BAB 2

Romance Series 3215

"Fatin esok kau jadi tak pergi syarikat tu?" soal Nasuha kawan baik Fatin Arissa.

"Insha-Allah jadi kot,kenapa?"

"Tak adalah, aku pelik jugak dengan kau ni. Iyalah kau dah elok-elok kerja tiba-tiba nak berhenti. Tak ke pelik namanya tu."

"Kau tak tau ke? Sebenarnya aku dapat tawaran la, jadi esok pagi aku kena lapor diri di tempat baru." kata Fatin Arissa matanya memandang televisyen.

"Ouh, ehh aku dengar mamat kulit kayu tu kacau kau lagi kan?" tanya Nasuha sambil mulutnya mengunyah keropok inginkan kepastian.

"Mamat kulit kayu tu siapa wei?" Fatin Arissa mengerutkan dahinya memikirkan siapakah gerangan Mamat kulit kayu itu.

"Bekas suami kau la."

"Ouh, tapi kenapa kau gelarkan Mamat tu, mamat kulit kayu?" Fatin Arissa menjadi hairan.

"Sebab dia muka tak tahu malu! Orang dah tak nak dia tapi dia terhegeh-hegeh dengan orang, kalau aku la kan malu siot!" bebel Nasuha.

"Mamat kulit kayu tu masih lagi ganggu aku tapi kali ni dia ganggu Kak Long aku! Kau rasa? Mentang-mentanglah aku pernah tinggal dekat situ! Nak je aku rejam dia dalam lumpur tu!" Fatin Arissa mengenggam buku lima geram.

"Sabar la Fatin, aku tahu perangai kau gila-gila tapi kau jangan nak buat kerja gila."

"Tengoklah kau dengan kakak aku sama je. Suruh aku kawal kemarahan, please lah aku bukannya panas baran macam mamat kulit kayu tu."

"Kau tak panas baran? Habis tu masa kau hampir nak pukul mamat kulit kayu tu dengan kayu besbol apa cerita?" Nasuha mulai mengungkit kisah lama.

"Kau tau kan aku pernah kena hina masa tu, ada ke patut dia kata aku ni perempuan tak setaraf dia. Sorry sikit dia kaya pun sebab harta mak bapak dia." Jeling Fatin Arissa menyampah.

"Jadi, kau rasa nak kahwin lagi tak?" usik Nasuha.

"Entahlah, malas nak fikir pasal benda tu. Sekarang ni aku nak fokus dekat kerja je tau!"

"Macam ni la kawan aku, semangat tu kena ada! Chaiyokk Fatin!" Nasuha mengenggam tangannya memberi semangat pada sahabatnya.

"Weh, malam ni nak tak?" Fatin Arissa mengangkat keningnya merancang sesuatu.

"Kenapa malam ni?"

"Jom aku belanja kau makan nak tak? Muka kau tak nak aku belanja makan, memang tipu la jawabnya, jadi erk malam ni?"

"Tau pun, okey malam dekat restoran mana?"

"Kedai mamak dah la." balas Fatin Arissa.

"Mamak pun mamak la, janji ada orang belanja makan."

"Tahu pun." Fatin Arissa meneruskan menonton drama yang ditayangkan ditelevisyen.

**********

Kereta dibawa perlahan dipandu oleh Nasuha. Mata Nasuha sudah berat kerana mahu tidur. Nasuha memang begitu selepas makan mesti matanya secara automatik akan terlelap.

"Wei, Nasuha! Kau bawak kereta tu elok-elok boleh tak? Kalau dah mengantuk bagi aje lah aku bawak." tegur Fatin Arissa menolak bahu Nasuha.

"Kau ni laa, kau tak nampak ke aku tengah fokus ni!" balas Nasuha yang tersedar apabila ditolak begitu.

"Fokus, kepala hangguk kau macamlah aku tak nampak kau nak tertidur ni!" bebel Fatin Arissa dalam hati.

Tiba-tiba sebuah kereta hampir melanggar kereta yang Nasuha pandu. Nasib baik sempat mengelak! Fuh... alhamdullilah tapi siapa yang bawak kereta tu?

Kereta mewah yang hampir melanggar kereta Nasuha tadi diparkirkan di tepi jalan. " Nasuha kau parking depan Nasuha," arah Fatin Arissa.

Seorang lelaki keluar dari kereta itu begitu juga Fatin Arissa keluar dari kereta Nasuha. Nasuha yang masih tercengang hanya mendiamkan diri didalam kereta.

Perasaan Tengku Qalif bercampur baur antara terkejut dengan rasa bersalah. "Assalamulaikum Encik,"ujar Fatin Arissa yang kini berhadapan dengan Tengku Qalif tetapi Tengku Qalif hanya mendiamkan dirinya.Dia benar-benar tak menyangka ada seorang wanita yang menyerupai Arwah Isterinya.

'Aik? Dah kenapa lelaki ni? Pandang-pandang aku, apa yang tak kena?' monolog hati Fatin Arissa.

"Suka hati Enciklah nak jawab salam saya ke tak. Tapi... kenapa Encik nak langgar saya tadi? Encik ada masalah ya?"

"Ya Allah, kenapa aku terlalu ikutkan perasaan ni? sedarlah Nurra dah tak ada." Tengku Qalif membuang perasaannya jauh-jauh.

'Aku ni cakap dengan orang bisu ke?' gumam hati Fatin Arissa.

"Encik!" Panggil Fatin Arissa dengan nada tegas sehingga mengejutkan lamunan Tengku Qalif.

"Maaf cik saya tadi tak sengaja. Saya betul-betul minta maaf pada cik." Tengku Qalif memohon maaf.

"Encik, saya tahulah kereta Encik besar mewah tapi janganlah sampai nak langgar kereta kami yang tak seberapa ni," kata Fatin Arissa.

"Saya betul-betul minta maaf kalau ada apa-apa kerosakkan, saya sanggup bayar gantirugi." tawar Tengku Qalif.

"Hmm, tak apalah Encik saya nak balik dulu lagi pun dah lewat malam pun. Esok saya nak kerja lagi."

"Baiklah kalau cik kata macam tu."

"Assalamulaikum." Balas Fatin Arissa masuk ke dalam kereta semula.

Tengku Qalif meraut wajahnya. Benar-benar tak sangka dia dapat berjumpa dengan seorang wanita yang wajahnya mirip Arwah Isterinya Tengku Nurra. Tengku Qalif membuang jauh fikiran tadi dia meneruskan perjalanan ke rumah.

**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience