BAB 6

Romance Completed 5721

‘’Eh bukan untuk awak, itu untuk umum tau,’’ balasnya namun aku segera angkat kaki membayar makanan dan terus meninggalkan dia. Lebih baik aku blah dari layan mamat yang suka menyakitkan hati ni. Tapi dah kenapa aku perlu bengang dan terkesan dengan layanan dia. Takkan aku nak merajuk pulak? Eh merepek betul. Takkan nak suruh dia mengaku yang kata-kata sweet tadi tu dia tujukan untuk aku kan? Aku lah orang tercinta dia kan? Eh dahlah Yasmine, melalut dah kau ni.

‘’Amboi, cik Yasmine merajuk ke?’’ perlinya.

‘’Hello buat apa saya nak merajuk, banyak benda penting di dunia ni nak kena urus selaind ar merajuk, sebagai contoh petang ni saya ada mesyuarat, ada client yang perlu diutamakan dari awak,’’ bicaraku sinis sekdar mahu menutup kecelaruan hati diri sendiri sebenarnya.

‘’Okay baiklah kalau macam tu, drive safely ya dan kalau jatuh bangun sendiri.’’ Ujarnya lagi cuba untuk bergurau namun ada nada hampa d balik bait kata-katanya itu.

Sudah 365 hari berlalu sejak aku mengenali jejaka bernama Andra Aryan ini. Sejak petemuan pertama kami lapangan terbang dan kini dah masuk lima bulan sejak dia meninggalkan syarikat ini. Sudah tiada lagi kelibat lelaki yang suak mengusikku. Dulu aku selalu mengelak ari bertemu dengan dia namun selepas dia pergi hatiku mulai gundah gulana dan terasa rindu untuk bertemunya. AKu taks edar akan perasaan ini sebelum ini namun ia semakin kuat bila wajah Andra sudah tak lagi berlegar depan mata.

Kerna dia, aku melalukan solat hajat dan istikharah mohon untuk diberi ketenangan dan petunjuk, aku malu untuk mengungkap kan cinta namun hatiku kuat menyatakan dia adalah pilihan yang terbaik untukku. Ras rindu semakin bergelora untuk bertemu.

Yasmine dara pujaanku,

Aku ingin kau tahu bahawa aku mulai jatuh hati padamu sejak kali pertama kita bertemu. Ada sesuatu tentangmu yang menggoncangkan keamanan jiwaku. Kau membuat aku semakin berkobar-kobar untuk memiliki srikandi hidupku. Marahmu, jelingan mu, senyum tawa dan tangismu menjadi lagu yang menghiburkan jiwaku. Pertemuan sekali lagi membuat aku yakin bahawa kau adalah bidadari yang diutuskan untukku.Sungguh aku mahu memiliki dan mendapatkan cintamu.

Ya benar kita belum berkesempatan untuk berkenalan dengan lebih dekat namun aku berharap yang kau sudi menerima cintaku dan diriku sebagai suamimu. Semoga hati mu terbuka untuk menerima cintaku dan mencintai diri ini.

Maafkan sekiranya sepanjang pertemuan kita dulu, aku banyak melukakan perasaanmu Yasmine dan adakalanya seperti enggan berpahut atau tak mahu terlalu rapat kerana bimbang ia hanya akan menanam harapan dalam dirimu. Usai aku benar-benar yakin barulah aku kembali dengan perancangan yang rapi untuk menyunting si dara pujaan. Maafkan aku meminangmu tanpa pengetahuan mu dan ada sesuatu istimewa untukmu. Aku sudah tak sabar untuk menjadi suamimu.

Ikhlas,

Andra Aryan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience