BAB 7

Thriller Completed 4372

“Terima kasih sebab bawa saya pulang ke rumah awak, Joe!” Rania berterima kasih setapaknya di rumah itu.

“Sama-sama. Awak boleh buat macam rumah sendiri. Saya tak kisah kalau awak nak tinggal sini seberapa yang awak nak.” Joe mula mempelawa.

Rania mula rasa bersalah. Sedikit sebanyak terasa malu.

“Terima kasih sebab selamatkan saya.” ulang Rania. Mana mungkin kalau hanya satu kali berterima kasih dapat membalas jasa yang dicurahkan oleh pemuda itu.

“Dah tak payah terima kasih lagi. Awak boleh tidur dalam bilik tu.” Joe menunding telunjuknya ke arah sebuah bilik kosong.

Rania terus masuk ke dalam bilik itu. Joe terus mengunci pintu rumah utama sebelum menutup suis lampu ruang lampu. Rania segera melabuhkan tubuhnya di atas katil dan terlena.

Tiba-tiba terasa bahunya dicuit. Rania terus terjaga. Terkejut apabila melihat sesusuk tubuh tegap bersamping tuala sahaja bertindih dengan tubuhnya.

“Apa awak buat ni?” Rania terasa takut. Segera dipalingkan tubuhnya menghadap tubuh sasa itu. Apa yang dia cuba buat?

“Saya cuma nak lindungi awak.” Joe membisik perlahan. Naluri wanita Rania tercabar di saat Joe mengucup tengkuk jenjangnya. Dadanya mula berkocak rasa debar. Akhirnya Rania telah mengorbankan daranya ke atas lelaki itu.

Namun Rania tidak kesah. Joe yang selamatkannya, mestilah membalasnya dengan setimpal, kan? Hilang segala resah dan takutnya pada masa itu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience