BAB 6

Romance Completed 20460

Suatu hari butik Vie didatangi seorang pengurus peribadi golongan VIP untuk menguruskan perkahwinan anak nya. Vie menerima “job” dari golongan VIP itu. Segala persiapan Vie uruskan dengan teliti dan indah.

Farah Idora salah seorang model tanah air yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Farah selesa bekerjasama dengan Vie, mereka berbincang dan mencari idea bersama.

“Lagi 3bulan je lagi,sempat ke? Risau nya…” keluh Farah kepada Vie. Vie tersenyum

“Insyallah semuanya akan ok. I will do my best for you…”.

Akhirnya setelah 3bulan memerah otak dan tenaga untuk perkahwinan indah Farah Idora anak VIP pelanggannya itu akan berlangsung lagi seminggu.

“Aku happy sangat tengok pelanggan aku nak kahwin” luah Vie kepada sahabatnya Mira dan Intan, Liyana sudah berumah tangga dan terpaksa mngikut suaminya berpindah keluar kota kerana ditugaskan ke sana adat seorang polis tetapi mereka masih berhubung.

“Kau bila lagi Vie???” soal Mira, sambil tersenyum ke arah Intan. Vie hanya tersenyum dia tahu teman-temannya itu tidak sabar mahu melihat dia mengakhiri zaman bujang begitu jugalah hasrat keluarganya tetapi dia tidak bersedia lagi kerana luka lama masih berdarah.

Selama Vie menguruskan majlis perkahwinan Farah inilah kali pertama dia datang ke rumah Farah untuk menghias ruang majlis pernikahan kerana sebelum ini Vie menguruskan persiapan untuk majlis resepsi Farah disalah sebuah hotel ternama di Malaysia. Keluarga Farah amat ramah walaupun mereka dari golongan VIP.

“Jemput minum Vie rehat sekejap, kerja tu nanti boleh sambung” pelawa Puan Zahirah bonda Farah Idora. “Baik puan”sambil tersenyum Vie menjawab pelawaan Puan Zahirah.

“La tak perlu berpuan-puan ni panggil bonda ja” kata Puan Zahirah dengan loghat utaranya.

“Bonda tengok abang ni tarik-tarik rambut Farah”suara manja Farah mengadu tentang kelakuan abangnya.

“Tengok tu Vie dah nak kahwin masih lagi manja” luah Puan Zahirah kepada Vie. Vie hanya tersenyum sambil menikmati minuman yang dihidangka.

“Vie ini abang I Fakrul Idlan”tersentap jantung Vie mendengar nama itu. Vie cuba kuatkan diri untuk memandang kea rah Farah tetapi dia tidak kuat.

“Puan saya minta diri dulu ada barang tertinggal di butik saya baru ingat” Vie meminta diri dan berlalu pergi dengan pantas. Puan Zahirah, Farah dan abangnya masing-masing pelik Vie berlalu pergi.

“Kenapa bonda? Farah salah cakap ke?” soal Farah.

“Entahlah mungkin dia ada kerja penting perlu diuruskan”jelas Puan Zahirah walaupun dia sendiri tidak pasti kenapa Vie berlalu pergi.

“Ya Allah apa yang sedang engkau aturkan untuk aku??? Benarkah itu dia atau hanya nama yang sama… ” desis hati Vie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience