BAB 1

Romance Completed 5721

Kcanggg!!

Terlopong mulut semua yang ada disitu menyaksikan satu-satunya perhiasan burung Crane yang diperbuat daripada Kristal buatan tangan yang terdapat di kedai perhiasan Roosik&Co di ibukota Paris itu jatuh berderaian. Aduh apakah malangnya nasib aku ni.

Baru dua jam yang lalu tuan empunya kedai Mr. Achille menyatakan perhiasan burung Crane ini datang sepasang dan menurut kepercayaan mereka jika kita menghadiahkan satu lagi kepada pasangan ia boleh membawa kepada hubungan jangaka panjang, forever and ever katanya. Yalah tu so called long lasting relationship.

Masalahnya sekarang ini, bagaimana aku nak tengok kebersanan kepercayaan dia bila perhiasan yang aku nak beri pada si dia sudah jatuh berkecai. Belum sempat nak test power dah berkecai. Sudahnya ia jadi sekadar kepercayaan tahyul kan? Ataupun ia petanda buruk bahawa sebenarnya aku dan dia tiada jodoh.

‘’Maaf ya cik, maaf,’’ berulang kali mamat ni meminta maaf padaku.

“It’s okaylah dah pecah berderai pun awak nak kata apa. Takde rezeki nak simpan benda tu nak buat macam mana,’’ ujrku cuba memujuk hati sendiri dan dalam masa yang sama tak mahu dia terlalu merasa bersalah memikir benda yang dah jadi.

‘’Mesti mahal Kristal tu kan, biar saya ganti ya,’’ pujuknya.

‘’Tak perlulah, benda tu buatan tangan dan limited edition tadi cuma tinggal sepasang. Sudah tak ada yang sama lagi. Awak carilah ceruk mana sekalipun takkan dapat jumpa punya. Kalau awak ganti dengan wang ringgit pun ia takkan dapat menggembirakan saya. Benda yang saya nak tu dah pecah dan wang pun tak mampu jadikan ia sebagai galang ganti. Forget about it,’’ aku terus berlalu meninggalkannya yang seakan tergamam. Baik aku segera blah dari lebih banyak perkataan yang aku luah, boleh jadi ia akan mengguris hatinya nanti.

“Wait cik, yes I know that you can afford everything but doest mean that I will let this thing slide just like that. .’’Eh mamat ni degil betul Aku dah kata tak ada galang ganti apa lagi yang kau tak faham.

‘’Suka hati awaklah, awak buatlah apa cara sekalipun ia tak dapat ganti benda tu. Lupakan saja. ‘’ aku menghayunkan kaki segera meninggalkan mamat tu .

Apakah ini adalah petunjuk dari Allah yang ingin menunjukkan padakau bahawa Daud bukanlah jodoh untukku? Aku tak mahu percaya sangat dan mengiyakan teori yang diberitahu oleh Mr. Achilles tapi arghhh stress betul. Takkan lah teori merepek pasal burung Crane ni buat aku hangin dan layan dia macam tu. Benda nak jadi kan? Bukannya Daud sengaja nak jatuhkan benda tu.

“Cik,…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience