Bab 6: Bukan Siapa-Siapa

Romance Series 25552

"Ehemmm! Siapa tu kakak?" Tanya Hadi. Terangkat-angkat kening budak sorang ni.

Aduh.

"Mana ada siapa..Pandai jela kau ni Hadi.." Balas Mayra selamba. Sambil tu dia buat-buatlah juga mencari barang-barang di laci. Padahal hati berdebar dup dap, dup dap..

"Eleh kak..taknak bagitahu takpe. Apa akak tak kenal adik akak Hadi ni ke? Hadi boleh korek cerita sampai lubang cacing tau...Sampai hati akak tak nak cerita yang akak dah ada boyfriend!" Balas Hadi sambil menjeling halus. Oh, kak Mayra dah nak berahsia-berahsia sekarang. Sampainya hati.

Mayra ternganga. Eh, kesitu pula.

"Isshhh..tak baik tau, akak ada sebab lah tak nak cerita. Bukannya saja-saja tak cerita kat Hadi, lagipun bila masa pula akak ada boyfriend?!" tanya Mayra geram.

"Tapi akak suka dia kan?"

Suka?

Mereka berdua bertatapan mata, lama.

Jeda.
. .
. Mayra menutup mukanya.

Memang sebelum ni apa-apa dia akan cerita dengan Hadi. Walaupun sesibuk mana pun adiknya ini, dia pasti akan call kakaknya selalu dan berkongsi cerita. Komitmen kasih sayang katanya.

Mayra pun bahagia dengan sikap adiknya itu. Memandangkan mereka dua beradik sahaja, seronok apa bila gembira dan duka dikongsi bersama.

"Okeyy..sorry kalau Hadi push akak...i just wanna know..." Hadi mengendurkan suaranya. Dia datang dekat dan mengenggam erat tangan kakaknya.

"Hadi sayang akak..Hadi nak jaga akak macam yang Hadi janji dengan arwah Abah..Hadi takut ada orang sakitkan akak...Sebab tu Hadi jadi protective macam orang gila ni kan kak?" tanya Hadi perlahan dan suaranya sudah berubah sebak pula.

"Ya Allah Hadi, janganlah cakap macam tu dik..ish Hadi ni, emo lah pulak, period ke?.." Mayra pula mengenggam erat kekura tangan adiknya sambil mengenyit mata sebelah.

Hadi masih diam tak membalas. Merenung lantai hingga ke pelusuknya.

"Akak minta maaf kalau Hadi terasa bila akak tak cerita. Takde niat pun nak rahsia dari Hadi. Akak cuma tak ready lagi..dan orang tu pun bukan siapa-siapa dengan akak.."

Keluhan kecil keluar dari mulut Hadi. Mata bertatapan.

"Tak akak, tak..Hadi tak terasa pun dengan akak..Akak dengar ni, Hadi minta satu je kak, kalau akak ada rasa sekelumit pun suka pada seseorang akak bagitahu Hadi cepat-cepat..Bukan Hadi nak buat apa..ada satu benda je Hadi nak tengok..biar Hadi tengok perangai dia dari kacamata lelaki..Akak boleh percayakan Hadi. Trust me kakak!" Sambil memegang erat bahu kakaknya. Dia akan pastikan, sekiranya ada anjing-anjing kurap yang nak mengganggu hidup mereka, besi-besi penjara pun dia tak akan takut untuk berhadapan.

"Baik adik, InshaAllah..." balas Mayra memegang erat tangan Hadi.

***

Selesai makan tengahari yang mendamaikan, Mayra menuju ke bilik Hadi. Sebu dadanya melihat bagasi-bagasi Hadi yang tersusun di tepi pintu. Emosinya sedikit tak terkawal mengenangkan Hadi akan kembali ke tanah menuntut ilmunya.

"Dah siap mengemas ke Hadi?" tanya Mayra seraya melangkah ke dalam apabila melihat bilik adinya itu sudah siap bersih dan rapi.

Hadi yang sedang menyangkut bagpack dibahunya segera menoleh. "Dah siap kak, dah boleh gerak dah ni.."

"Betul ke Hadi taknak akak hantar sampai airport?" Mayra bertanya sekali lagi. Dia ada menawarkan diri tapi Hadi tidak mahu dia dan mak bersusah payah menghantarnya ke airport.

"Taknak lah akak buat drama air mata kat sana.."perli Hadi seraya ketawa.

"Ish, dia ni kan!" Hadi ketawa sahaja.

Mayra menyambut tangan Hadi lantas memeluk erat adiknya. Bahu tegap Hadi ditepuk perlahan. "Jaga diri baik-baik kat sana...jaga solat..doakan akak dengan mak.." pesannya dengan suara yang tertahan menahan sebak sambil mengesat sedikit air jernih yang terbit dihujung mata dengan tangan.

"Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan belajar kau dik.." Doa kudus dipohonkan ke hadrat Ilahi buat adiknya yang disayangi.

"Amin..."

***

Dalam kesesakan di gerai sarapan pagi itu, dia terserempak lagi dengan Khairul sewaktu membayar wang nasi lemak yang dibelinya. Mayra berpura-pura buat tidak nampak lelaki yang sedang duduk-duduk minum di situ. Namun lelaki itu tetap juga perasan akan kelibatnya. Mayra cuba berjalan laju tapi manakan sama melawan kudrat lelaki yang laju dalam melangkah. Sekejap sahaja Khairul sudah didepannya.

"Mayra.." sapa Khairul.

Mayra hanya membalas dengan anggukan kecil.

"Awalnya hari ini beli sarapan, nasib kita jumpa kan? Jomlah, Khairul nak ajak minum.."

"Saya sibuk lah, ada banyak kerja harini yang nak disiapkan..saya balik ofis dulu." ujar Mayra menoleh sekilas wajah Khairul yang sudah berjalan disisinya.

"Mayra jangan tipu, itu alasan je kan? Kenapa Mayra tak pernah nak tengok Khairul eh?!" Khairul bersuara sinis.

"Okey macam nilah awak, saya minta maaf, tapi saya memang tak boleh terima awak.." ujar Mayra tegas.

"Why Mayra, why?!" soal Khairul memaksa.

"Sebab dia makwe aku!"

Kedua-dua mereka menoleh ke arah suara itu.

Dia?! erk!

Hope will get back the spirit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience