BAB 7

Romance Completed 5721

Sudah tujuh hari berlalu sejak aku menerima jambangan Bungan dan kad ku terima dari dia selepas ada keluarga yang datang menghantar pinangan kepadaku. Masih aku ingat hari tu aku baru balik dari bertemu dengan kawan-kawan seuniversiti dan alangkah terkejutnya aku bila melihat rumahku dipenuhi tetamu yang merupakan rombongan keluarga Andra. Aku menerima pinangan Andra dengan penuh gembira setelah mengetahui empunya badan yang mahu menyuntingku.

Ya seminggu dirisik dan hari ini pula kami bernikah. Bukan gelojoh tapi ini pun atas persetujuan kedua-dua belah pihak yang mahu benda baik ini disegerakan. Aku haya menurut saja asalkan aku dapat bersama dengan jejaka pilihan hatiku.

Debaran kian terasa, hari yang dinanti sudah tiba. Pernikahan kami berlangsung di ballroom Hotel JW Marriot dan majlis resepsi juga dilakukan di tempat yang sama. Sungguh aku dierang panik, bimbang kalau majis tak berjalan lancer atau bimbang sekiranya Andra tiba-tiba lari. Namun aku banyakkan beristighfar, yakin bahawa ini adalah jodohku dan cinta Andra padaku tulus suci.

“Aku terima nikahnya Yasmine Binti Richardson Abdullah dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai”

Alhamdulillah, penantian dan doa-doa ku sudah didengar dan diberi jawapan daripada Illahi. Dan dengan rasminya aku kini bergelar isteri pada Andra Aryan yang saat ini sedang memandangku dengan penuh rasa kasih dan cinta.

Sempat aku memerhatikan barangan hantaran yang diberikan kepadaku, semuanya serba indah. Dihias dengan hiasan rona putih dan biru Tiffany. Namun mataku tertumpu pada hiasan burung Crane Kristal. Bundar mataku melihat hiasan tersebut beserta logo kedai perhiasan di Paris yang menjadi lokasi wajib setiap kali aku ke sana.

Sungguh sebak mulai menghimpit dadaku, betapa lelaki ini benar-benar mengotakan kata-katanya, aku tak ahu bagaimana cara dia menemukan hiasan itu namun dari situ aku sudah menemukan satu perkara, lelaki ini benar-benar mencintai ku seluruh jiwanya, dan aku juga akan menghamparkan rasa cintaku padanya. Satu-satunya.

‘’Sayang buat apa tu?’’ berdegup kencang jantungku saat mendengar suaranya membisikkan panggilan nama sayang it di telingaku sambil tangannya melingkari lembut pinggangku.

‘’Andra, saya..’’

‘’don’t call me Andra, im your husband, you can call me abang, my love or anything sweet that you want, im yours..’’ bisiknya lagi.

‘’What if I refuse tu do so?’’tanyaku dan seraya itu dia menggigit leherku dan seraya itu rangkulannya bertambah erat dan kami saling berbalas tawa.

‘’Abang, nak tanya boleh,’’ tanyaku malu dan disambut dengan senyuman gatal Andra yang begitu suka ku panggil abang.

‘’APa dia sayang?’’

‘Macam mana abang abang dapat perhiasan burung tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience