Bab 1

Romance Series 2427

Nurul syahira amanina bagaikan tidak percaya dengan berita yang diterima sebentar tadi, berkali-kali dia menggeleng. Serasa seperti mimpi yang hadir di siang hari, masakan teacher asyikin boleh tahu yang dia pandai dalam tarian dan menyuruhnya berpasangan dengan danial. Sukar untuk dia mempercayai berita yang disampaikan oleh rakan baiknya Anisa itu.

Tak mungkin! Tak mungkin aku kena berpasangan dengan danial.Bukankah rakannya itu hanya ingin menhantar buku latihan kepada teacher mira? Pasti Anisa tersilap! Bukan aku! Ya Allah aku tak percaya! Aku tak percaya! Danial… aku terlalu bencikan kau… masakan aku perlu menari bersama kau… Aku tak sanggup nak menari dengan dia… Ya Allah tolonglah! Ya Allah janganlah apa yang disampaikan anisa itu betul… Tolonglah Ya Allah! Rintihnya di dalam hati.

“Nina…” Suara lembut maknya terus mengembalikannya semula ke alam nyata. Wajah mak yang bersimpuh di sebelahnya dipandang kasih.

“Nina… Mak tengok sejak balik dari sekolah tadi kakak asyik termenung aje… kenapa Nina?” Lembut mak mengajukan soalan pada anaknya yang kelihatan murung itu,sambil membelai lembut rambut anaknya.

Satu keluhan yang cukup berat dilepaskan, tangannya terus memegang wajah maknya sedikit agar memandang tepat ke arahnya.

“Mak, Nina suka tarian tapi kenapa kena bergandingan dengan dia. Kakak jangan risau tak kira berapa ujian yang akan akak tanggung bila hendak melakukan sesuatu tapi yang penting akak suka dengan benda tu mak akan sentiasa mendoakan akak…” Begitu beria-ia Noor menyakinkan anaknya.

Namun Nina masih berwajah tenang, senyuman masih indah terukir di bibirnya yang mungil. Matanya yang bulat merenung wajah maknya yang yang sentiasa pandai mengambil hati kecil ini.

“Mak, Nina tahu mak sayangkan Nina dan mak juga perlu tahu Nina pun sayangkan mak tapi tak perlulah risau sampai macam tu sekali. Lagipun Anisa sendiri beritahu nina, kalau nina tak mahu menyertai persembahan itu tidak akan dikenakan tindakan pun tetapi Nina sudah suka dengan tarian jadi susah untuk menolaknya…” Lembut suara Nina memberitahu maknya.

Mak mengusap lembut rambut anaknya, matanya mula berair.

“Mak tahu sayang, tetapi mak tetap risaukan keadaan Nina.Kalau kakak terlalu penat macam mana akak ingin tumpukan kepada pelajaran. Dia ingin bangkit dari duduknya namun sepantas itu pergelangan tangannya dipegang oleh anaknya.

“Nanti dulu nak…” Nina mula gelisah, bibirnya diketap kuat.

“Kenapa ni sayang, mak tengok muka Nina pucat tiba-tiba, kakak sakit ya?” Jelas kerisauan terpamer di wajah mak dan ayahnya.

“mak, Nina dah bincang dengan teacher tadi, nina tak boleh tarik diri sebab ini untuk nama baik sekolah”.

Berkerut dahi ayahnya mendengarnya.

“Tapi kenapa Nina? ayah tak fahamlah. Mak betul-betul tak faham. Bukankah persembahan itu hanya untuk sukantara? tegas kedengaran suara ayah nina, tangannya masih erat di dalam genggaman anaknya.

Air mata mula menitis lembut di pipi Nina.

“Mak ayah, akak janji lepas ni akak akan dengar cakap mak ayah tapi bagi restu untuk akak menyertai persembahan ini,nina tak boleh menarik diri sekarang, terlalu berisiko untuk nama baik sekolah nina.Kami mungkin akan kehilangan nama baik hanya sebab nina, Ninna tak sanggup mak, ini impian nina…” jelas Nina dalam sendu. Namun kesedihan Nina itu tidak sedikit pun membekas di hati ayahnya sebaliknya terus merengus marah.

“ayah tak setuju dengan tindakan Nina, dalam keadaan sekarang tarian itu tak penting! Cuba Nina fikir secara rasional, apa makna impian itu sedangkan akak akan kepenatan ? ayah tak nak menggadaikan kesihatan akak hanya untuk mendapatkan impian itu… Lagipun sayang, ini bukan persembahan pertama akak… kakak dah ada banyak persembahan sebelum ini. Pengalaman dah cukup buat akak. mak
ayah tak mahu akak buat persembahan buat masa ini lagi. Kalau akak berdegil ayah akan menukar sekolah akak nanti” arah Ahmad dengan tegas.

Namun kata-kata Ahmad bagaikan petis yang menyambar hati Nina hingga terbakar hangus. Lama wajah mak dan ayahnya dipandang tanpa berkelip.

Kejamnya ayahnya ini? Tidakkah dia tahu, setiap helaan nafasku adalah helaan nafas impianku? Denyutan nadiku adalah denyutanl impianku? Aku dan impian ini telah bersatu, matinya ia maka matilah aku.

Melihat anaknya yang bagaikan terkaku itu, Noor terus menghampirinya, tangan anaknya diraih.

“Nina, mak dan ayah tak berniat nak melukakan hati kakak tapi ayah terlalu sayangkan Nina.Kakak setuju dengan ayah kan? akak undurkan diri dari persembahan itu…”

Ayah,nina tahu yang ayah risaukan nina tapi tolonglah faham perasaan nina.Persembahan sudah sebati dengan jiwa nina,jadi untuk melepaskan ia sungguh berat bagi nina,keluh Nina.

Kalau mak dan ayah sayang nina, jangan halang Nina buat perkara yang nina suka.Nina tidak mahu menjadi anak derhaka terhadap mak dan ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience