BAB 1

Romance Completed 20460

“Arghh..!! Aku kata tak suka, tak sukalah! Jangan paksa aku untuk terima kau” bentak Aina Vanda Diana “kenapa? Apa kurangnya aku? Kenapa kau batukan hati kau Vie? Bagilah aku peluang sekali sahaja untuk mendekati kau, aku tak kan mensia-siakan peluang itu.” rayu Fakrul Idlan.

“Aina Vanda Diana Binti Zahril Aiman!! Bangun kamu dah lewat untuk ke kolej baru kamu” suara ibunya mengejutkan puteri bongsunya, siap dengan nama penuh itu tandanya marahlah. Ibunya bukanlah seorang pemarah tapi tegas dalam membentuk peribadi puteri-puterinya.

Aina Vanda Diana atau lebih dikenali dengan panggilan Vie. Seorang yang susah bangun pagi tapi apabila mendengar suara ibunya Puan Kartika macam lipas kudung Vie bangkit dari tidurnya. Vie merupakan anak bongsu Encik Zahril Aiman dan Puan Kartika. Vie mempunyai rupa yang menawan tapi mempunyai perwatakan lelaki. Dia seorang yang degil dan ego.

Encik Zahril Aiman dan Puan Kartika mempunyai tiga orang puteri. Kakak Vie yang pertama Aina Vanda Daniella berada di Pert, Australia mengikut suaminya Syed Ikmal seorang ahli perniagaan. Setahun sekali barulah mereka pulang ke Malaysia itu pun untuk beraya bersama keluarga. Mungkin abang ipar Vie sibuk dengan kerjanya.

Kakak Vie yang kedua Aina Vanda Danisha berada di United Kingdom bagi melanjutkan pelajarannya. Vie adalah pengarang jantung ayah dan ibunya sebab itulah Vie mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di dalam negara sahaja. Ehh.. bukan anak manjalah, tapi Vie tak minat dengan cara hidup negara asing.

Habis sahaja tingkatan 5 Vie melanjutkan pelajaranya disalah satu kolej di dalam negara. Hari pertama sampai di kolej, ayah mengeluarkan satu arahan wajib

“Vie jangan curi-curi potong rambut lagi lepas ni. Kalau Vie berdegil ayah potong elaun Vie”.

“Aduh… tu yang aku tak suka tu” rungut Vie di dalam hati tetapi melemparkan senyuman kepada orang tuanya. Simpan rambut panjang.rimas betul. Dari sekolah rendah lagi Vie memang tidak suka berambut panjang. Kawan-kawan Vie semuanya lelaki. Nak tak nak arahan bos besar kena jugaklah Vie ikut kalau tidak tak adalah elaun Vie.

Hari pendaftaran pelajar baru.

Setiap pelajar baru diwajibkan untuk tinggal di asrama. Dalam bilik Vie ditempatkan bersama tiga orang pelajar perempuan lain. Semua berlainan sifat. Mira seorang wanita bertudung dan sopan orangnya. Liyana seorang wanita yang sosial dan keras kepala. Intan seorang yang lurus bendul, kalau cakap dengan dia lambat betul “pick-up” tapi belajar “tip top”.

Hari pertama minggu orentasi lagi nama Vie sudah menjadi sebutan. Bukan kerana Vie “top” tapi kerana Vie tersalah masuk tandas pelajar lelaki. Hari pertama orentasi semua pelajar ditempatkan di dalam sebuah dewan berhawa dingin untuk sesi suai kenal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience