BAB 4

Romance Completed 5721

‘’Sihat ke guys?’’ Lalu dibalas dengan anggukan tak kurang juga yang menjerit ‘YA’ he he he dah macam cikgu sekolah pula.

‘’Nah guys ni ada ole-ole untuk semua. Ada tiga bakul makusdnya ada tiga item jadi setiap seorang kena ambil satu from each bakul ni ya,’’ terangku lagi lalu dibalas dengan sorakan gembira mereka.

Dan tiada apa yang dapat menggembirakan aku melihat kegembiraan mereka, sebagai ketua mereka ini adalah salah satu bahagian kecil untuk mereka yang telah berkhidmat setia dan dedikasi pada syarikat mama.

‘’Cik, what about me? Saya boleh ambil juga ke?’’ ada satu suara yang baru menyapa ku di ofis ni tapi aneh macam aku pernah dengar suara ini sebelum ini. Tapi mindaku slow untuk mengingatnya. Aku toleh ke belakang dan melihat sosok tubuh lelaki yang menjengkelkan aku semalam. Ya mamat yang pecahkan perhasan limited edition aku tu!

‘’Kau? Apa kau buat kat ofis aku ni?’’ tanyaku kaget. Takkkan sampai ke ofis aku dia datang nak minta maaf?

‘’Saya kerja di ofis ni cik takkkan nak bersiar-siar pula atau nak cari perhiasan Kristal awak pula?’’ Aduh kau ni main kasar namooak, bengkak di hati aku belum kebah lagi kau nak sakitkan ye.

‘’Apa awak buat kat sini cik? Awak kerja kat ofis ni kea tau datang melawat client? Tapi judging dari cara awak belikan souvenirs tu mestilah awak bekerja di sini kan dan nampak gayanya ramai yang menghormati awak di sini.’’ Bicaranya jujur.

Eh dia ni memang betul-betul naif agaknya, agak slow pula dan aku malas pula nak terangkan lebih panjang kat mamat ni.

‘’Itu dah panggilan biasa, takkan nak panggil dia makcik pula?’’ sampuk Malik, adik lelakiku yang entah dari mana muncul. Makcik dia kata? Main kasar juga adik aku ni.

“Selamat pagi Long, buah tangan dari Paris ada tak? Jangan lupa deal kita ya sis, tiket honeymoon ke kota cinta tau,’’ eh nak berapa juta kali ingatkan aku ni, agak-agaknya otak orang yang nak kahwin ni memory dia slow kot. Setahu akulah kakak yang menepati janji bukan macam adik aku ni, berduit je tapi kedekut.

“Berapa kali nak cakap, don’t call me Along here, by the way im feeling good than ever and yes Paris is still waiting for you and your love one.’’ Balas ku malas, kalau aku malas bicara tu fahamlah Malik yang aku tak ada mood sangat.

Aku membiarkan sahaja Malik dan mamat yang belum ku kenali namanya itu berbicara dan aku beredar meninggalkan mereka berdua dan masuk ke pejabatku.

Banyak lagi kerja menantiku.

‘’Cik Yasmine, sudi tak kalau kita keluar lunch sama-sama?’’ pelawanya membuat aku terkejut denngan tidakan berani mamat ni. Banyak cantik muka kau, marah aku ni kat kau belum kebah tau. Asal tengok muka kau asyik nak marah je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience