BAB 3

Romance Completed 20460

Suatu hari.

“Vie Puan Indah panggil kau ke biliknya sekarang” kata Liyana disaat dia baru pulang dari kampus. Puan Indah adalah Pensyarah Ekonomi Vie. Seorang yang cerewet dan banyak mulut.

“Ya Puan.. Liyana kata Puan panggil saya” kata Vie dengan penuh tertib kepada Puan Indah.

“Ya.. duduk Vie” balas ringkas Puan Indah. Dari riak wajah Puan Indah, Vie tahu gunung berapi bakal meletus. Tepat jangkaan Vie. Puan Indah membebel bagai bertih jagung baru masak. Dia marahkan surat berantai yang tersebar dengan nama Vie yang membencinya. Puan Indah tidak mengambil tindakan tata tertib tetapi memberi tugasan tambahan kepada Vie. Vie dengan muka redha menerima tugasan iu.

Vie terima bukan kerana Vie bersalah tetapi Vie tak tahu bagaimana mahu menepis tuduhan itu kerana semua bukti menunjukkan dia memang bersalah. Seminggu Vie keletihan, terkejar-kejar ke kelas dan perpustakaan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan Puan Indah.

“Akhirnya siap jugak” kata Vie dengan nada lega.

“Vie kalau kau tak buat surat berantai tu siapa yang buat agaknya?” tanya Intan dengan muka blurnya itu.

“Aku pun tak tahulah.. Siapa yang buat kerja ni. Kalau aku tahu……” rungut Vie dengan nada geram.

“Salah aku jugak suka cari pasal dengan budak-budak kampus. Salah sikit aku meroyan bagai nak terbalik kampus” kata Vie di dalam hati.

Suasana bising dengan perbualan pelajar sesama sendiri sementara menunggu pensyarah mereka masuk ke kelas.

Di suatu sudut

” La kau ni apa hal?? Cinta cintun ni pe hal?? ” bentak Vie.

“Aku suka kau… Aku sayang kau Vie… Bagilah aku peluang…” rayu Imran peminat fanatik Vie.

“Kau ni karang aku belasah jugak karang… berambus sana” ucapan kasar Vie tiap kali ada perayu cinta.

Huru hara kampus tiap kali Vie mengamuk, perkara kecil atau besar bukan ukuran pada Vie. Yang dia tahu dirinya jangan diganggu. Ada satu peristiwa pelajar perempuan mengumpat tentang sifatnya yang menyerupai lelaki. Sampai menangis pelajar-pelajar perempuan itu dikerjakan nya. Mana tak nya mulut orang tu di cilikan nya.

Sebagai menghargai pelajar pihak kampus menganjurkan satu perkhemahan. Vie, Mira, Liyana dan Intan juga menyertai aktiviti itu. Sebelum ini perangai Vie tak ubah macam jantan lama kelamaan sifat kewanitaan Vie terserlah.

Mungkin berkat doa ibu dan ayahnya. Kini rambut Vie panjang mengurai persis wanita melayu terakhir. “sakitlah…” rungut Vie tatkala Imran rakan sekelas Vie menarik rambutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience