Bab 4: Next Time

Romance Series 25552

Kegelapan mula menyelubungi kawasan pantai dan masing-masing menghalakan pandangan kearah cahaya lampu yang terbias di gigi air.

Mayra mendakap kemas tubuhnya, cuba melawan rasa sejuk yang mencengkam ke tulang hitam kala bayu laut berpuput. Seribu rahmat dirasakannya apabila terasa tubuhnya dibaluti dengan sehelai kain selimut. Hangat dan selesa. Cepat benar James pergi dan kembali, fikirnya sambil mengingati betapa baik hatinya James, menyewakan sehelai selimut untuknya. Namun hairan juga dia kenapa James tiba-tiba berada di situ, sedangkan tadi katanya mahu menunggu mereka di luar.

“Thanks, James..” bisiknya menarik selimut lebih rapat ke tubuhnya. Dia menoleh sepintas lalu sebelum kembali memfokuskan pandangan ke depan, memerhati penuh tekun riak-riak air. Dia tidak ingin terlepas satu apa pun.

“You’re most welcome.” Mayra terkesima. Walaupun dalam nada berbisik, tapi dia cam itu bukan suara James biarpun sepasang jean denim yang dia nampak kala menoleh sebentar tadi kelihatan seperti kepunyaan James. Terlopong dia sebentar, sangkaannya meleset sama sekali.

“Eh, ingatkan James! Apa awak buat kat sini?” tanyanya dalam nada berbisik, curi-curi mengintai wajah lelaki yang duduk di sebelahnya di kelam malam yang mula hendak melabuhkan tirai. Mereka dilarang bercakap agar tidak menakutkan penguin-penguin yang bila-bila masa saja akan muncul.

“Tengok you…” Luqman menjawab selamba membuatkan mata Mayra terbeliak besar.

“Eh..maksud I, I tengok penguin. Tu, tengok tu..”

Dia yang menahan tawa memuncungkan sedikit bibirnya ke depan, cuba mengalihkan perhatian.

Tiba-tiba teringat akan hadiah pemberian Luqman.

“Errr.. Terima kasihlah kasi koala bear tu. Nanti saya pulang balik, awak bagi alamat pada saya.” Tutur Mayra mengerling sekilas Luqman di sebelahnya.

“Kenapa? Takkan itupun tak sudi?”

“Tak biasa..”ujar Mayra perlahan. Entah kenapa di mindanya sering mengatakan lelaki ini seolah mengharapkan balasan atas setiap pemberiannya.

“Ambillah, I takde niat lain. Simpanlah buat kenangan dari Melbourne. I pun nak buat apa dengan benda tu.”

Di dalam hatinya mengagumi sikap Mayra. Betapa pemberian sekecil itu pun sukar dia menerimanya. Kalau dengan perempuan lain, siap muka tak tahu malu meminta itu dan ini darinya. Yang mahal-mahal pula tu!

“Bang!” Panggil Amir perlahan di tepi Luqman.

“Kak Mayra cakap, dia suka patung tu..”usiknya nakal berbisik.

“Mana ada!” nafi Mayra, hampir saja dia terjerit. Mukanya sudah memerah. Memang Amir ni nak kena tau!

“Kan semalam akak cakap akak suka?” giat Amir, makin seronok mengusik.

“Tu sebab akak ingat Amir yang bagi! Opss..sorry,”

Mayra cepat-cepat menekup mulutnya. Untuk apa dia meminta maaf pun dia tidak pasti. Cuma rasanya kurang sopan berkata begitu sedangkan Luqman masih ada di situ.

“Ha..ha..tak tahu..” Amir mengusik nakal siap menggoyang-goyangkkan jari telunjuknya. “Dah, akak settlelah sendiri.” Setelah itu dia terus cabut lari dari situ meninggalkan Mayra yang meratus memarahinya di dalam hati. Kau tunggu Amir!

“Err..Err..” Dia yang kehilangan kata-kata tunduk memainkan jari-jemarinya. Dia segan sebenarnya hendak bertentang mata dengan Luqman.

“Sorrylah kalau awak terasa hati.” Akhirnya hanya itu yang terucap sebelum cepat-cepat dia menundukkan wajahnya semula.

Mata Luqman tetap lekat di wajah Mayra, merakamkan setiap inci wajah ke mindanya, “Hmm.. I akan lebih terasa hati kalau you pulangkan semula. So, please keep it. Just pretend that it was given by Amir, if that makes you feel happy,” Lembut nadanya. Selembut matanya yang redup merenung wajah lembut ayu sedap mata memandang.

“Thanks..”ucap Mayra, ringkas tanpa ingin memanjangkan lagi isu itu. Biarlah..

“Hmm..”

Dalam kepalanya yang sedang berkecamuk memikirkan isu tadi, monosyllable itu seolah-olah telah menyedarkan Mayra kembali, lantas ekor matanya menjeling ke kiri.

Wah! Mereka bagaikan pasangan kekasih yang sedang asyik masyuk duduk bercanda di tepian pantai. Siap berkongsi selimut lagi! Mayra tidak perasan entah bila masanya Luqman telah turut menarik selimut. Mujur juga ada beg sandangnya yang bertindak sebagai sempadan di antara mereka.

Lalu perlahan-lahan selimut di bahunya Mayra sengaja biarkan melorot jatuh. Tidak tergamak dia berada dalam keadaan seintim itu, biarpun ramai orang disitu.

“Opss..”

Luqman yang prihatin pantas menyambar selimut yang melorot dari bahu Mayra lalu menyelimutinya kembali.

“Takut you sejuk nanti,” gumamnya. Tapi kali ini dia tidak ikut berselimut sama. Dia seakan dapat membaca gerak geri Mayra yang tidak selesa. Sikap gadis itu jelas mencerminkan perwatakannya, dan dia amat senang dengan sikap itu.

“Tak apalah..”Mayra cuba menolak. Segan pula dia, sedangkan Luqman yang menyewa selimut itu.

“You need it more than I do, dear..” bisik Luqman.

‘Dear?’ Eh, biar betul mamat ni? Ke telinga aku yang pelik membuatkan aku perasan? Tanya Mayra pada dirinya sendiri. Tak kut Mayra, kau ni je yang kuat perasan! Jangan nak melebih-lebih!

***

Setelah berada di dalam kawasan Visitor Centre, baru Mayra perasan yang selimut Luqman masih bersamanya. Melilau matanya mencari kelibat Luqman di celah orang ramai. Hendak minta bantuan Amir, kelibat remaja itu pun tidak kelihatan.

“Hai..you cari I ke?”

Terkejut Mayra apabila ada suara menegurnya. Dia menoleh. Luqman sudah berada di belakangnya. Luqman pula dapat mengagak yang Mayra mencarinya kerana terlihat selimut berada di tangan gadis itu.

Hampir lima minit dibiarkan gadis itu tercari-cari kerana seronok melihatkan gelagatnya dari jauh. Entah kenapa, dia suka sangat memerhatikan gerak-geri gadis itu, melihat senyum dan resahnya dan tawanya. Pendek kata semua tentang Mayra menarik minatnya. Huh, dah lama tak buat kerja gila ni!

“Ni ha..saya nak pulangkan selimut awak ni.”

Mayra menghulurkan selimut kepada Luqman.

“Thanks,” ucapnya bersama senyuman.

Luqman melebarkan senyuman hingga terserlah barisan giginya yang elok tersusun. “My pleasure,” sahutnya menyambut selimut dari Mayra.

"Jom..I belanja you minum,” pelawanya sambil menelengkan kepala kearah café berdekatan.

“Err.. terima kasih, tapi rasanya tak sempatlah. Maybe next time..” Mayra sekadar berbasa-basi sekadar untuk tidak mengecilkan hati lelaki ini.

“I pegang kata-kata you tu..next time,” terjah Luqman seolah-olah kata-kata Mayra itu bagaikan berjanji pula.

"Apa nombor you untuk our next time rendezvous?” Dia mengenyitkan matanya nakal.

“Eh, mana ada saya janji apa-apa. Saya cuma kata MAYBE next time..” Mayra menekankan kata ‘maybe’. Pandai betul Luqman putar belit kata ya.

“Samalah tu..apa nombornya?” Luqman mencuba nasib. Jemarinya sudah menekan-nekan kekunci telefon.

“Err..” Mayra memikir sejenak sebelum lancar saja lidahnya meneybut sepuluh digit.

“Okeylah, I pergi dulu. Nanti jangan lupa..” pesannya tersenyum nakal mengangkat tangan ke telinga. “Eh Mayra, Kita jumpa di KL nanti tau. Take care, bye..” ujar Luqman dengan wajah yang ceria. Luqman memuji dirinya sendiri kerana taktiknya untuk mendapatkan nombor telefon Mayra berhasil.

Yahoo!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience