Bab 3: Hadiah

Romance Series 25552

Selesai mengagihkan kunci bilik, James membuat beberapa pengumuman ringkas termasuklah tentang makan malam nanti. Setelah lengkap agenda perjumpaan ringkas itu, mereka bersurai.

Sebaik saja menutup pintu bilik, tanpa lengah Mayra menghidupkan pendidngin udara. Tidak sabar-sabar dia menanggalkan tudung dan membebaskan rambutnya yang terkepam sejak dari tanah air lagi.

Kasutnya dikuis ke tepi, dia lantas merebahkan dirinya ke katil. Sejenak dia berbaring disitu melepaskan lelah. Baru terasa selesa dapat meluruskan badan sepenuhnya berbaring santai tanpa berbuat apa-apa.

Matanya menerawang ke segenap ruang di dalam bilik sederhana tapi selesa baginya.

Beberapa ketika kemudia dia menekan suis televisyen. Cukup hanya terpasang. Sekurang-kurangnya adalah bunyi suara orang bercakap-cakap.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Mayra sedikit tersentak. Mata yang tadinya layu turut kembali segar. Kalut dia mencapai tudung lalu bangkit mengintai melalui lubang pintu. Gelap.

Tidak tertelus pandangan matanya seolah-olah ada sesuatu menghalangnya di luar sana. Dia jadi bengang. Siapa pula yang mengganggunya malam-malam begini. Lantas dia hanya mendiamkan diri.

Tetapi ketukan yang sama berulang lagi dengan irama yang sama.

"Who is it?!" Tanyanya dalam nada sedikit berang. Siapalah yang nak menakutkannya atau nak mempermainkannya.

"Room service.." kedengaran suara di luar menyahut.

Dalam cuak, Mayra menyarungkan tudung ke kepala dan mengintai lagi di lubang pintu. Yes..tidak gelap lagi. Dia sudah nampak angkara siapa yang mengganggunya.

'Cis boleh sengih-sengih lagi tu! Memang nak kena tau dia ni!', seranah Mayra di dalam hati.

Daun pintu lantas dikuak. Jemari yang sudah sedia digenggam ditalanya ke kepala Amir yang pantas mengelak. Sakit hati dibuatnya mendengarkan Amir ketawa mengekek.

"Ha, apahal nak kacau akak malam-malam ni, takde kerja lain ke hah?!" Sergah Mayra.

"Ala kak..relakslah. Akak takut eh?..." Tanya Amir yang masih tergelak-gelak kecil.

"Ish dia ni! Amir nak apa kacau akak ni.." tanya Mayra sengaja menjegilkan matanya tunjuk lagak marah.

Amir tersengih-sengih. Sesuatu yang sedari tadi disembunyikan di belakangnya ditarik keluar. "Nah, ini untuk akak." Dia menghulurkan sebuah beg kertas ke arah Mayra.

Mayra teragak-agak. "Untuk akak?" Tanyanya dengan lagak tidaya percaya.

Amir senyum dan mengangguk.

Ragu-ragu Mayra menyambut beg kertas yang dihulurkan lalu mengintai isi dalamnya, "Comelnya..that is so sweet of you." Ungkapnya memandang Amir dengan terharu.

"Betul ke ni Mir? Mahal ni.." tanyanya kurang yakin. Baik sungguh hati Amir. Agak mahal juga harga barang itu bagi seorang pelajar semuda Amir, tapi nak hairan apa, Amir memang datang dari keluarga berada. Anak tunggal pula tu!

Mesti Amir perasan dia terbelek-belek patung koala itu ketika berada dia beberapa kedai tadi, semata-mata nak membandingkan harga yang ternyata lebih kurang sama saja.

Makin laju Amir mengangguk. "Akak suka tak?" Tanyanya kemudian tersengih-sengih menayang gigi.

Mayra tersenyum lebar. "Eh, mestilah suka. Anything free, I take..heheh."

"Okeylah kak, Amir naik atas dulu. Penat sangat dah ni.." Amir meminta diri.

"Err..Mir, terima kasih ya sebab belikan akak benda ni!" Teriak Mayra menggoyangkan beg kertas di tangannya dengan wajah bersinar. Yakin benar dia dengan niat suci murni Amir yang menghadiahinya sesuatu. Apalah sangat hadiah dari seorang 'adik' kepada 'kakaknya', maka itu dia tidak ragu-ragu untuk menerimanya.

Amir yang baru melangkah beberapa tapak kembali berpaling. "Tapi kak, itu bukan Amir yang bagi." Dia pamer wajah suci tidak bersalah.

Kaget Mayra seketika. "Dah tu, siapa?" Cuak dia menanya. Seraut wajah tiba-tiba muncul di kepalanya membuatkan dia tidak senang hati. Siapa lagi yang tahu dia hendakkan sangat benda ini melainkan 'dia'?

"Abang Luqman," beritahu Amir lurus.

Spontan bahu Mayra jatuh mendengarkan nama itu.

"Amir jumpa dia di Victoria Market tadi. Dia suruh bagi kat akak, tapi tadi Mir terlupa sebab bawak banyak sangat barang. Bila dah sampai baru perasan."

'Hah, Abang Luqman? Malam tadi seingatnya Mayra sebutannya abang kapten. Ah..lantak kaulah labu..' Yang pasti, dia tidak mahu menyimpan 'harta' lelaki itu.

Laju saja Mayra melambaikan tangan memanggil Amir agar datang menghampirinya. "Sini, ambil balik benda ni. Kalau dia yang bagi, akak tak nak. Mir tolong pulangkan balik.." ujar Mayra serius.

Amir garu-garu kepalanya yang gatal, buntu sekejap dia.

"Alah, akak simpan ajelah, buat souvenir. Mana nak jumpa dia dah?"

Terdiam kejap Mayra mendengarkan jawapan Amir. Memang betullah apa yang dikatakannya. Tapi bagaimana pula 'harta' lelaki ini? Tidak kuasa dia menyimpannya.

Melihatkan Mayra sedang berfikir sesuatu, cepat-cepat bersuara, "Kak, Amir blah dululah.." Tanpa menunggu jawapan gadis itu, dia pantas berlalu. Tugasnya sudah selesai.

"Amir!" Panggil Mayra lagi. Tapi Amir dilihatnya terus menghilang di balik selekoh menuju ke lif.

"Hisy, budak Amir ni.." gerutunya bengang.

Pintu bilik dikatup semula.

Lantas dia membantingkan tubuhnya ke atas katil. Dia mengiringkan tubuhnya mencari keselesaan. Matanya hinggap pada beg kertas berwarna coklat itu.

'Tengok ajelah Mayra, bukannya luak pun..ambil terus pun tak apa, memang dah jadi hak kau.' Hati kecilnya nakal menggoda.

Rasa hendak dibukanya bungkusan itu agar lebih puas mendakap patung comel itu. 'Kenapa dia bagi aku benda ni ek? Motif?' soalnya pada diri sendiri.

'Alah, kesian agaknya tengok kau tak mampu nak beli benda semurah ni. Dia kan banyak duit..gaji dia mesti beribu-ribu, makan sorang tak habis.' Akalnya mengusik.

'Eh, kau jangan nak perasan, Mayra! Kau ingat kau cun sangat? Tak ada hairannya dia muka macam kau ni! Cermin dulu muka kau tu, tengok betul-betul..' Hati kecilnya mengejek sinis.

Mayra merenung wajahnya pada cermin di hadapnnya. Sekejap dia tersenyum lebar, tidak kena gaya dia senyum nipis pula. Sekejap kemudian dimuncungkan pula bibir bergaya seksi setelah menunjukkan muka masam mencuka. Dari tersengih dia akhirnya ketawa sendiri melihat memek-memek wajahnya dalam pelbagai gaya.

"Hmm..takdelah lawa sangat, tapi manisnya ada!" Mayra berbicara sendiri membuat pelbagai aksi di hadapan cermin.

"Ah sudahlah..pergi mandi lagi baik!" Dia lantas menuju ke bilik air. Buang masa fikir semua tu!

***

Btw, terima kasih yang memberi komentar murni-murni. Terima kasih juga menunggu dengan waktu yang lama. Mohon pengertiannya, Shaera dalam minggu yang sibuk sedikit. Apapun, stay tuned ya.

Love korang. :)

Share this novel

maznom mohd said
2021-02-28 16:27:32 

next chapter please


NovelPlus Premium

The best ads free experience