BAB 4

Thriller Completed 4372

Tiba-tiba,…

Satu kelibat manusia berjubah hitam dan bertopeng anonymous meluru masuk , memecahkan tingkap kaca bilik lalu berguling ke arahnya. Rania menjerit ketakutan lalu termengah-mengah keluar dari bilik air.

Dia berlari dan terus memecut tanpa arah tuju. Rania sempat menoleh ke belakang, dan apa yang dilihatnya ialah sebilah parang dipegang oleh ‘manusia’ itu. Rania sempat mencapai sebalang pasu bunga apabila melewati dapur.

Rania tidak semena-mena membaling pasu bunga itu ke arah ‘manusia’ tanpa menoleh, namun sempat juga ditepis menggunakan parang itu. Rania semakin kecut. Pinggan, cawan, gambar, kerusi dan lain-lain dicampaknya, sehinggakan semuanya habis hancur berkecai dan berderai ditepis ‘manusia’.

Akhirnya Rania berjaya menerobos ke dalam bilik stor. Dikunci pintu itu. Lalu Rania tersepuk di tepi pintu.

Degupan jantung tidak perlahan. Tubuhnya sudah disirami peluh ketakutan. Hembusan nafasnya semakin berat.Tubuh kecil itu terpaksa berhimpit dengan barang simpanan stornya. Sedikit sesak.

Rania sempat menjeling ke arah celah pintu. Terlihat bayang ‘itu’ seperti bermundar-mandir.

Tiba-tiba pintu diketuk beberapa kali. Rania terus menekup mulutnya, mengurangkan bunyi hembusan nafasnya, dengan harapan tidak dikesan ‘manusia’ itu.

Sekeping surat mencelah di bawah pintu. Rania terus membaca isi surat tersebut.

Masih ingat lagi tak game apa ni?

Tersentak. Itu sahaja yang Rania boleh rasakan. Namun Rania faham akan maksud ‘manusia’.

Akan tetapi Rania tidak pernah pun mengenali manusia tersebut. Apa yang cuba dikatakan oleh ‘manusia’? Tidak cukup lagi bertuliskan dengan darah.

Rania mula berfikir. Ligat. Terbayangkan permainan video yang bernama ‘The Murder Asylum’s’.

Sebuah permainan yang berkonsep psiko thriller. Pemain perlu menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa bunuh psiko. Dan perlu membongkarkan identiti pembunuh tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience