BAB 6

Thriller Completed 4372

“Cik kenapa ni?” sapa seorang pemuda dalam lingkungan umur 20-an apabila motosikalnya dikunci.

Rania menjawab soalan itu dengan terketar-ketar. “Tadi saya dikejar sesuatu.”

“Dikejar sesuatu?”

“Ya, ada ‘orang’ kejar saya?”

“Siapa yang kejar cik?” dalam hati pemuda itu juga terbit rasa simpati.

“Tak tau. Tiba-tiba aje ‘dia’ kejar saya. Saya takut. ‘Dia’ masuk rumah saya lepas tu nak bunuh saya.” Rania mula sebak.

Pemuda itu mula berkocak rasa simpati. Terbit sedikit teuja dengan cerita gadis tiu.

“Hmmm, kalau macam tu apa kata cik buat repot polis?” Pemuda itu mula memberi cadangan.

“Tak boleh, sebab telefon saya dah pecah.” Rania mula teringat akan bagaimana telefonnya pecah semasa dia cuba membuat panggilan di celah dinding. Rania terpempan lalu mengadang tetakan ‘manusia’ sebelum Rania sempat cabut lari.

“Macam nilah, apa kata saya bawa cik pergi balai polis? Lagipun telefon saya habis bateri.” terselit ketawa kecil di hujung ayatnya.

Rania mengangguk sebelum bangun membonceng motosikal pemuda itu. Dan motosikal kapcainya itu menyusuri jalan lenggang pada pukul 12 tengah malam. Sudah pun malam Ahad.

Rania segera membuat laporan polis di saat tiba di balai polis berhampiran. Segala kejadian dan butiran diri diluahkan. Pemuda itu dapat menangkap sayup-sayup nada takut pada bicara gadis itu.

Selesainya membuat laporan polis, pemuda itu membawa Rania pulang ke rumahnya di atas permintaan Rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience