Bab 1: Melawat

Romance Series 25552

Suasana dalam kapal terbang mula kecoh apabila semakin ramai para penumpang memenuhinya. Pelbagai gaya manusia dapat dilihat ketika itu. Ada yang sudah menyandar selesa sambil membelek inflight magazine ada juga yang sekadar memandang jendela malah ada juga yang hanya mencuci mata melihat gelagat orang lain.

Namun masih ramai juga yang masih tercari-cari akan tempat duduk mereka.

Mayra yang sudah menemukan tempat duduknya di bahagian kanan kepak kapal terbang itu sudah melunjurkan sedikit kaki ke hadapan. Menyelesakan diri. Helaan nafas kedengaran. Tangannya teraba-raba mencari tali pinggang keselamatan lalu dikenakan tubuh.

Mayra melirik memandang wajah-wajah orang disebelah kanannya , lantas bibir mengorak senyuman nipis.

"Akak okey?" Seorang budak lelaki yang turut sama bercuti menggunakan syarikat agensi yang sama menegurnya. Dia kelihatan selesa duduk ditepi tingkap bersuara.

"Eh akak okey je, awak ni nama siapa, bercuti sorang je ke, mak ayah tak ikut?" Pelik umur semuda itu sudah boleh melancong seorang diri begini.

"Amir kak, ala dengan mak dan abah la kak, ada kat belakang tu..Alah, lagipun tak macholah asyik berkepit bawah ketiak mak. Lagipun bagilah chance kat dia orang nak romantik-romantik..hehe.."ujarnya sambil ketawa kecil.

"Oh, macholah boleh duduk jauh dengan mak ayah.."giatnya ikut sama ketawa.

Sebaik saja kapal terbang mula bergerak di landasan, bibir Mayra membaca doa memohon agar Allah sentiasa memberkati dan melindungi perjalanan mereka.

***

Selang berapa minit, kedudukan pesawat yang tadinya condong perlahan-lahan menjadi stabil. Aroma makanan semerbak memenuhi ruang dan tidak lama kemudian troli makanan mula ditolak keluar dari galley.

"Kak, akak rasa kalau saya minta nak tengok kokpit diorang bagi tak? Amir dah lama nak tengok.." Amir mengutarakan soalan yang sedari tadi bermain-main dikepalanya saat seorang pramugari berlalu pergi setelah memungut bekas makanan.

Sudah lama dia bercita-cita demikian, namun harini hajatnya makin membuak-buak kala mendengar suara pilot yang agak macho dipendengarannya.

Mayra yang sedang mengelap tangannya dengan tisu memandang ke arah Amir. "Entahlah Amir..akak pun tak pasti. Cuba Amir tanya akak tu.." Dia memuncungkan bibir ke arah seorang pramugari yang sedang menatang dulang kecil di tangan.

"Taknaklah..segan.." Jawab Amir tersengih malu.

"Ha, takpun Amir tulis short note dan bagi pada pilot tu?" usul Mayra.

"Yes! That's a good idea lah kak! Thank you.." tutur Amir kalut menyelongkar bag galasnya barangkali.mencari pen dan kertas.

"Jangan lupa tulis seat number.." Ujar Mayra sambil mengenyit mata.

"Haah laa..bijaklah akak ni!" girang saja suara Amir memabalasnya.

***

Mayra mengeluarkan buku nota dari beg sandangnya. Sejenak dia meluangkan masa untuk menyemak keseluruhan jadual perjalanan mereka. Dia menghafal beberapa tempat yang bakal dikunjungi. Perut kenyang membuatkan minda turut malas beraksi sama lalu dipejamkan mata sejenak. Cuba untuk merehatkan minda dan mata yang tiba-tiba terasa penat.

Tiba-tiba dia terdengar derapan langkah seseorang namun tidak dihiraukannya kerana dia pasti orang itu hendak ke tandas. Tetapi apabila langkah itu tiba-tiba mati, dengan malas dia membuka sedikit kelopak matanya, cuba mengintai.

Dalam mamai dia nampak seseorang berpakaian putih sudah tercegat disisinya. Serta merta mata Mayra terbuka lebar dan bingkas duduk tegak. Sejenak mata keduanya bertaut.

"Amir!" teriak Mayra perlahan. Bimbang mengejutkan penumpang lain yang rata-ratanya sedang lena. Tiada respon. Lalu dia menoleh ke arah Amir yang sedang terangguk-angguk, tergeleng-geleng khusyuk sangat mendengar lagu menggunakan headphone. "Amir!" teriak Mayra lebih kuat lagi dan kali ini siap dicucuknya paha si Amir dengan batang pen.

Mata Amir yang sedia terpejam semerta terbuka lebar lantas mengomel, "Terkejutkan Amir la akak ni!" Berganda rasa terkejutnya sebaik saja matanya fokus pada imej seseorang yang tercegat berdiri di hujung deretan bangku tiga sederet itu. Mulutnya terngangan tak percaya.

"Eh, ni pilot ke?!" serupa teruja, lalu bingkas duduk tegak.

Lelaki itu amat segak mengenakan seragam juruterbang, kerjaya impiannya seperti dinyatakan dalam nota yang diberi tadi.

Reaksi remaja lelaki itu mengundang senyuman kecil dibibir jejaka seram putih itu. "Amir Hamadi? Saya kapten Luqman, Kapten pesawat ni." Lelaki itu mengenalkan diri seraya menghulur tangankan tangannya bersalaman. "Adik ke yang tulis surat tadi, nak tengok kokpit?" tanyanya sambil melirik memandang sekilas ke arah gadis yang turut sama mendengar perbualan mereka.

"Ya, boleh ke?" tanya Amir teruja.

Luqman tersenyum dan menggeleng kecil. Dia faham perasaan tu, dulu dia juga begitu.

"According to our standard operating procedure and the international policy, sesiapa pun tidak dibenarkan melawat kokpit semasa penerbangan." jelas Luqman.

Terkebil-kebil mata Amir, hampa.

"Tapi bila dah semua penumpang turun nanti, bolehlah." Ucapan pilot itu membuatkan wajah Amir kembali cerah.

"Nanti bila pesawat ni dah mendarat, jangan turun dulu." pelawa Luqman. "Er..boleh ke?" Dia kalih memandang ke arah Mayra yang jelas kelihatan tersentak. "Atau perlu minta izin kakak dulu ke?" tanyanya tepat memandang wajah Mayra.

Amir yang rasa hendak tergelak cepat-cepat cekup mulut. Dahlah abang pilot ni tersalah sangka, wajah kak Mayra yang macam tercekik tulang makin membuatkan dia hendak pecah perut.

"Boleh je bang, mak saya kasi."

"Hmm..baiklah, nanti saya beritahu kru kabin tentang hal ni. Kita jumpa nanti.." Sejenak mata Luqman jinak tertumpu ke wajah bujur sirih, polos tanpa makeup. Sunggu cantik dan asli. Dia yang sebetulnya mahu ke tandas sengaja menyinggah sebentar ke situ, kerana tidak mahu mengganggu anak-anak kapal yang tentunya sedang sibuk ketika ini. Perkara mudah, tak perlu susahkan mereka.

Sambil berlalu dia melambai sedikit tangannya ke arah remaja lelaki tadi sambil matanya melirik kepada si gadis sebelahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience