Bab 2

Romance Series 2427

Tuk… tuk… tuk… Bunyi ketukan di luar pintu bilik belajarnya menyedarkan Nina dari termenung yang panjang. Dia menutup cermin tingkapnya seketika, pantas pelupuk matanya diseka. Wajahnya yang bersih itu diraup berkali-kali. Satu keluhan dilepaskan.

“Masuk…” Tegas suaranya sambil mengambil buku untuk dibaca.

“ehh mak…” tegur Nina dengan manjanya dan sebaris senyuman yang manis dihadiahkan buat mak kesayangannya.

“kakak…” Lembut suaranya menyapa, dalam waktu yang sama tangannya lincah membelai rambut ikal anaknya itu yang sudah duduk di kerusi bersebelahannya.Mak dan ayah mana yang tak sayang akan anaknya dan mereka akan cuba melakukan yang terbaik untuk kebaikan anaknya walaupun anak itu akan membenci mereka.Jadi kakak kena faham satu benda mungkin cara yang ayah guna kasar bagi kakak tapi dia hanya mahu yang terbaik untuk anaknya,ujar Noor.

Setitis demi setitis air mata mulai membasahi pipi Nina. Rasa bersalah mula bersarang dalam hatinya itu selepas dia mendengar keluhan maknya itu. Khairunissa yang menjadi pemerhati dari tadi hanya mendiamkan diri hingga tiada langsung kata-kata yang keluar dari bibir kecil itu.

Mak,Kakak minta maaf kalau kakak dah sakitkan hati mak dan ayah getapi satu je permintaan kakak izinkanlah akak masuk persembahan itu,ujar Nina.

Nina, ayah setuju kamu masuk persembahan itu dengan syarat iaitu kamu perlu lulus dengan cemerlang peperiksaan penggal tahun ini boleh? sahut ayah yang baru masuk bilik itu.

Terima kasih mak dan ayah kerana memahami kakak ,kata nina sambil memeluk mak dan ayah juga adik bongsunya.

keesokan harinya,

Nina, kau dipanggil teacher asyikin untuk berjumpa di bilik guru,ujar as merangkap kawan baiknya itu.

Dia terus bergerak pantas ke bilik guru tanpa bertanya apa-apa soalan kepada as.

Nina ,teacher ucapkan terima kasih kerana menyertai persembahan ini walaupun kamu tidak suka akan danial,kata Asyikin.

ehh mana ada teacher,balas nina sambil berkata dalam hati " aduhh mana pulak teacher tahu ni"?

ok,latihan akan dimulai besok petang dan pastikan kamu kira budak-budak yang sertai persembahan ini,ungkap Asyikin.

ok teacher,saya masuk ke kelas dulu ya, ujar nina.

kring!!

Alhamdulillah,habis jugak sekolah,kata as.

weh ,nina aku nak tanya sesuatu boleh tak? kat as lagi.

kenapa as?

kenapa ehh kau tak suka dekat danial? apa je yang dia pernah buat dekat kau? setahu akulah dia hanya lakukan tugas dia sebagai ketua pengawas sekolah.Kau tu dahlah selalu lambat datang sekolah sebab tu selalu kena tangkap dengan dia,ujar as.

hmm,mungkin apa yang kau cakap tu ada betulnya tapi ada benda lain yang kau tak tahu pasal dia.Tidak apalah esok petang aku mintak maaf dengan dia ye,balas nina.

Asalamualaikum,ayah mak...

waalaikumusalam,nina baru balik ye sayang? macam mana persekolahan tadi? tanya ayah yang sudah ada dimeja makan.

ok je ayah,balas nina.

mak begitu sibuk menyediakan juadah untuk makan malam.

Noor yang baru mendengar suara anak kesayangan itu terus terkocoh-kocoh menyendukkan nasi panas ke dalam bekas nasi.

“Mak buat apa kat dapur tu, nak kakak tolong ke,” ujar Nina.ok kakak boleh ambilkan lauk di dapur,kata Noor sebaik muncul dari dapur bersama mangkuk nasi di tangan.

Nina terus menuju ke dapur untuk mengambil lauk.wahh, ayam masak lemak tempoyak!! sedapnya,kata nina.Bersinar-sinar matanya melihat lauk kegemarannya itu.

Selepas meletakkan lauk diatas meja,dia terus memeluk maknya.Lalu mengucapkan terima kasih kepada maknya yang macam tau je yang dia teringin makanan itu.

awak sedap masakan tadi,puji ahmad kepada isterinya.walaupun beliau tidak berapa gemari masakan pedas tapi apa sahaja yang isteri dia masak mesti beliau akan makannya.

Selesai sahaja makan,nina membantu maknya mengemas meja makan dan membersihkan pinggan-pinggan kotor di singki.Lalu dia terus masuk ke biliknya untuk menyiapkan kerja sekolah.

Fikiran terganggu apabila dia teringat akan kata-kata as dalam perjalanan pulang sekolah tadi.Hmm,kalaulah as tau hal sebenarnya,kata hati nina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience