BAB 2

Romance Completed 20460

Mula-mula semua pelajar relek dengan kesejukan dewan tapi lama-lama muka semua menahan mahu ke tandas termasuklah Vie. Tatkala ketua pelajar bagi “green light” semua pelajar meluru keluar mencari tandas. Vie lari mencari tandas tanpa menunggu Mira, Liyana, dan Intan.

“kalau aku tunggu diorang alamat tahun depan baru aku dapat pergi tandas” rungut Vie di dalam hati. Dalam kelam kabut Vie, Vie ternampak satu pintu tandas. Dengan “confident” Vie masuk dan melepaskan segala hajatnya.

Bila Vie keluar pintu tandas alangkah terkejutnya Vie semuanya lelaki. Semua memandangnya dengan penuh tanda tanya. Vie dengan muka selamba Vie “say sorry” dan berlalu dari situ. Vie ingat diorang lupakan je peristiwa tu tapi lain jadinya bila salah seorang senior memanggilnya naik ke pentas dan menceramahkannya.

“kalau ye pun dah tak tahan… tengoklah “sign board” dulu, ke ada masalah penglihatan??? jangan main langgar je…” panas sindiran Fakrul Idlan Dato Ikram tepat ke muka Vie.

“Tunggu kau.. hari ni hari kau.. kau tak kenal lagi Aina Vanda Diana Zahril Aiman” rungut hati Vie.

Minggu orentasi sudah berlalu dengan jayanya. Semua pelajar telah memulakan kelas masing-masing. Tetapi Vie memulakan operasi membalas dendam. Sepanjang minggu orentasi Vie mengambil tahu tentang Fakrul Idlan. Dendam akan terbalas hari ini.

“Mira, Liyana, Intan korang pergi dululah kelas aku tertinggal barang. Nanti kita jumpa dekat kelas” helah Vie untuk operasi balas dendamnya. Mira, Liyana dan Intan berlalu tanpa banyak soal. Vie pergi ke tapak “parking” mencari kereta Fakrul Idlan.

Vie memancitkan keempat-empat tayar kereta Honda Ek kuning milik Fakrul Idlan,bukan itu sahaja Vie mengukir karya seni di “body” kereta Fakrul tercatat tulisan “TROJAN”nama yang Vie beri kepada seniornya itu kerana rambutnya yang sentiasa terpacak .

“Padan muka kau! Lain kali jangan main-main dengan Aina Vanda Diana” desis hati Vie.

Vie ke kelas dengan muka selamba. Waktu petang adalah waktu beriadah bagi palajar kampus. Setiap pelajar mengikut aktiviti riadah mengikut minat masing-masing. Vie memilih untuk mengikuti kelab olahraga kerana Vie memang aktif olahraga sejak dibangku sekolah lagi.

Petang itu satu kampus digemparkan dengan dengan amarah Fakrul Idlan gara-gara keretanya di sabotaj.

Suatu petang, hampir separuh semester Vie di kampus Fakrul Idlan mencarinya di padang tempat olahraga berlatih.

“Apa masalah kau? Kau junior tapi dah berani cari pasal dengan senior kau. Tak padan dengan perempuan perangai macam jantan!” herdik Fakrul Idlan tepat ke muka Vie.

“Woi!! Kau apa hal? Datang tak bagi salam main hembus je” balas Vie.

“Kau tak payah nak wayang! Kau kan yang pancitkan tayar kereta aku? Kau yang tulis perkataan TROJAN tu!!! ” marah Fakrul.

“Hahaha… So apa kena mengena kereta kau dengan aku? Perangai kau yang tak betul salahkan aku pulak” balas Vie dengan sinis.

“Kau jaga! Siap kanlah diri kau!” amaran tegas dari Fakrul.

“Ada aku kisah!!” jerit Vie disaat Fakrul berlalu pergi.

Kini tahun kedua Vie di kampus. Segalanya berlalu,walaupun Fakrul Idlan memberi amaran keras kepada Vie. Dia tidak berbuat apa-apa, mungkin malas memanjangkan petengkaran dengan Vie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience