BAB 8

Thriller Completed 4372

AKHBAR NASIONAL:

Seorang gadis berusia 24 tahun bernama Ilya Zaini binti Mohd Zain dipercayai dibunuh dan mayatnya dijumpai di sebuah rumah. Pada masa yang sama, sekujur mayat yang bernama Rania Alri binti Saidin Syed dijumpai di sebuah rumah agam.

Mayat tanpa seurat benang itu terbaring kaku di atas katil. Terdapat beberapa tompok darah yang dipercik di atas katil dipercayai datang dari bahagian sulitnya.

Merujuk kepada rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di rumah agam itu, mangsa dipercayai dirogol sehingga pengsan dan ditusuk sebilah parang pada bahagian perutnya.Siasatan mendapati Ilya juga dirogol di rumah miliknya sebelum dibunuh dengan cara yang sama.

Tidak cukup lagi, satu mayat lelaki yang juga berbogel dijumpai di dalam bilik air. Mayat yang diberi nama Johari bin Zaid itu dipercayai merogol Rania. Namun siasatan mendapati bukan Johari yang membunuh Rania mahupun Ilya.

Siasatan diteruskan lagi apabila menjumpai sehelai jubah hitam dan seraut topeng putih di dalam almari rumah milik Johari. Di mana mayat Ilya juga dijumpai di dalam itu.

Siasatan membuktikan bahawa Johari membawa Rania ke rumahnya sebelum bertindak merogolnya.

Bedah siasat juga membuktikan Johari membunuh dirinya selepas perbuatannya itu. Dikelar lehernya menggunakan parang yang dijumpai bersebelahan dengannya.

Apabila siasatan mula merumitkan, pihak polis mengambil langkah untuk membuat siasatan di kedua-dua rumah mangsa gadis itu. Pihak polis menjumpai parang di setiap rumah mangsa.

Apabila menggunakan kaedah DNA, cap jari yang ada pada ketiga-tiga bilah parang itu milik Johari.

Pihak polis menyifatkan kes ini sebagai kes terancang. Kerana bukti dijumpai di rumah Johari. Sehelai kertas yang dipercayai dikoyak daripada buku dan dibuang ke dalam tong sampah.

3 April 2014

Hari ni hari jadi aku. Aku gembira. Bila aku sampai pejabat, aku tak sengaja terdengar sesuatu bila aku nak pergi ke meja aku sebagai pekerja pejabat. Aku dengar bos kata nak pecat aku. Aku tersentak.

Terasa terbalik dunia ni. Dia kata lagi nak gantikan aku dengan perempuan nama Rania. Aku tak faham kenapa bos nak pecat aku. Aku pun jumpa bos.

Dia kata aku dah tak diperlukan lagi sebab dah penuh. Lagipun dia kata aku tak bagus, rugikan syarikat dia, sebab tulah nak pecat aku. Aku tanya lagi. Bos kata, semua ini permintaan bapak Rania. Sebab bapak Rania dengan bos kawan dia.

Masa tu, aku dah tak rasa hari tu hari jadi aku.

Aku pun dah berjanji aku akan dapat perempuan tu dan bunuh dia. Rania! Rania! Rania! Aku akan bunuh kau dan orang sekeliling kau! Kau tunggu ajelah!!!

Share this novel

ivywil
2019-08-05 22:00:48 

cerita ni best.. kalau ada masa sambung la.


NovelPlus Premium

The best ads free experience