BAB 2

Romance Completed 5721

‘’Eh masih dekat-dekat sini lagi, ingakan saya dah blah jauh dari awak. Apa lagi awak nak ni, sudahlah tu. Saya dah kata lupakan je kan? Untung saya tak minta awak ganti yang satu lagi tu. Kalau tak menononglah awak cari sampai ke hujung dunia. Sekarang boleh tak awak blah je?’’ bentakku sedikit keras. Kali ini aku benar-benar marah.

Bagaimana episode pecah memecah berderai sang burung Crane sepasang ini berlaku?

Alkisahnya begini, beberapa jam sebelum aku terbang ke Malaysia, aku dengan penuh bersemangatnya membeli sepasang perhiasan Kristal burung Crane untuk dihadiahkan pada teman lelaki aku Daud. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Daud. Aku punyalah bawa dengan penuh bersemangat alih-alih sebaik tiba di Malaysia boleh pula aku berlanggar dengan mamat ni dan jatuh berderaianlah burung crane Kristal aku tu.

Aku pun tak faham kenapa ia boleh jatuh sampai berderai sebegitu sedangkan ia disimpan di dalam kotak yang tahan jatuh dan gegaran. Mungkin sudah takdir kan, apa nak buat. Hancur luluh hati aku sama hancurr macam perhiasan yang berkecai tu.

‘’But..’’

‘’Enough!’’ aku sudah tak mampu untuk mendengar perkataan maafnya. Satu persatu perkataan itu buat aku berang bagai nak bedal je mamat ni.

Dan dengan itu, aku turut membatalkkan date aku dengan Daud kerana aku dilanda kemurungan kesan dari barang yang aku beli berkecai atau boleh jadi aku terlayan pada andaian bahawa jodoh kami tak panjang. It’s a sign right?

‘’Sudahlah fikir benda merepek tu Yasmine,’’ pujuk hatiku.

‘’KNOCK KNOCK KNOCK

Mama menguak daun pintu bilikku.

‘’Eh Mama,’’ aku bingkas bangun dari pembaringan.

‘’Kenapa anak mama ni? Cakap sorang-sorang pula.

“Ish adakah cakap sorang? Takdelah mama,’’ aku menafikan. Aduh macammanalah mama boleh dengar.

“Banyaklah cantik muka kamu nak tipu mama, mama dengarlah tadi.

Aku cuma tersengih macam kerang busuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience