Bab 2: Aneh

Romance Series 25552

Udara sejuk awal musim luruh menerpa menyapa sebaik saja mereka melangkahkan kaki keluar dari terminal lapangan terbang. Terasa segar dan nyaman, seolah-olah berada di dalam bilik berhawa dingin.

Masing-masing mengheret beg dan troli mengekori James menuju ke sebuah bas yang terparkir tidak jauh dari situ dimana Tim, si pemandu bas telah sedia menunggu.

Sesekali angin dingin datang menyapa, membuatkan ramai yang menggigil kesejukan. Tidak biasa dengan cuaca dingin sebegitu. Kelam kabut masing-masing memanjat tangga bas.

Pada pagi dingin yang cerah itu, bas mula bergerak meninggalkan Tullamarine menuju ke Melbourne. Deretan pepohon musim luruh dengan dedaun yang sudah banyak berubah warna kekuningan dan kemerahan menambahkan kecantikan dan keunikan pemandangan disitu.

Sambil khusyuk mendengar penerangan James tentang sejarah dan keistimewaan Melbourne, sebuah bandaraya yang terletak di titik paling selatan benua Australia dan merupakan ibu negeri Victoria.

Setibanya di Melbourne, mereka melawat ke berapa tempat menarik seperti Fitzroy Garden, Royal Exhibition Building, Federation Square, Arts Center, Shrine of Remembrance.

Memang padat jadual lawatan menyebabkan mereka tidak mampu untuk menyinggah lama di satu-satu tempat.

Seterusnya mereka dibawa ke destinasi yang sememangnya ditunggu ramai, iaitu Queen Victoria Market. Pasar yang menjadi salah satu tempat tarikan pelancong. Pelbagai barangan dijual disitu termasuklah barang mentah dan buah-buahan dan banyak lagi.

Masing-masing bertebaran membawa haluan sendiri cuba memanfaatkan masa sejam yang diperuntukkan disitu. Mayra turut mengambil peluang ini, mengintai gerai-gerai yang banyak disitu. Sebuah kedai cenderamata menarik mintanya. Dia memasuki kedai itu.

Dilihat ada pelbagai jenis fridge magnet yang comel-comel dan pelbagai bentuk corak dan saiz. Keychain juga ada dijual. Mayra menjadi teruja melihat sesuatu yang cukup sinonim dengan negara itu, patung-patung koala dalam pelbagai bentuk gaya, warna dan saiz itu termasuk dalam senarai wajib belinya. Keliru dengan pilihan hatinya, semuanya comel belaka!

"Err...Amir rasa akak patut ambil yang ni ke yang ni?" Mayra bersuara kala terdengar bunyi derap langkah mendekati. Siapa lagilah yang rajin mengekorinya selain Amir. Dari tadi dia teruja bercerita tentang pengalaman cinta pertamanya terhadap kokpit yang dikunjunginya.

Hanya mulut saja yang bertanya sedangkan mata masih tertancap pada beruang koala ditangannya. Berat hati sebenarnya nak memilih diantara dua. Keduanya ada side comel tersendiri. Jauh disudut hati, dia sudah menetapkan pilihannya. Dia sekadar mahu mendengar pendapat Amir.

Tiba-tiba kembang-kempis hidung Mayra menghidu udara disitu. Semerbak aroma bauan lelaki yang menyegarkan menusuk hidungnya. Pelik. Bila masa pula Amir sembur minyak wangi ke tubuhnya? Tadi tiada bau pun? Baru dia teringat yang gerai minyak wangi terletak selang sebuah dari kedai ini.

"Ceh, mentang-mentang free..kau mandi minyak wangi ya.." Ayatnya mati di situ sebaik saja dia menoleh ke arah yang disangkanya Amir. Rupa-rupanya bukan Amir tetapi lelaki itu!

Terpinga sebentar dia kehilangan kata-kata, jemarinya pantas menekup mulut. Terkejut benar kali ini melihat kapten Luqman didepannya. Darah panas menyerbu mukanya, merah jadinya! Sah-sahlah tersalah kutuk orang. Memalukan sungguh!

"Err..sorry, ingatkan Amir tadi," gumam Mayra. Dia mengalih pandangan cuba mencari kelibat Amir yang melesapkan diri tanpa memberitahu terlebih dahulu. Tidak pasal-pasal mendapat malu!

Luqman yang terasa hendak pecah perut menahan tawa melihat wajah kelam kabut Mayra. "I nampak mak dia panggil tadi, lambai dari jauh," jelasnya, seolah-olah mengerti apa yang sedang dicari Mayra. Hendak saja dia melepaskan tawa, tapi melihatkan wajah serius Mayra yang sedang bengang membantutkannya. Sesuatu yang lucu belum tentu lucu bagi gadis yang belum dikenali rapat ini. Dan dia tidak mahu melepaskan peluang itu.

"Oh.." itu saja yang mampu dikatakan Mayra. Kelibat lelaki itu membuatkan dia kekok dan dia sangat berharap agar lelaki ini segera beredar. Namun sebaliknya..

Luqman menapak setapak lebih hampir dan ikut serta membelek-belek patung koala. "I tunggu you di kokpit tadi. Ingatkan you datang sama.." Dia cuba memancing bual menjernihkan suasana.

Selamba dia mencapai salah satu dari pilihan yang dipilih Mayra, membeleknya sejenak sebelum meletakkannya semula. Pandangan dikalihkan ke seraut wajah yang nampak lembut dan manis air mukanya.

Sebaris ayat yang tidak dijangka membuatkan Mayra tergamam sejenak. "Oh..I..er..saya ada urusan lain.." Dia yang malas memanjangkan cerita membalas ringkas.

Dengan perasaan ralat, patung koala yang tidak dipilihnya itu diletakkan kembali pada tempat asalnya.

"Amir cakap, you bercuti sekali."

Tiba-tiba Luqman ketawa setelah menuturkan kata-kata itu membuatkan Mayra memandangnya hairan. Dia tidak faham dan nampak apa kelucuannya di situ. Hinakah orang seperti dia yang biasa-biasa ini ingin bercuti di negara sedemikian di mata juru terbang? Tiba-tiba Mayra rasa mual dengan sikap sesetengah orang yang suka memandang rendah orang lain. Dia membelek-belek dulang-dulang lain disitu sambil menjeling meluat tanda tidak suka diekori. Dia bimbang mulutnya akan berkata sesuatu yang menyakitkan hati apabila perasaannya disakiti.

Luqman yang merapatkan jarak antara mereka cepat-cepat menghentikan tawa apabila melihat wajah kurang senang Mayra. "Sorry..you jangan salah faham. Sebenarnya i rasa lucu sebab ingatkan you dan Amir adik beradik. Dan yang tidur dibelakang you tu parents you berdua."

Penjelasan Luqman mengundang gelak kecil Mayra. Terpesona Luqman melihat deretan mutiara yang tersusun cantik terserlah apabila bibir comel itu terbuka sedikit.

Hujung lengan baju diselak sedikit untuk melihat ke muka jam tangan. Dia menghulurkan patung koala yang dipilih tadi kepada penjual, tidak ketinggalan juga sebuah dulang cantik yang dipilih khusus buat ibunya sebagai tandamata dari Australia.

"Yang ni?" tanya Luqman kalut mencapai patung yang ditinggalkan Mayra lalu dihulurkan ke arah Mayra.

Mayra menoleh ke arah Luqman. Tangan dikibarkan mengisyaratkan tidak mahu. "Tak jadi beli.." sahutnya.

Setelah membuat pembayaran dan menyambut hasil belian, dia berpaling kepada Luqman semula. Senyuman kecil dihadiahkannya buat lelaki itu. "Saya pergi dulu." Sopan dia meminta diri.

"Err..bila you balik KL?" Luqman buat-buat tanya, padahal awal-awal lagi dia sudah korek informasi dari Amir. Rasa tidak puas pula berbual dengan gadis kecil molek ini. Banyak benda sebenarnya yang mahu ditanya dan paling utama mendapatkan nombor telefonnya. Tapi dia tidak tahu mahu mula dari mana. Takkanlah dia gelojoh muka tak tahu malu meminta terus dari Mayra? Hisy, dia pun ada ego juga.

Mayra yang baru beberapa tapak melangkah kembali berpaling. Kening lengkung itu sedikit terangkat. "Rabu, kenapa?" tanya Mayra kemudiannya.

Luqman tergeleng kecil. Pandangannya melepasi Mayra. "Saja tanya. Er..I rasa 'pakteh' tu cari you lah.." ujar Luqman mengangkat sedikit dagunya.

"Pakteh?" ulang Mayra dengan wajah blur semacam. Lantas dia berpaling untuk melihat. Dia ketap bibir cuba menahan tawa, namun terletus jua taktala terpandangakan 'pakteh' atau 'pak putih' yang dimaksudkan Luqman.

"Hi. who do we have here?.." Suara ceria James kedengaran lantang menyapa lalu berjabat salam dengan Luqman.

"Let me introduce you to..err..captain Luqman. He's the pilot from the aircraft that we took this morning." Mayra memperkenalkan. Bila mata bertentang, dia tiba-tiba gugup sekejap. "Err..Captain..meet Mr. James Dunkley, our tourist guide. And now, if you all will excuse me..". Sudahnya hanya gelaran saja yang keluar. Hendak menyebut namanya pun, dia jadi malu. Lidanya kelu tiba-tiba.

Belum sempat Mayra melangkah pergi, Luqman mendahului dengan menyambar pergelangan tangannya. Mayra sedikit terdorong ke arahnya. "Mayra..." Lembut dan beralun nama itu meniti di bibir lelaki itu. "Just call me Luqman will do," pinta Luqman merenung dalam ke sepasang anak mata Mayra yang membulat besar.

Sejenak, Mayra yang jelas terkejut hanya memandang kaku sebelum mengangguk sedikit. Bibirnya bergerak-gerak, namun tiada suara yang keluar. Sepasang anak mata milik Luqman yang merenung tajam membuatkan Mayra hilang bicara. Panik dia sekejap hinggakan lidah turut terkelu.

Bibir basah separuh terbuka yang sedikit bergerak-gerak itu menimbulkan semacam perasaan di hati Luqman. Menjalar rasa aneh di jiwanya membuatkan Luqman sedikit tidak keruan. Lalu lengan gadis itu cepat-cepat dilepaskannya kembali. Dia mengalih pandangan ke lain, bimbang perasaan yang tersingkap di matanya dibaca Mayra. Luqman hela nafas panjang melurut rambutnya sekali lalu. Senyuman paling manis dilemparkannya buat Mayra untuk menutup kekalutan yang melanda hatinya saat itu.

"Err..I've to look for them or we'll be running late.." ujar Mayra meminta diri kerana dia faham itulah tujuan James mencarinya. Ditundukkan sedikit kepalanya tanda hormat sebelum cepat-cepat berlalu meninggalkan mereka.

Sebaik saja membelakangkan mereka, Mayra meletakkan tapak kiri ke dada merasai getarannya. Memang luar biasa kencangnya, sesuatu yang belum pernah dirasainya sebelum ini.

"Ah Mayra! Kawal diri kau! Jangan nak cari penyakit, kau tak perlukan lelaki untuk mengacau bilaukan hidup kau!" Hati kecilnya mengingatkan. Dia tarik nafas panjang dan dihembuskannya perlahan-lahan. Ya, dia amat bersetuju akan hal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience