gila ke Ash? Kau dah lepaskan aku! Apa yang kau nak lagi?" tempelak Fatin Arissa. Nasuha bingkas bangun dan memegang belakang Fatin Arissa bagi menenangkannya.

"Woi, nanti dulu ... kau nak apa lagi Ash? Nak sakitkan hati Fatin ke? Berhentilah, jangan jadi bodoh! Kau dah lupa ke, kau sendiri yang lepaskan dia sebab nafsu kau pada perempuan lain. Sekarang aku nak tanya kau... mana perempuan yang kau sanjung tu dulu?" Jeling Nasuha. Benci benar melihat wajah Ashraff yang tak tahu malu.

Ashraff langsung tak peduli dengan kata-kata Nasuha tadi.

"Tolonglah, Rissa maafkan aku! Kita rujuk balik bina kehidupan macam dulu!"

"Kepala hotak kau! Kau dah lupa ke apa yang kau dah buat dekat aku? Kau tinggalkan aku semata-mata demi anak Dato tu! Sampai aku keguguran dulu pun kau tak pernah ambil peduli. Sekarang sibuk datang nak ganggu hidup aku kenapa?"

"Rissa mana hormat awak pada saya?" soal Ashraff.

"Ash... aku hormat kau dulu pun sebab kau suami aku. Lagi pun sekarang kau hormat ke aku? Buat apa aku nak hormat orang yang tak pernah nak hormat aku!"

"Rissa tolonglah, aku masih sayangkan kau!"

"Sayang? Habis tu sepanjang aku jadi isteri kau mana rasa sayang tu? Kau jugak yang kata perempuan macam aku ni tak layak nak sayang dan cintakan lelaki macam kau! Maklumlah kau kan anak orang kaya!" marah Fatin Arissa lagi.

"Rissa kita baliklah lagi pun dah nak maghrib ni," pujuk Nasuha.

"Jomlah, malas aku layan lelaki sakit jiwa macam dia ni!" Jeling Fatin Arissa dan terus melangkah pergi. Ashraff tercengang melihat bekas isterinya berlalu pergi.

Nasuha sempat menjelirkan lidah pada Ashraff. Sakit hatinya melihat lelaki yang masih gila talak itu.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience