BAB 4

Romance Completed 20460

Imran rakan sekelas Vie yang pernah menyatakan perasaan cintanya kepada Vie tetapi di “reject”. Walaupun pernah ditolak cintanya Imran masih bersahabat dengan Vie seperti biasa. Walaupun Vie telah berubah tetapi hatinya masih tidak ingin menerima cinta.

“Vie!!” jerit Liyana. Vie menoleh ke arah Liyana yang menuding jarinya ke arah sekumpulan pelajar senior. “Biarlah diorang aku malas ambik “port” tentang diorang” balas Vie ringkas.

“Best giler perkhemahan ni” kata Mira yang kini menjadi buah hati Shafiq budak paling terejal di dalam kelas yang kini menjadi baik kerana penangan cinta Mira.

Vie tersenyum tanda setuju. Liyana dah jadi tunangan orang, tunang dia seorang anggota polis. Sedegil dia melekat jugak dengan abang polis yang tegas. Intan walaupun blur dah ada buah hati dikampungnya yang menunggu Intan tamat belajar.

Vie je yang masih single mingle. Vie bingkas bangun dari batu tempat dia duduk tatkala melihat kelibat Fakrul Idlan menuju ke arahnya. Vie tergelincir lalu jatuh ke dalam ait terjun yang dalam itu. Vie tersedar dari pengsannya. Mira, Liyana dan Intan memandang Vie dengan wajah cemas.

“kau ok tak Vie?” soal Mira kepada Vie. Vie mengangguk.

“Kau tau tak siapa hero kau?” soal Liayana sambil tersenyum. “Siapa?” soal Vie. ” Fakrul Idlan ” balas Intan pantas.

Semenjak itu hubungan Vie dan Fakrul menjadi akrab. Kemana sahaja berdua macam belangkas. Bibit-bibit cinta mula terkias. Bak kata pepatah orang tua-tua “jangan dibenci orang nanti jadi laki”.

Setelah lama mereka berteman akhirnya Fakrul akan menamatkan pengajiannya dan memasuki alam pekerjaan.

” Minggu depan minggu akhir aku di kampus” jelas Fakrul kepada Vie sewaktu mereka melepak di padang olahraga. Vie hanya tersenyum tanda memahami.

“Aku ada sesuatu nak cakap sebelum aku tamat belajar” balas Fakrul.

“Sebenarnya aku dah mula suka kan kau semenjak minggu orentasi lagi. Setiap apa yang kau lakukan menarik perhatian aku. Walaupun kita pernah bergaduh minat aku pada kau tak pernah berubah” jelas Fakrul Idlan kepada Vie yang terpinga-pinga mendengar pengakuan ikhlas Fakrul..

Vie tidak membalas dan memilih untuk mendiamkan diri sambil mendengar kata-kata indah yang dilafazkan oleh insan yang dia telah mulai sayang.

“Ada seperkara lagi Vie” Fakrul tunduk seperti susah untuk dia berkata-kata.

“Surat berantai yang menyebabkan kau dihukum Puan Indah tu kerja aku. Aku terlalu marah dengan tindakan kau memancitkan tayar kereta aku. Sikap kau kebudak-budakan. Tapi tanpa aku sedar tindakan aku juga kebudak-budakan” jelas Fakrul kepada Vie dengan penuh teliti.

Vie berlalu dengan wajah yang tenang tanpa memberi sebarang jawapan kepada Fakrul. Panggilan dan mesej dari Fakrul tak dibalas Vie. Pedih hatinya mengenangkan insan yang dia mulai sayang adalah insan yang dia cari selama ini. Mampukah rasa dendam menjadi sayang kini….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience