BAB 5

Romance Completed 20460

Setahun berlalu, Vie menjadi pendiam. Fakrul Idlan tidak lagi mengganggunya. Fakrul Idlan hanya menunggu hari “reunion” kerana hari itulah dia dapat melihat lagi wajah insan yang dia rindui. Wajah pujaan hatinya yang masih marah dengan tindakannya.

“Vie Puan Indah minta kita “handle” majlis “reunion” senior. Dia nak kau “incharge” kata Mira yang menyampaikan arahan Puan Indah.

“Aku malas” ringkas balas Vie. “Kau takut terserempak dengan dia??” soal Mira.

“Siapa kata aku takut. Aku cuma malas” balas Vie dengan nada tegas.

“Suka hati kaulah. Tapi aku tak nak jawab dengan Puan Indah. Kalau kau berani kau pergi bagi tahu dia sendiri” balas Mira selamba. Nak tak nak Vie terpaksa lakukan tugasan yang Puan Indah berikan padanya.

Hari “reunion” Vie la orang yang paling sibuk kerana dia orang kuat Puan Indah. Sedang Vie sibuk menyampaikan arahan kepada anak buahnya.

“Aina Vanda Diana” suara yang Vie cukup kenal dan rindu. Tapi kerana ego… Vie tidak menoleh dan cuba melarikan diri. Tetapi Fakrul Idlan pantas menyambar tangan Vie.

“I rindu U” ucap Fakrul Idlan dengan penuh rasa cinta dihatinya. “Lepaskan tangan aku. Aku dengan kau cuma satu sejarah. Kau buat hal kau, aku buat hal aku” jelas Vie dengan nada tegas.

“Aku sayangkan kau, cintakan kau. Bagilah aku peluang” rayu Fakrul.

“Arghh..!! Aku kata tak suka, tak sukalah! Jangan paksa aku untuk terima kau” bentak Aina Vanda Diana

“kenapa? Apa kurangnya aku? Kenapa kau batukan hati kau Vie? Bagilah aku peluang sekali sahaja untuk mendekati kau, aku tak kan mensia-siakan peluang itu.” rayu Fakrul Idlan. Vie berlalu tanpa menoleh lagi sepanjang pengajian Vie menjadi pendiam dan hanya sibuk dengan buku-buku nya. Vie akhirnya tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan.

Vie menjadi periang semula setelah kedua kakaknya mengambil keputusan menetap di Malaysia. Tanpa Vie sedar itu adalah kerana sahabat-sahabatnya menemui kedua orang tua Vie dan menceritakan segalanya. Mereka tidak sanggup melihat Vie menjadi murung,mereka selesa dengan Vie yang periang walaupun angin satu badan selalu.

Vie kini mempunyai perniagaannya sendiri walaupun kerjaya yang dia pilih kini tidak ada kena mngena langsung dengan subjek yang dia “study” dulu. Vie memilih untuk membuka perniagaan butik pengantin.

Vie kini menjadi seorang yang lemah lembut tapi masih lagi tegas. Vie sangat komited dengan kerjayanya. Secerewet mana pelanggan dia masih tersenyum…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience