Telefon rumah berdering buat kali kedua. Rania mengeluh panjang lalu memulakan bicara.
“Ya?”
“Aku nak kau pergi tengok kat luar tingkap kau.” sekali lagi suara garau lelaki itu berkumandang.
Rania pun naik rimas lalu mendekati tingkap besar rumahnya itu. Tangannya masih kukuh memegang gagang telefon.
Pemandangan yang biasa-biasa sahaja. Hanya kawasan perumahan teres berderet di luar.
“Tak ada apa-apa pun.” Rania mendekati mulutnya dengan corong telefon. Tiba-tiba panggilan terputus. Rania terus mengerutkan dahi . Terfikir yang gilakah ‘orang’ itu?
RING!!!!!!
Langkah Rania terbantut apabila telefon rumahnya sekali lagi berdering. Rania dengan perasaan bengang segera mengangkat panggilan.
“Hello!”
“Wei, apa kau terjerit-jerit ni! Aku nak call pun susah!” Rania terus lega apabila suara yang dikenalinya bergema dari corong telefon.
“Oh, sorry Ilya. Aku tak sengaja. Aku ingatkan ‘orang’ tadi.” Rania terus berasa bersalah.
“Orang mana?” Ilya tidak puas hati. Biasalah, anak emas mak ayahnya mudah merajuk.
“Tak ada apa-apa. Hah, apa yang kau nak cakap?” Rania memulakan bicara.
“Aku …” bicara Ilya terus terbantut dengan bunyi dengung. Rania hairan.
“Hello? Hello!”
“Kau tengok lagi dekat tingkap kau pulak!” sekali lagi suara misteri itu kedengaran. Rania terus tersentak. Perasaan takut juga terbit.
“Kau…!” bunyi dengung telefon menandakan panggilan terputus membantutkan Rania untuk berbicara. Rania geram lalu melepaskan gagang telefon.
Share this novel