BAB 4

Romance Series 3215

"Fatin Arissa kan?" soal Syafiqah.

"Iya saya," balas Fatin Arissa.

"Fatin Arissa boleh ikut saya." ujar Syafiqah dan Fatin Arissa hanya menurut.

Tiba dihadapan sebuah bilik Syafiqah mengetuk pintu dan masuk. "Assalamualaikum Puan, Fatin Arissa dah sampai," kata Syafiqah.

"Baguslah dimana dia?"

"Ini dia Puan, kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu Puan." Syafiqah menunjukkan Fatin Arissa yang berdiri dibelakangnya.

"Baiklah, Syafiqah awak boleh keluar," arah Puan Haslinda.

"Awak Fatin Arissa dipersilakan duduk."

"Terima kasih Puan." Fatin Arissa tersenyum lebar lalu duduk berhadapan Puan Haslinda.

"Jadi awaklah Cik Fatin Arissa, okeylah nama saya Amirah Haslinda. Boleh panggil Puan Haslinda ataupun lebih mesra panggil Kak Linda aje."

"Puan Haslinda tak perlulah panggil nama penuh saya, panggil saya Fatin ataupun Arissa."

"Kalau macam tu saya panggil awak Fatin boleh kan?"

"Boleh Puan."

"Okeylah... mari sini saya tunjukkan tempat awak." Puan Haslinda bangun dan terus keluar dari bilik itu.Fatin Arissa mengikuti Puan Haslinda dari belakang.

"Okeylah, Fatin ini adalah tempat awak, saya harap awak dapat berkerja dengan baik ya sebab saya dengar awak ni seorang yang hebat orangnya."

"Err... tak adalah Puan, saya biasa-biasa je." Fatin Arissa tersenyum. Terdapat staf lelaki yang cuba mencuri-curi pandang kearah Fatin Arissa.

'Dah kenapa pandang aku macam tu!' getus hati Fatin Arissa.

"Assalamulaikum semua, perkenalkan ini Fatin Arissa. Dia adalah staf baharu kita. Jadi kalau Fatin ada apa-apa masalah saya harap awak boleh lah bantu Fatin Arissa." Puan Haslinda bersuara memperkenalkan Fatin Arissa.

"Okeylah, Fatin saya pergi dulu ya..kalau apa-apa cakap je dengan saya," balas Puan Haslinda sebelum pergi meninggalkan Fatin Arissa.

***********

Fatin Arissa memandang ke kiri dan kanannya. 'Apahal semua pandang aku macam tu? Aku ada buat salah ke atau baju aku pakai ni ada koyak kat mana-mana? ' Fatin Arissa melihat pakaian. 'Tak ada pula koyak ini yang buat aku musykil ni,' bisik hatinya lagi.

"Hai Arissa, nama saya Ain Arissa. Awak boleh panggil saya Ain," tegur Ain yang merupakan staf yang berada dihadapannya.

"Nama kita hampir sama kan," senyum Fatin Arissa.

"Kan..tapi saya lebih selesa dipanggil Ain. Hm... Fatin nanti jomlah kita pergi makan sama-sama nak? Saya belanja," tawar Ain.

"Boleh jugak nanti bila saya dah dapat gaji saya pulak belanja awak."

"Itu lebih baik, Arissa saya gurau je la. Saya ikhlas belanja awak makan, tunggu tau nanti!" Ain tertawa kecil.

"Okey," balas Fatin Arissa.

***********

Tepat waktu makan Ain sudah menarik lengan Fatin Arrisa membawa restoran yang terdekat. Sedang asyik berjalan tanpa disedari Fatin Arissa telah terlanggar seseorang sehingga kakinya jatuh terseliuh.

"Arrisa awak okey tak?" Ain mulai panik.

Lelaki berkaca mata itu hanya mendiamkan dirinya. "Maaf Tengku, dia memang tak nampak!" Ain pula meminta maaf sepatutnya Fatin Arrisa yang perlu berbuat demikian.

"Tak apa, saya pun salah juga sebab tak nampak." Kata Tengku Qalif.

Ain membantu Fatin Arrisa untuk bangun. Fatin Arrisa wajahnya sudah ketat semacam.Tiba-tiba saja mood dia berubah seratus peratus. Alangkah terkejut Tengku Qalif melihat Fatin Arissa dihadapannya. "Dia lagi.!"

Fatin Arissa memegang pinggangnya yang sakit. Dia menjeling tajam Tengku Qalif. "Encik lagi, semalam Encik nak langgar kereta kawan saya sekarang Encik pulak yang langgar saya!" bebel Fatin Arissa sambil menuding jarinya pada Tengku Qalif. Staf yang lain hanya memerhatikan tingkah Fatin Arissa yang berani meninggikan suara pada Tengku Qalif.

"Awak, saya minta maaf pasal semalam. Kalau awak tak keberatan marilah ikut saya. Kita makan tengah hari sama-sama nak?" tawar Tengku Qalif kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Tak nak, tak apalah Encik boleh ajak Ain seorang je, saya tak nak!" bentak Fatin Arissa.

"Ain, dia ni pekerja baru di syarikat saya kan?" tanya Tengku Qalif.

"Apa? Maknanya dia ni bos aku la." Fatin Arissa mengerutkan dahinya.

'Habislah aku, patutlah orang pandang aku lain macam rupanya aku dah tinggikan suara dengan bos aku sendiri!' getus hati Fatin Arissa.

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience