BAB 5

Thriller Completed 4372

Mungkin ‘manusia’ itu cuba menghidupkan konsep psiko thriller. Tapi apa muslihatnya? Rania ligat berfikir kesimpulan meskipun dalam keadaan ketakutan.

Mungkin ini adalah ‘The MurderAsylum’s’ versi realiti…

“Ahhhh!!” Rania tidak dapat menahan jeritan takutnya apabila terlihat sebilah parang menusuk ke dalam pintu.

Sudahnya, Rania lari. Melompat keluar dari tingkap apabila ‘manusia’ itu mula menusuk bertalu-talu sehingga pintu itu pecah.

“Tolong! Tolong!” Rania teruskan larian tanpa arah tuju sambil melolong meminta bantuan.

Rania teruskan larian kaki ayamnya melalui jalan yang agak lenggang itu. Tidak mengendahkan kakinya yang tercalar bergesel dengan jalan yang berbatu dan berpasir.

Tidak menghiraukan apa sahaja yang membelakangi. Dalam hatinya hanya diseru ketakukan yang menggetarkan jiwa dan raganya. Langkahnya yang semakin perlahan menapak bersebelahan dengan pokok oak yang rendang. Jatuh melorot Rania kerana dadanya masih berombak, Semput.

Hembusan nafasnya tidak teratur. Kekura tangan mengesat peluh yang masih mencurah-curah membasahi tubuhnya. Sisa air mata ketakutan membasahi pipi semula dari tubir mata. Kakinya sudah tidak mampu memacak. Lenguh yang tidak terubat.

Matanya melilau mencari kelibat ‘manusia’. Tidak nampak sebarang lembaga yang muncul di tengah jalan lenggang. Ke manakah ‘manusia’?

Tiba-tiba mata menangkap sinar cahaya yang memancar. Menyuluh terang di jalan tar. Matanya ditenyeh jika tersalah lihat. Tidak, memang benar apabila cahaya itu semakin mendekatinya.

Apabila cahaya bulan yang disebalik awan hitam menerangi jalan, baru Rania dapat melihat dengan teliti. Cahaya itu akhirnya berhenti di hadapannya. Silau mata Rania dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience