BAB 5

Romance Completed 5721

‘’Not its okay, kejap lagi saya ada date dengan someone,’’ balasku menolak pelawaannnya sedangkan hakikat sudah hampir sebulan aku berstatus single. Seminggu selepas aku balik dari Paris, aku bertemu dengan Daud.

Sikapnya mulai berubah dingin terhadapku bahkan sebelum aku ke paris lagi. Aku sudah bosan dengan sikapnya dan yang tak serius seperti yak komited pada hubungan kami. Aku ni orang perempuan, berkali-kali juga aku tanya dia tentang hala tuju hubungan kami, yelah masing-masing pun dah besar panjang takkan nak terus jadi pasangan kekasih kan?Kenalah upgrade. Namun tiada sebarang jawapan ataupun pelan masa depan. Dia macam tak serius langsung.

Jawapan ‘im not ready yet’’ membuat aku nekad memutuskan hubungan dengannya. Malah aku ada juga terdengar gossip-gosip yang memberitahu Daud sedang keluar dengan wanita lain. Tak mengapalah, cinta tak boleh dipaksa, kalau dia tak nak buat apa aku terhegeh-hegeh kan? Mungkin dia masih dalam fasa mencari pilihan yang tepat dan aku bukan orangnya.

Kami masih berkawan baik, putus cara baik itulah yang aku mahu. Tak guna bermusuh, dunia ni pinjaman sementara dan kecil sangat. Pusing-pusing kau akan jumpa orang tu juga. Aku harapkan dia akan jumpa yang terbaik untuknya dan aku sempat titip pesan pada di agar mendoakan aku juga.

‘’Okay fine,’’ jawabnya seraya beredar meninggalkan aku yang jual mahal.

Amboi cepat sangat kau mengalah, baru acah-acah terus nak blah. Lelaki jenis apalah ni, cuba sekali dah give up!

Aku menikmati makan tengahari seorang diri. Sedang aku ligat menjamah Spagetti Carbonara yang ku pesan, ada satu suara menyapaku dari belakang.

‘’Kacak betul teman temujanji awak ni, invisible rupanya. ’’ Gulp habis aku kantoi. Lama dia tenung aku yang terkesima dengan kehadirannya. Dia kemudian mengambil tempat duduk di sebelahku, kembali merengku dan menyambung semula bicara.

‘’Kalau dah jodoh, ke ceruk mana sekalipun atau awak elaklah macam mana sekalipun , tetap bertemu dengan orang yang tercinta. Kita merancang tapi Allah sebaik-baik peracang,’’ tuturnya lagi.

Terserdak aku mendengar kuliah sentap mamat ni. Tanganku meraba-raba mencapai gelas air limau ais namun segera dia mencapainya dan menyuakan padaku. Aku menghirupnya lalu berdehem membetulkan tekak.

‘’Kau ni kalau tak sergah aku memang tak sah kan?’’ marahku pada lelaki bernama Andra Aryan ini.

‘’Eh sergah ke atau awak terkejut melihat ketampanan saya ini? Tak salah pandang tapi janganlah salahkan saya yang hensem ini atas kesilapan awak.’’

‘’Banyaklah kau hensem, muka macam ulat gonggok ada hati nak membahan aku. Siap nak bagi ceramah kasih sayang pulak kat saya apahal? Nak jadi Ustaz Kazil Elias ke?’’

‘’Eh perasannya awak, bila masa saya bagi ceramah kasih sayang pula dan saya tak tujukan kat awak pun?’’

‘’Dah awak cakap depan public dan berdiri betul-betul di belakang saya sambil sembut perkataan tercinta bagai tu apahal? Masih nak tegakkan benang yang basah ke sekarang ni?’’ balasku sambil menjeling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience